Penyakit Crohn

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penyakit Crohn
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
Nama lain
sindrom Crohn, granulomatous enteritis, enteritis setempat, penyakit Leśniowski-Crohn
Tiga tapak penglibatan usus yang paling biasa dalam penyakit Crohn
PengkhususanGastroenterologi
GejalaSakit perut, cirit-birit (mungkin berdarah), demam, penurunan berat badan[1]
KerumitanAnemia, ruam kulit, artritis, kanser usus[1]
Permulaan biasa
20 ke 30 tahun[2]
TempohJangka masa panjang[1]
Penggunaan rokok tembakau[3]
Biopsi, pengimejan perubatan[1]
Sindrom usus rengsa, penyakit seliak, penyakit Behçet, enteropati ubat antiradang bukan steroid, tuberkulosis usus[1][4]
Rawatan perubatan
Kortikosteroid, metotreksat[1]
PrognosisSedikit pengurangan jangka hayat[1]
Kekerapan3.2 per 1,000 (dunia negara maju)[5]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Penyakit Crohn merupakan sejenis penyakit radang usus yang boleh menjejaskan mana-mana segmen saluran gastrousus dari mulut ke dubur.[2] Simptom selalunya termasuk sakit perut, cirit-birit (yang mungkin berdarah jika keradangan teruk), demam dan penurunan berat badan.[1][2] Komplikasi lain di luar saluran gastrousus mungkin termasuk anemia, ruam kulit, radang sendi, radang mata dan keletihan.[1] Ruam kulit mungkin disebabkan oleh jangkitan dan juga pioderma gangrenosum atau eritema nodosum.[1] Sekatan usus mungkin berlaku sebagai komplikasi radang kronik, dan mereka yang menghidap penyakit ini lebih berisiko mendapat kanser kolon dan kanser usus kecil.[1]

Walaupun punca penyakit Crohn tidak diketahui, ia dipercayai berpunca dari gabungan faktor persekitaran, imun dan bakteria yang terdapat pada individu rentan genetik.[6][7][8][2] Hal ini mengakibatkan gangguan radang kronik apabila sistem imun badan menyerang saluran gastrousus dan mungkin menyasar antigen mikrob.[7][9] Walaupun penyakit Crohn merupakan penyakit berkaitan imun, ia tidak kelihatan sebagai penyakit autoimun (dari segi sistem imun seseorang tidak tercetus oleh badannya).[10] Masalah imun dasar yang tepat tidak jelas; walau bagaimanapun, seseorang yang menghidapi penyakit ini mungkin berada dalam keimunokurangan.[9][11][12] Kira-kira separuh daripada keseluruhan risiko berkait dengan genetik, dengan lebih daripada 70 gen telah didapati terlibat.[1][13] Perokok tembakau dua kali lebih berkemungkinan untuk menghidap penyakit Crohn berbanding mereka yang bukan perokok.[3] Penyakit ini juga selalunya bermula selepas gastroenteritis.[1] Diagnosis penyakit ini adalah berdasarkan beberapa penemuan termasuk biopsi dan rupa dinding usus, pengimejan perubatan, dan huraian penyakit lain.[1] Keadaan lain yang boleh berlaku serupa termasuk sindrom usus rengsa dan penyakit Behçet.[1]

Tiada ubat atau prosedur pembedahan yang boleh menyembuhkan penyakit Crohn.[1][2] Pilihan rawatan bertujuan untuk membantu pengurusan simptom melalui peringanan dan pencegahan relaps.[1] Bagi mereka yang baru didiagnosis, kortikosteroid boleh digunakan dalam jangka masa singkat untuk memperbaiki gejala dengan cepat, bersama-sama ubat lain seperti metotreksat atau tiopurina yang digunakan untuk mencegah pengulangan penyakit.[1] Pemberhentian merokok disyorkan pada orang yang mempunyai penyakit Crohn.[1] Satu daripada lima orang yang menghidap penyakit ini dimasukkan ke hospital setiap tahun, dan separuh daripada mereka yang menghidap penyakit itu akan memerlukan pembedahan untuk penyakit itu pada satu ketika dalam tempoh sepuluh tahun.[1] Walaupun pembedahan sepatutnya dilakukan seminimal yang mungkin, tetapi ia perlu untuk menangani abses, halangan usus tertentu dan kanser.[1] Pemeriksaan kanser usus melalui kolonoskopi disyorkan setiap beberapa tahun, bermula lapan tahun selepas penyakit itu bermula.[1]

Penyakit Crohn menjejaskan kira-kira 3.2 orang setiap 1,000 orang di Eropah dan Amerika Utara. Penyakit ini kurang biasa berlaku di Asia dan Afrika,[14][15] dan dari segi sejarah ia lebih biasa berlaku di dunia negara maju.[16] Namun, kadar penyakit ini telah meningkat terutamanya di negara membangun, sejak 1970-an.[15][16] Penyakit radang usus mengakibatkan 47,400 kematian pada tahun 2015[17] dan mereka yang menghidap penyakit Crohn mempunyai jangka hayat yang berkurangan sedikit.[1] Penyakit ini cenderung bermula pada usia remaja dan dua puluhan, walaupun ia boleh berlaku pada sebarang umur.[1][2][18] Lelaki dan perempuan terjejas pada tahap yang sama.[2] Penyakit ini dinamakan sempena ahli gastroenterologi Burrill Bernard Crohn, yang menggambarkan satu siri pesakit dengan keradangan ileum terminal usus kecil, kawasan yang paling kerap terjejas dengan penyakit itu, bersama dua rakan sekerja di Hospital Mount Sinai di New York pada tahun 1932.[19]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x Baumgart DC, Sandborn WJ (August 2012). "Crohn's disease". Lancet. 380 (9853): 1590–605. doi:10.1016/S0140-6736(12)60026-9. PMID 22914295.
  2. ^ a b c d e f g "Crohn's Disease". National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases (NIDDK). Diarkibkan daripada yang asal pada December 8, 2019. Dicapai pada December 8, 2019.
  3. ^ a b Cosnes J (June 2004). "Tobacco and IBD: relevance in the understanding of disease mechanisms and clinical practice". Best Practice & Research. Clinical Gastroenterology. 18 (3): 481–96. doi:10.1016/j.bpg.2003.12.003. PMID 15157822.
  4. ^ "Inflammatory Bowel Disease" (PDF). World Gastroenterology Organization. Ogos 2015. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada Mac 14, 2016. Dicapai pada Mac 13, 2016.
  5. ^ Molodecky NA, Soon IS, Rabi DM, Ghali WA, Ferris M, Chernoff G, Benchimol EI, Panaccione R, Ghosh S, Barkema HW, Kaplan GG (January 2012). "Increasing incidence and prevalence of the inflammatory bowel diseases with time, based on systematic review". Gastroenterology. 142 (1): 46–54.e42, quiz e30. doi:10.1053/j.gastro.2011.10.001. PMID 22001864. S2CID 206223870.[pautan mati kekal]
  6. ^ "Recent insights into the genetics of inflammatory bowel disease". Gastroenterology. 140 (6): 1704–12. May 2011. doi:10.1053/j.gastro.2011.02.046. PMC 4947143. PMID 21530736.
  7. ^ a b "Innate immunity in Crohn's disease: the reverse side of the medal". Journal of Clinical Gastroenterology. 42 Suppl 3 Pt 1: S144–7. September 2008. doi:10.1097/MCG.0b013e3181662c90. PMID 18806708.
  8. ^ "New insights into inflammatory bowel disease pathophysiology: paving the way for novel therapeutic targets". Current Drug Targets. 9 (5): 413–8. May 2008. doi:10.2174/138945008784221170. PMID 18473770.
  9. ^ a b "Crohn's disease: an immune deficiency state". Clinical Reviews in Allergy & Immunology. 38 (1): 20–31. February 2010. doi:10.1007/s12016-009-8133-2. PMC 4568313. PMID 19437144.
  10. ^ "Revisiting Crohn's disease as a primary immunodeficiency of macrophages". The Journal of Experimental Medicine. 206 (9): 1839–43. August 2009. doi:10.1084/jem.20091683. PMC 2737171. PMID 19687225.
  11. ^ "Mycobacteria in Crohn's disease: how innate immune deficiency may result in chronic inflammation". Expert Review of Clinical Immunology. 6 (4): 633–41. July 2010. doi:10.1586/eci.10.29. PMID 20594136.
  12. ^ "Crohn's disease: innate immunodeficiency?". World Journal of Gastroenterology. 12 (42): 6751–5. November 2006. doi:10.3748/wjg.v12.i42.6751. PMC 4087427. PMID 17106921. Diarkibkan daripada yang asal pada June 6, 2013.
  13. ^ "Inflammatory bowel disease in Asia: a systematic review". Journal of Gastroenterology and Hepatology. 27 (8): 1266–80. August 2012. doi:10.1111/j.1440-1746.2012.07150.x. PMID 22497584.
  14. ^ a b "Epidemiology and clinical course of Crohn's disease: results from observational studies". World Journal of Gastroenterology. 18 (15): 1723–31. April 2012. doi:10.3748/wjg.v18.i15.1723. PMC 3332285. PMID 22553396.
  15. ^ a b "Inflammatory bowel disease epidemiology". Current Opinion in Gastroenterology. 29 (4): 357–62. July 2013. doi:10.1097/MOG.0b013e32836229fb. PMID 23695429.
  16. ^ GBD 2015 Mortality Causes of Death Collaborators (October 2016). "Global, regional, and national life expectancy, all-cause mortality, and cause-specific mortality for 249 causes of death, 1980–2015: a systematic analysis for the Global Burden of Disease Study 2015". The Lancet. 388 (10053): 1459–1544. doi:10.1016/S0140-6736(16)31012-1. PMC 5388903. PMID 27733281.
  17. ^ "Crohn's Disease: Get Facts on Symptoms and Diet". eMedicineHealth. Diarkibkan daripada yang asal pada October 20, 2007.
  18. ^ "Regional ileitis: a pathologic and clinical entity. 1932". The Mount Sinai Journal of Medicine, New York. 67 (3): 263–8. May 2000. PMID 10828911.