Penyakit Untut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Penyakit Untut atau penyakit filariasis pernah menjadi satu penyakit yang amat digeruni di ASEAN. Penyakit ini dibawa oleh nyamuk jenis mansonia.

Nyamuk Aedes aegypti, sekadar hiasan.
Penyakit Untut Disebabkan oleh sejenis parasit

Penyakit Untut adalah disebabkan parasit Filariasis dan merupakan jenis penyakit menular di kawasan tropika, disebabkan oleh Cacing Filaria atau Cacing Gelang yang bersifat parasit seperti benang, Wuchereria bancrofti, Brugia malayi, dan Brugia timori, kesemuanya disebarkan oleh nyamuk. Ia amat jarang berlaku di negara Barat.

Bentuk Untut yang paling biasa adalah elephantitis (bengkak dibahagian alat kelamin atau peha), yang merupakan penyakit pertama disedari disebarkan oleh serangga. Elephantitis disebabkan parasit tinggal di nod sistem limfa.

Pada tahun 1866, Otto Wecherer membuktikan kehadiran filiria, atau larva filiria, dalam air kencing.

Pada tahun 1871, Timoth Lewis menjumpai kehadiran microfilaria dalam darah (peripheral); kemudian pada 1876, Joseph Bancroft menjumpai bentuk dewasa.

Akhirnya pada tahun 1878, Patrick Manson melapurkan perkembangan Wechereria bancrofti dalam nyamuk.

Untut (Filariasis) adalah endemik di kawasan tropika di Asia, Afrika, Amerika Tengah dan Amerika Selatan.

Elephantitis cenderung menyerang bahagian bawah affects, manakala telinga, selaput hingus, dan kudung jarang diserang; bagaimanapun, ia bergantung kepada jenis spesies filaria. Wechereria bancrofti mampu menyerang kaki, lengan vulva, buah dada, sementara Brugia timori jarang menjangkiti alat kelamin.