Perbincangan:Batang Kali

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

AMARAN! Kepada penyunting-penyunting laman.[sunting sumber]

BATANG KALI bukanlah sesebuah KAWASAN mahupun ZON ataupun GABUNGAN MUKIM. Batang Kali diklasifikasikan sebagai SEBUAH MUKIM dan terdapat bandar yang juga bernama BATANG KALI di dalam MUKIM BATANG KALI tersebut.

Berdasarkan pangkalan data dan fail MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR (MPHS) serta JABATAN PERANCANG NEGERI SELANGOR,: BATANG KALI, ULU YAM, SERENDAH dan RASA masing-masing merupakan mukim masing-masing dan telah dibahagikan ZON PENTADBIRANNYA di bawah MPHS. TIADA gabungan mukim atau kompilasi kawasan dilakukan di bawah pengetahuan MPHS.

Suntingan telah dilakukan sebelum ini sebagai satu inisiatif PEMBETULAN FAKTA yang dilakukan pihak MPHS tetapi didapati terdapat suntingan dari akaun-akaun tidak berdaftar yang membalik suntingan-suntingan tersebut.

Perkara ini perlu diambil secara serius kerana Wikipedia digunakan warga awam sebagai sumber rujukan mudah. SILA ASASKAN SUNTINGAN ANDA BERDASARKAN MAKLUMAT YANG DIKELUARKAN SECARA RASMI OLEH MPHS MELALUI LAMAN SESAWANG MPHS, TEMU RAMAH PEGAWAI MPHS DAN ARTIKEL RASMI MELIBATKAN PEGAWAI MPHS.

MPHS TIDAK PERNAH mengeluarkan kenyataan bahawa BATANG KALI merupakan komposisi yang terdiri dari beberapa mukim. Mahupun Batang Kali jauh sekali dari satu bandar mega di HULU SELANGOR ataupun MALAYSIA. Sila elakkan artikel bersifat BIASED dan menulis FAKTA yang sebenar sahaja.

Bagi kawasan ULU YAM, ANTARA GAPI, SERENDAH dan RASA, masing masing mempunyai artikel wikipedia masing-masing yang boleh ditambah baik dengan menambah fakta berkenaan tempat tersebut di artikel tempat tersebut yang sebetulnya.

ANTARA GAPI berposkod 48200 di bawah mukim BANDAR SUNGAI CHIK atau dimudahkan sebagai SERENDAH. Bandar RASA berposkod 44200 di bawah mukim RASA. Bandar ULU YAM LAMA dan ULU YAM BHARU berposkod 48200 dan 44300 di bawah mukim ULU YAM.

Sekian dari wakil pegawai MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR.

Terima kasih.


Elakkan penindihan mukim Ulu Yam oleh rencana ini.[sunting sumber]

Sila tolong jangan memasukkan kawasan mukim Ulu Yam seperti Bandar Sungai Chik yang mengandungi Antara Gapi, serta Ulu Yam Bharu dan Ulu Yam Lama di dalam rencana ini dan menandakan mereka sebahagian dari Batang Kali. Kesemua kawasan ini adalah diluar kawasan Batang Kali mahupun mukim Batang Kali.

Sila gunakan faktar yang benar dan tepat untuk kesemua maklumat di dalam rencana ini. Sila hadirkan rujukan untuk maklumat dan dakwaan penting.

Saya berharap proses baikpulih dapat dibuat terhadap laman ini.

Terima kasih. Niknasael (bincang) 18:29, 2 Januari 2023 (UTC)[balas]