Batang Kali
Koordinat: 3°28′N 101°38′E / 3.467°N 101.633°E
Bandar Batang Kali | |
---|---|
Geografi | |
Status | Mukim |
Asal nama | N/A |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Daerah | Daerah Ulu Selangor |
Mukim | Bandar Batang Kali |
Keluasan | N/A |
Batang Kali ialah bandar di daerah Hulu Selangor, Selangor, Malaysia. Bandar ini merupakan tempat persinggahan untuk ke Genting Highlands, hotel First World dan juga taman tema besar terletak. Perbandaran baru iaitu Bandar Baru Batang Kali terletak di kawasan ini. Bandar ini juga menjadi tempat pertempuran semasa zaman Darurat pada tahun 1948. Menjadi tempat laluan dalam perlumbaan basikal Le Tour De Langkawi sebelum ini.
Pembangunan pesat Batang Kali[sunting | sunting sumber]
Pembangunan di Batang kali mula berkembang bagai cendawan tumbuh dengan kepadatan penduduk yang semakin meningkat.Ini berdasarkan pembangunan infrastruktur atau prasarana di Batang kali. seperti yang dapat kita lihat sekarang seperti Econsave,Terminal bas dan deretan bangunan kedai yang memberi kemudahan kepada penduduk di Batang Kali.
Pendidikan[sunting | sunting sumber]
- Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali
- Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashor
- Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor
- Sekolah Kebangsaan Kg Kuantan
- Sekolah Kebangsaan Batang Kali
- Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Batang Kali
- Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Batang Kali
SMK Bandar Baru Batang Kali[sunting | sunting sumber]
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali atau singkatannya SMKBBBK yang terletak di Bandar Utama Batang Kali dikelilingi oleh deretan kedai dan kawasan perumahan, Jalan Meranti.
Ia merupakan antara sekolah dalam daerah Hulu Selangor.
SMK Syed Mashor[sunting | sunting sumber]
SMK Syed Mashor atau singkatannya SMKSM yang terletak di tepi jalan utama merupakan salah satu sekolah terbaik di hulu selangor.
SM Sains Hulu Selangor[sunting | sunting sumber]
SM Sains Hulu Selangor atau Semashur adalah sekolah yang terletak di Hulu Selangor. Sekolah khas ini memberikan fokus untuk melatih saintis pada masa akan datang. Sekolah ini adalah sekolah berasrama. Sekolah ini menerima Anugerah Sekolah Tinggi di London pada tahun 2007. Semashur adalah sekolah yang terkenal di negeri Selangor dan di seluruh Malaysia.