Perbincangan:Khalifah Islam

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Entry ini sepatutnya dimasukkan ke entry khilafah yang telah dipadamkan. Walaupun ia berkaitan dengan Islam, tetapi ia lebih sesuai dengan entry khilafah kerana:

  1. Ringkas, senang dicari
  2. Khilafah identik dengan Islam, jadi tak perlu tambahan Islam
  3. Wikipedia bahasa Inggeris pun menggunakan entry Caliphate (khilafah)

Syafrein 02:16, 10 September 2007 (UTC)SyafreinBalas[balas]

Khilafah tak sama dengan khalifah ke? che 02:31, 10 September 2007 (UTC)Balas[balas]
  • Khalifah dalam bentuk ismul faa'il, maknanya orang yang menggantikan, ketua, imam, successor. Sedangkan Khilafah bermakna kepemimpinan, imamah, leadership. Leader dengan leadership berlainan walaupun keduanya saling berkaitan, dan tolong jangan dipadam kedua entry ini kerana ia menjadi perbincangan dan istilah lazim dalam sejarah Islam. Dengan memasukkan kedua istilah ini, pembaca akan dapat mengetahui perbezaan keduanya. Jadi tak timbul lagi pertanyaan: "Khilafah tak sama dengan khalifah ke?"Syafrein 05:43, 10 September 2007 (UTC)Balas[balas]


Entry "Khilafah" yang telah dipadamkan:[sunting sumber]

Khilafah (dari bahasa Arab خلافة), adalah kepemimpinan, imamah, biasa juga disebut kekhalifahan. Ia merupakan satu bentuk pemerintahan Islam. Pemimpin atau ketua pemerintahannya dinamakan khalifah.

Menurut al-Quran segala sesuatu di bumi ini termasuk daya dan kemampuan yang diperolehi seseorang hanyalah kurnia daripada Allah (swt). Allah telah menjadikan manusia sebagai khalifah supaya mereka dapat menggunakan kurnia tersebut sesuai dengan keridhaan-Nya.

Oleh itu, manusia bukanlah penguasa atau pemilik dirinya sendiri, tetapi hanyalah khalifah atau wakil Allah (Yang Maha Memiliki) yang sebenar di bumi ini.

Harapan saya[sunting sumber]

Kalau nak ubah tak mengapa, asalkan kedua entry ini tetap wujud, iaitu khilafah dan khalifah. Jadi, dapatlah kita membina wikipedia Melayu yang lengkap. Cuba lihat versi Inggeris, di sana ada "Caliph" dan "Caliphate" Syafrein 06:00, 10 September 2007 (UTC)Balas[balas]

Tiada bentuk KEKHILAFAHAN dalam Islam. yang ada KEKHALIFAHAN.Bahasa Arab sendiri cakap Khalifatur Rasyidin. Tak timbul Khilafatur Rasyidin. Saya harap anda percaya. Muhraz (bincang) 13:16, 3 November 2008 (UTC)Balas[balas]

Disebut Khalifatur-Rasyidin sebab nak merujuk kepada keempat-empat khalifah itu, bukan merujuk kepada sistem pemerintahannya. "Khilafah" adalah perkataan yang sah dalam bahasa Arab, sinonim dengan "kekhalifahan" dalam bahasa Melayu, dan maksudnya berlainan dengan "khalifah". Jangan bercakap tanpa ilmu.—Aviator, 16:32, 3 November 2008 (UTC)Balas[balas]
Haha lawak la kamu ni Muhraz....sy igt kamu fhm Bahasa Arab tp..... yup Khilafah dan Kekhalifahan merujuk kpd pemerintahan yang berasaskan khalifah dan berteraskan Islam(istilah). Takper, Muhraz kalau tak tau, tny saya, saya ada kamus 'hidup'. PuteraLuqman Tunku Andre 18:05, 3 November 2008 (UTC)Balas[balas]

Merujuk kita akan doa sebelum solat Jumaat. Tengok sini.

Semoga Allah meredhai khalifah khalifah Rasulilahisalahualihiwassalam

(Khutbah Jumaat, Masjid Sultan Ismail, UTM. Jumaat minggu lepas. Doa dipimpin ulamak terbilang UTM)

Muhraz (bincang) 14:46, 4 November 2008 (UTC)Balas[balas]

Apa yang anda mahu buktikan sebenarnya? Sila rujuk hujah Syafrein di atas, bahawa khalifah dan khilafah adalah dua perkataan yang membawa maksud berlainan.—Aviator, 15:13, 4 November 2008 (UTC)Balas[balas]

so, kalau nk ikut Bahasa Arab Khalifat.....Owh, ko nak buktikan Khalifat ni sama makna dgn Caliphate, sekaligus sama makna ngan Khilfah....Khalifat klu dlm Bahasa Inggeris Caliphs...... dan merujuk doa kamu i2h, aper yg peliknya....klu Malaysia ditadbir oleh Khalifah' sure doa itu akan berbunyi 'Semoga Allah merahmati kekhilafahan di Malaysia' PuteraLuqman Tunku Andre 15:44, 4 November 2008 (UTC)Balas[balas]

Berhenti bleh tak? Menyampah aku tengok hujah macam tu. Kemukakan keatas Mahkamah! Muhraz (bincang) 06:34, 7 November 2008 (UTC)Balas[balas]