Perbincangan:Proton Saga (generasi pertama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Saya syak penulis rencana ini sama dengan penulis Toyota Unser yang dah dihapuskan itu. Kandungannya lain daripada apa yg saya tahu dan en.wikipedia. Misalnya:

  • Proton Saga Aeroback bukan pendahulu kereta ini.
  • Kereta ini tiada kaitan dengan Honda, Toyota atau Chery.
  • Sampai 1995 sahaja?
  • Bila masa pula Honda, Toyota dan Ford jadi pembekal enjin?

Itu baru bahagian pengenalan sahaja. ...Aurora... (b) 15:08, 15 Februari 2013 (UTC)

Jika benar undurkan sahaja dan blok pengguna ip. Saya biasanya cek bila sudah banyak suntingan biar dia buang banyak sikit masa dan tenaga. Yosri (bincang) 15:23, 15 Februari 2013 (UTC)
Hapuskan saja. Saya fikir ini sneaky vandalism. Contoh ayat dalam rencana:
  1. Model terawal Proton Saga ditenagai enjin SOHC 8 injap 4 silinder yang dibekalkan oleh Mitsubishi, Honda, Toyota, dan Ford dengan pilihan model 1.5 dan 1.3.
  2. Bermula semenjak akhir dekad 1980-an, jumlah Proton Saga selalu meningkat 1,000,000 unit setiap - tiap tahun. Di Amerika Syarikat, kereta ini dijual 1,000,000 unit, dah habis pun!
  3. Bahasa macam bahasa penulis Toyota Unser
  4. IP:Syarikat Internet yang sama dari mula rencana, 1 Feb 2013.
Dia salin dan tampal daripada rencana Proton Saga. Algazel (bincang) 16:02, 15 Februari 2013 (UTC)
sebenarnya ada rencana yang sama di Wiki Inggeris. Mungkin kita boleh kitar semulanrencana ini dengan membuat pembetulan. Sudah banyak yang diterjemah. Yosri (bincang) 16:52, 15 Februari 2013 (UTC)
Boleh juga. Ini idea yang lebih baik, saya rasa. Ia dapat menjadi tugu peringatan sahabat kita. Kita harus berterima kasih kerana dia telah memasukkan pautan kpd rencana ini di wiki:en ;) Algazel (bincang) 00:50, 16 Februari 2013 (UTC)
Silakan. ...Aurora... (b) 08:05, 16 Februari 2013 (UTC)
Hampir siap. Saya fikir rencana ini boleh jadi OK. Algazel (bincang) 00:38, 18 Februari 2013 (UTC)

Ada kereta yang sama dengan Proton Saga. Tengok ni imej nyer

Kereta Malaysia ori dari Jepun.– Komen tanpa tandatangan ini diberikan oleh 114.79.3.21 أنا ابن كلب

Wikipedia melarang [penyelidikan pandai sendiri. Jika ada persamaan, cari rujukan sahih yang menyatakan persamaan, bukannya lihat gambar ini sama, jadi ia sama. http://id.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Bukan_riset_asli http://id.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Pemastian Yosri (bincang) 07:57, 17 Februari 2013 (UTC)