Perbincangan:Sabat

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kisah Bani Israel ditukar menjadi beruk bukan berlaku pada zaman nabi Musa, tetapi zaman nabi Daud.::

Boleh nyatakan sumber rujukan tuan? -- i wong (bincang) 03:52, 29 Ogos 2012 (UTC)[balas]
Ini sumbernya, dari Tafsir al-Jalalayn:

Cursed were the disbelievers of the Children of Israel by the tongue of David, when he invoked God against them and they were transformed into apes — these were the people of Eilat

http://www.altafsir.com/Tafasir.asp?tMadhNo=0&tTafsirNo=74&tSoraNo=5&tAyahNo=78&tDisplay=yes&UserProfile=0&LanguageId=2

Saya sarankan rencana ini digabungkan dengan Shabbat. Walaupun cerita bagaimana Yahudi melanggar perintah tentang hari shabat terdapat dalam al-Quran, rencana ini berkaitan konsep hari rihat yang datang dari Perjanjian Lama yakni Tuhan berihat pada hari ke-7 selepas mencipta alam semesta. Rencana ini bersama-sama rujukannya boleh dimuatkan sebagai satu perenggan pendek dalam 'Shabbat'. Rencana sekarang ini menggambarkan seolah-olah sabat (hari rihat rasmi) itu satu konsep Islam walhal bukan begitu. Algazel (bincang) 16:55, 15 Januari 2013 (UTC)[balas]

Konsep sabat bukan dalam Agama Yahudi sahaja. Jadi tak wajar digabungkan. Anda boleh lihat en.wiki utk yg lain2. Bagaimanapun, rencana ini memang boleh diperbaiki lagi. ...Aurora... (b) 14:41, 16 Januari 2013 (UTC)[balas]

OK, saya setuju Sabat tidak terhad kepada Yahudi dan ada agama lain yang mempunyai hari rihat tertentu (tak semestinya digelar Sabat) dan rencana harus berdiri sendiri dan juga dikembangkan. Saya akan padam notis.

Tapi ada satu kaveat: Maaf, saya tak berniat kelihatan pedantic dan pada hemat saya ini masalah semantik. Saya fikir teks berkaitan Islam tiada tempat dalam rencana bertajuk "Sabat" melainkan sebagai perenggan atau nota kaki yang menerangkan pandangan Islam tentang Sabat. Masalah semantik ini juga saya lihat dengan rencana Perbincangan:Judas Iscariot dulu. Judas tidak relevan kepada Islam namun ada juga rencana tentang pandangan Islam terhadap Judas. Walau apapun ini hanya pendapat saya. Salut. Algazel (bincang) 02:38, 17 Januari 2013 (UTC)[balas]

Kekeliruan mungkin timbul sebab ada cerita mengenai Nabi Musa dan Nabi Daud. Mereka juga nabi dalam agama Yahudi. Bagaimanapun, memang ada cerita mengenai Sabat dalam al-Quran. Sekiranya anda mampu memperbaikinya, silakan. ...Aurora... (b) 14:20, 17 Januari 2013 (UTC)[balas]
Saya akan cuba sebaik usai kerja pembaikan beberapa rencana lama. Salut Algazel (bincang) 03:56, 19 Januari 2013 (UTC)[balas]