Pergi ke kandungan

Perbincangan pengguna:Beliapemanis

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perbuatan mengosongkan laman tanpa sebab MUNASABAH adalah salah perbuatan vandalisme di Wikipedia. Lihat: Wikipedia:Laku musnah. Kesalahan berulang akan menyebebkan anda disekat dari menyunting. Harap maklum.--Smim90 (bincang) 16:44, 14 Julai 2011 (UTC)[balas]

Harap maaf.Maklumat yang disunting selepas saya adalah tidak tepat.Untuk makluman, saya adalah penduduk asal felda pemanis.

Felda Pemanis[sunting sumber]

Terima kasih atas sumbangan anda untuk rencana Felda Pemanis. Rencana tersebut asalnya telah dilencongkan ke Felda Pemanis 01 kerana biasanya dalam skim penomboran tanah rancangan Felda, nama sesebuah petempatan Felda biasanya akan merujuk kepada tanah rancangan pertama dalam sesuatu gugusan. Namun, terdapat pengecualian pada gugusan Felda yang besar seperti Jengka, Keratong dan Palong, misalnya bandar Jengka merujuk kepada pusat bandar baru khas yang diwujudkan oleh Felda yang tidak bernaung pada mana-mana tanah rancangan gugusan Jengka. Bandar Tun Razak pula merujuk kepada Felda Keratong 1, 2 dan 3. Bagi kes Palong pula, Felda Palong 4, 5 dan 6 adalah yang terbesar dalam gugusan Palong.

Saya perhatikan anda telah diberi teguran mengenai penulisan rencana anda, yang mana anda menyangkalnya dengan alasan bahawa anda adalah anak jati Felda Pemanis. Saya ingin menegaskan bahawa walaupun anda penduduk asal sana, ia tidak bermakna pengetahuan anda mengenai Felda Pemanis adalah 100% tepat kerana apa yang anda tahu adalah melalui cerita-cerita lisan sahaja yang belum tentu sahih. Ketepatan sesebuah rencana hanya boleh diukur melalui sumber rujukan yang sahih, sama ada sumber bertulis ataupun laman web. Salah satu sumber rujukan yang boleh anda rujuk mengenai sejarah Felda Pemanis ialah buku Segamat: Sejarah dan Mitosnya karya Cikgu Ungku Mohd. Zaman Tahir.

Sebagai pengguna baharu, saya harap anda sudi untuk belajar mencipta rencana yang bagus tanpa menyeleweng. Untuk itu, anda perlu menerima segala teguran dan yang paling penting, jangan marah jika suntingan anda diubah oleh penyunting lain kerana Wikipedia memang dicipta sebegitu rupa supaya sesiapa sahaja boleh memperbetulkan apa yang salah serta menyempurnakan apa yang kurang sempurna.

Salam hormat. - Hezery99 (bincang) 09:21, 17 Julai 2011 (UTC)[balas]