Perbincangan pengguna:Poshehome

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Wikipedia bukanlah medan pengiklanan[sunting sumber]

Rencana-rencana ciptaan saudara iaitu PositiveShelter dan POShe dihapuskan kerana saudara didapati melakukan pengiklanan atau promosi secara terang-terangan. Untuk makluman anda, Wikipedia tidak menerima sebarang bentuk pengiklanan kerana Wikipedia sendiri bukanlah medan pengiklanan, maka sebarang kegiatan pengiklanan atau spamming dianggap sebagai satu bentuk laku musnah dalam Wikipedia yang membolehkan pelakunya disekat. Harap maklum. - Hezery99 (bincang) 09:28, 28 Ogos 2011 (UTC)[balas]

saya tidak pasti hendak bertanya di mana?betul ke tanya dekat sini? permohonan saya mengenai laman http://ms.wikipedia.org/wiki/POSHe ini tidak di padam kerana saya telah ubah balik,saya tidak tahu mengenai iklan itu,tujuan saya yang utama mahu orang tahu apa itu POSHe.kalau ada kesalahan lagi mohon panel beri tahu.--Poshehome

Selain tidak bersifat mengiklan, rencana Wikipedia hendaklah bersifat ensiklopedik. Oleh itu, jika hendak tulis mengenai pertubuhan, pertubuhan itu hendaklah bernama dan penting, atau sudahpun terkenal. Pendek kata, Wikipedia tempat memberi maklumat mengenai perkara terkenal, bukan memperkenalkan perkara tidak terkenal. ...Aurora... (b) 09:07, 6 September 2011 (UTC)[balas]


setakat ini poshe telah kuar dalam beberapa majalan,mhi tv3,spm di tv1 atau tv2,adakah ia mencukupi?

Sekiranya ada bukti dan sumber rujukan. Memandangkan Wikipedia adalah ensiklopedia internet, maka sumber internet diutamakan. ...Aurora... (b) 12:31, 7 September 2011 (UTC)[balas]

bagaimana kah cara untuk bukti,melalui youtube,facebook,post link disini?

Bukti adalah sumber rujukan yang absah, memandang pihak kami lebih mengutamakan sumber internet, tolong dapatkan sumber dari laman sesawang yang terkenal seperti laman kerajaan, laman NGO utama, laman syarikat terkenal dahulu. Facebook, forum, twitter, youtube atau apa sahaja laman yang boleh dimanipulasi oleh pelbagai pihak adalah bukan sumber rujukan absah.--Smim90 (bincang) 13:07, 7 September 2011 (UTC)[balas]


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SyawalanakHIV/Article/index_html laman berita harian mengenai POSHe

http://www.facebook.com/Malaysian.AIDS.Council?sk=app_2392950137#!/video/video.php?v=10150591391540012 <<< temuramah wan hava wan hussin mengenai POSHe (volume ia agak slow sila bukak full) semasa termuramah nama wan hava wan hussin dan link www.poshe.tk terdapat di bawah rakaman tersebut (MHI TV3)

(kembara prihatin kids on 2 ini di siarkan di tv2 26/ogos/2011)

http://www.bukuprima.com.my/aktDetails.asp?idAkt=127 <<< lawatan buku prima ke rumah poshe (kembara prihatin kids on 2)

http://www.alaf21.com.my/berita/?b=201109098521524258 <<< dari alaf21 (kembara prihatin kids on 2)

Baiklah. Sekiranya anda yakin rencana ini bakal memenuhi syarat kelayakan, anda boleh ciptanya. Tapi ingat, jangan jadikannya iklan dan sila masukkan sumber. ...Aurora... (b) 07:17, 20 September 2011 (UTC)[balas]

en.wikipedia[sunting sumber]

saya ingin bertanya,saya ada taip article mengenai POSHe sama seperti ini tetapi dalam bahasa english di

http://en.wikipedia.org/wiki/POSHe

tetapi telah di padam oleh Gogo Dodo,mohon anda ikuti di link ini untuk lebih lanjut

http://en.wikipedia.org/w/index.php?title=User_talk:Poshehome&diff=0&oldid=447121923

apa yang di minta saya sudah serta kan tetapi beliau senyap sampai sekarang,mohon pertolongan dari anda untuk membantu saya jikalau saya ada melakukan kesilapan yang kurang saya paham.

Anda perlu maklum bahawa kriteria Wikipedia Inggeris lebih ketat daripada sini. Sila baca pautan yg diberikan dan tanya kembali Gogo Dodo, mungkin minta penerangan lanjut. ...Aurora... (b) 02:39, 10 Oktober 2011 (UTC)[balas]