Perbincangan templat:Pengguna Anwar

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Saya tidak setuju dengan penghapusan laman Templat ini. Hal ini tidak haruslah dilihat dari sudut politik sahaja. Apakah salahnya mengagumi seorang pemimpin? Diagramma Della Verita (bincang) 15:44, 20 Ogos 2008 (UTC)[balas]

Secara peribadi, saya tiada masaalah, tetapi sebagai laman yang berurusan dengan pelbagai pihak, kita perlu dilihat sebagai berkecuali dalam semua hal terutama hal politik. Yosri (bincang) 00:50, 21 Ogos 2008 (UTC)[balas]
Dan salah satu daripada sifat berkecuali tersebut ialah membenarkan laman ini wujud. Mengagumi seorang tokoh bukanlah bersifat politik atau tidak berkecuali. — クルニア[binc|sumb] 03:12, 21 Ogos 2008 (UTC)[balas]
Sila ambil perhatian!!! Membenarkan laman berkenaan pemimpin wujud adalah sifat berkecuali, tetapi meletak template bagi seseorang ahli politik yang aktif mungkin disalah tafsir sebagai kecenderungan politik laman itu sendiri. Yosri (bincang) 04:19, 21 Ogos 2008 (UTC)[balas]
Macam beginilah saudara Yosri. Anda carikan satu peraturan Wikipedia yang menunjukkan kewujudan laman ini salah. Jadi tidak sekadar hanya pendapat, ada bukti kukuh untuk memadam laman ini. Kalau sekadar bergantung pada pendapat, sesetengah orang akan tidak berpuas hati sekiranya laman ini dipadam. Kerana ramai yang mengagumi tokoh ini, tidak termasuk saya. Sekadar pendapat. — クルニア[binc|sumb] 20:38, 21 Ogos 2008 (UTC)[balas]

Pada pandangan saya, kandungan templat tersebut haruslah berubah. Mungkin frasa berikut lebih sesuai daripada yang sedia ada.pengguna ini amat mengagumi Datuk Seri Anwar Ibrahim. Lagipun, beliau bukan sahaja menunjukkan kepimpinannya di Malaysia sahaja. Diagramma Della Verita (bincang) 15:14, 23 Ogos 2008 (UTC)[balas]

Jika nak hapus templat ini, kena hapus yg lain di Wikipedia:Kotak Pengguna/Tokoh Politik juga. ...Aurora... (bincang) 09:53, 27 Ogos 2008 (UTC)[balas]

Saya pun tak suka sangat buat templat-templat pengguna macam ini. Tapi memandangkan templat ini hanya digunakan di laman peribadi pengguna dan bukannya kandungan utama... tak menjejaskan apa-apa pun.—Aviator, 16:45, 30 Ogos 2008 (UTC)[balas]

Baiklah, templat ini disimpan, tetapi ayatnya dipotong. Saya dapati di wiki-en pun ada templat2 menyokong Obama, McCain dll. ...Aurora... (bincang) 10:18, 4 September 2008 (UTC)[balas]