Perlanggaran kereta api Odisha 2023

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perlanggaran kereta api Odisha
Bangkai kereta api yang berlanggaran
Perlanggaran kereta api Odisha 2023 is located in Bumi
Perlanggaran kereta api Odisha 2023
Perlanggaran kereta api Odisha 2023 (Bumi)
Map
Butiran
Tarikh2 Jun 2023
18:50 IST (13:30 GMT)[1]
Koordinat21°20′17″N 86°45′52″E Sunting ini di Wikidata
Lokasi
  • Bahanaga Bazar railway station Sunting ini di Wikidata
  • Bahanaga Sunting ini di Wikidata
NegaraIndia Sunting ini di Wikidata
PengendaliIndian Railways Sunting ini di Wikidata
Jenis insidenPerlanggaran kereta api Sunting ini di Wikidata
Perangkaan
Kereta api2 buah kereta api penumpang (12841 Coromandel Express; 12864 SMVT Bengaluru–Howrah Superfast Express) dan sebuah kereta api barangan
Meninggal dunia292 (secara kasar) Sunting ini di Wikidata
Tercedera1,175 (secara kasar) Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Suatu perlanggaran yang melibatkan dua kereta api penumpang 12841 Coromandel Express dan 12864 Bengaluru–Howrah Superfast Express serta satu kereta api barangan berlaku pada 2 Jun 2023, berdekatan bandar Baleshwar, Odisha, India. Sekurang-kurangnya 295,[2][3] atau mungkin sebanyak 380[4] orang terbunuh dan lebih daripada 1,175[5] lagi orang tercedera dalam kejadian itu.[2][6][7][8] Insiden tersebut merupakan salah satu bencana kereta api termaut pada abad ke-21 dan kemalangan rel yang paling teruk di India sejak bencana kereta api yang berlaku di Firozabad pada tahun 1995.[9]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Perlanggaran ini merupakan kemalangan rel abad ke-21 yang paling teruk di India. Walaupun terdapat pelaburan besar oleh pihak pemerintah untuk meningkatkan prasarana, kemalangan kereta api tetap kerap berlaku di India, yang memiliki salah satu rangkaian kereta api terbesar di dunia. Kemalangan kereta api terburuk dalam sejarah di India berlaku pada tahun 1981, semasa taufan di negeri Bihar apabila kereta api penumpang yang sesak tergelincir dan terjunam ke dalam sungai, mengakibatkan lebih 800 meninggal dunia.[10][11]

Kemalangan[sunting | sunting sumber]

Kira-kira jam 7 malam waktu tempatan (13:30 GMT) pada 2 Jun 2023,[12] dua kereta api penumpang bertembung di laluan utama Howrah–Chennai berdekatan Bahanaga Bazar di daerah Balasore, Odisha menyebabkan sekurang-kurangnya 288 orang meninggal dunia dan lebih 900 yang lain cedera.[10][13][14] Adalah dipercayai bahawa kereta api pertama tergelinciri dan beberapa gerabaknya terbalik dan berada di landasan bertentangan di mana ia terlanggar dengan kereta api kedua. Sebuah kereta api barangan juga terlibat dalam kemalangan tersebut.[10]

Kereta api penumpang yang terlibat dalam kemalangan itu ialah 12841 Coromandel Express (di antara Shalimar dan MGR Pusat Chennai) dan 12864 SMVT Bengaluru–Howrah Superfast Express (di antara Terminal Sir M. Visvesvaraya Bengaluru dan Howrah).[15][10]

Respons[sunting | sunting sumber]

Pihak Kereta Api India serta pemerintah negeri Odisha dan Benggala Barat mengeluarkan nombor talian bantuan. Menurut Ketua Setiausaha Odisha, Pradeep Jena, 3 unit Pasukan Gerak Balas Bencana Kebangsaan (NDRF), 4 unit Pasukan Tindakan Pantas Bencana Odisha (ODRAF), lebih daripada 15 pasukan bomba dan penyelamat, 100 orang doktor, 200 orang kakitangan polis dan 200 bua ambulans telah digerakkan dalam operasi menyelamat. Dilaporkan bahawa empat lagi pasukan NDRF dikerahkan di tempat kemalangan. Syarikat-syarikat bas tempatan membantu dalam membawa para penumpang yang tercedera.[16][10] Orang-orang awam menyediakan air dan membantu penumpang terjejas mendapatkan semula bagasi mereka jika boleh.[17]

Reaksi[sunting | sunting sumber]

Perdana Menteri Narendra Modi meluahkan rasa sedih di atas insiden itu dan menyampaikan ingatan kepada keluarga yang berduka.[18] Beliau menulis twit, "Operasi-operasi menyelamat sedang dilakukan di tapak kemalangan, dan semua bantuan yang diperlukan sedang diberikan kepada mereka yang terjejas." Menteri Dalam Negeri Amit Shah menyifatkan insiden itu sebagai "sangat mendukacitakan".[10]

Ketua-ketua Menteri bagi negeri-negeri Odisha dan Benggala Barat meluahkan kebimbangan mereka yang mendalam terhadap bencana itu.[19][20]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dash, Jatindra; V, Abinaya (2023-06-03). "At least 261 dead in India's worst train accident in over two decades". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Jun 2023. Dicapai pada 3 Jun 2023.
  2. ^ a b "eases-claim-process-norms-for-odisha-train-accident-victims Coromandel Express Accident: LIC eases claims rules for families of Odisha train accident victims" (dalam bahasa Inggeris). Sampar Kindia. Dicapai pada 3 Jun 2023.
  3. ^ "Breaking News Live Updates - 03 June 2023: Death Toll Rises to 294 in Odisha Train Accident". News18 (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Jun 2023.
  4. ^ "More than 280 dead, hundreds hurt in India triple train crash" (dalam bahasa Inggeris). The New Arab Staff & Agencies. Dicapai pada 4 Jun 2023.
  5. ^ "Train Crash: PM Promises Stringent Action Against Guilty; Death Toll Mounts To 288" (dalam bahasa Inggeris). State Times News. Dicapai pada 4 Jun 2023.
  6. ^ "Toll in Odisha train tragedy reaches 280, many still trapped". India Today. 3 Jun 2023.
  7. ^ "Coromandel express accident live: Death toll in Odisha train accident rises to 237". The Times of India (dalam bahasa Inggeris). 2023-06-03. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Jun 2023. Dicapai pada 3 Jun 2023.
  8. ^ Maqbool, Rafiq (3 Jun 2023). "India train crash kills over 280, injures 900 in one of nation's worst rail disasters". Associated Press.
  9. ^ Dash, Jatindra; V, Abinaya (3 Jun 2023). "India's worst train crash in decades kills at least 288". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Jun 2023.
  10. ^ a b c d e f Jaroslav Lukiv; George Wright (3 Jun 2023). "India train crash: More than 280 dead after Odisha incident" (dalam bahasa Inggeris). BBC. Dicapai pada 3 Jun 2023.
  11. ^ "Odisha train crash: 'Signal was given and taken off'; toll nears 290. Top points". Hindustan Times (dalam bahasa Inggeris). 3 Jun 2023. Dicapai pada 3 Jun 2023.
  12. ^ "India train crash death toll surpasses 230, estimated 900 injured". Al Jazeera (dalam bahasa Inggeris). 3 June 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Jun 2023. Dicapai pada 3 Jun 2023.
  13. ^ "Photos: 70+ killed, over 600 injured in Balasore triple train crash in Odisha". Hindustan Times (dalam bahasa Inggeris). 3 Jun 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Jun 2023. Dicapai pada 2 Jun 2023.
  14. ^ "Coromandel express accident live: Train accident in Odisha leaves over 200 dead, 900 injured". The Times of India (dalam bahasa Inggeris). 3 Jun 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Jun 2023. Dicapai pada 3 Jun 2023.
  15. ^ "Several trains cancelled after railway accident in Odisha". The Times of India (dalam bahasa Inggeris). 2 Jun 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Jun 2023. Dicapai pada 2 Jun 2023.
  16. ^ "Rescue Teams At Odisha Train Crash Site, Ops To Last 3 More Hours: Official". NDTV.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Jun 2023. Dicapai pada 2 Jun 2023.
  17. ^ Sharma, Ashok (2 Jun 2023). "More than 200 killed and 900 hurt after 2 trains derail in India; hundreds still trapped in coaches". AP News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Jun 2023. Dicapai pada 3 Jun 2023.
  18. ^ "PM Modi Announces Rs 2 Lakh For Families Of Odisha Accident Victims". NDTV.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Jun 2023. Dicapai pada 3 Jun 2023.
  19. ^ "Odisha train accident: Bengal government announces measures to aid passengers and kin in distress". The Telegraph (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Jun 2023.
  20. ^ "Coromandel Express accident Live Updates: PM Modi to visit Odisha accident site today, will meet injured at Cuttack hospital". The Indian Express (dalam bahasa Inggeris). 2 Jun 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Jun 2023. Dicapai pada 3 Jun 2023.