Perpustakaan Tunku Tun Aminah UTHM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Perpustakaan Tunku Tun Aminah
LibraryUTHM.jpg
Maklumat geografi
Lokasi Kampus Induk, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja, Batu Pahat, Johor
Malaysia Malaysia
Maklumat am
Ditubuhkan Mei 2010
Jenis Perpustakaan universiti
Maklumat koleksi
Saiz koleksi 300,000 naskah buku
Maklumat lain
Pengarah Bharun Narosid bin Mat Zin [1]

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Perpustakaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah mula beroperasi sejak tahun 1993 dan dinamakan Perpustakaan Tunku Tun Aminah sebagai penghormatan kepada Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim , iaitu puteri tunggal kepada kepada Sultan Johor. Majlis perisytiharannya telah dirasmikan oleh Tunku Tun Aminah pada 11 Jun 2013.

Reka bentuk[sunting | sunting sumber]

Pada May 2010, perpustakaan tersebut telah memiliki bangunan sendiri dengan keunikan rekaannya yang berbentuk silinder dan mempunyai 6 aras yang mana setiap satunya mempunyai keluasan 16,000 meter persegi. Ini membolehkannya menampung sebanyak 300,000 naskah buku, dan 3,000 pengguna dan secara tidak langsung meletakkannya sebagai salah sebuah perpustakaan akademik yang terbesar di Malaysia.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

  • e-Katalog [2]
  • Loker
  • KarelTerbuka
  • Kunci Laptop
  • Wi-Fi Access
  • Mesin Pinjaman Layan Diri
  • Book Drop(beroperasi 24 jam)
  • Mesin Fotokopi layan Diri
  • Bilik Iqra', Bilik Hikmah dan Eksplorasi,Bilik Lestari , Bilik Pencarian Maklumat, Bilik Sarjana Al-Shirazi , Bilik Bacaan 24 Jam (kapasiti 300 orang pengguna), Bilik koleksi Jurnal dan Majalah, Bilik Rujukan Terhad ,
  • Auditorium Al-Jazari (kapasiti 150 orang)
  • Ruang Bacaan Terbuka
  • Ruang Galeri dan Pameran
  • Kiosk Maklumat

Lain-lain Perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Keahlian luar membolehkan ahli masyarakat di luar kampus bersama memanfaatkan sumber maklumat, perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di perpustakaan. Penyertaan pengguna luar sebagai ahli perpustakaan diharapkan akan meningkatkan aktiviti pembacaan, pencarian maklumat dan penyelidikan yang menjadi asas untuk membangunkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan.

  • a) Keahlian Rujukan melayakkan ahli merujuk bahan dan menggunakan kemudahan perpustakaan sahaja.
  • b) Keahlian Rujukan dan Pinjaman melayakkan ahli merujuk dan meminjam bahan serta menggunakan kemudahan perpustakaan.
  • c) Keahlian Perpustakaan Permata Hikmah [3] melayakkan ahli merujuk bahan dan menggunakan kemudahan yang disediakan di dalam perpustakaan tersebut sahaja. Pada masa kini, keahlian ini hanya dibuka kepada anak-anak staf UTHM berumur 6 - 12 tahun sahaja.

Pautan[sunting | sunting sumber]

http://lms.uthm.edu.my

Rujukan[sunting | sunting sumber]