Persatuan Perpustakaan Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Persatuan Perpustakaan Jepun
日本図書館協会
Kerangka
KependekanJLA Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahPersatuan perpustakaan, persatuan profesional Sunting ini di Wikidata
BidangSains perpustakaan dan maklumat Sunting ini di Wikidata
Anggota bagiPersekutuan Persatuan dan Institusi Perpustakaan Antarabangsa Sunting ini di Wikidata
Tapak webwww.jla.or.jp Sunting ini di Wikidata
Twitter: JLA_information Youtube: user-bj7zv3iy4s Flickr: 41072555@N05 Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Dibentuk1892
Lokasi
Map
Ibu pejabatTokyo Sunting ini di Wikidata
Lokasi
  • Jepun Sunting ini di Wikidata
  • Shinkawa Sunting ini di Wikidata
    東京都中央区新川1丁目11番14号 Sunting ini di Wikidata
Koordinat35°40′36″N 139°46′55″E / 35.676761°N 139.782042°E / 35.676761; 139.782042
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Persatuan Perpustakaan Jepun (PPJ) (Jepun: 日本図書館協会, rumi: Nihon Toshokan Kyōkai) ialah sebuah pertubuhan profesional bagi pustakawan di Jepun. Ia ditubuhkan bertujuan untuk mempromosi perpustakaan dan pendidikan pustakawan di seluruh Jepun. Ia juga merupakan anggota bagi Persekutuan Antarabangsa Persatuan Perpustakaan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

PPJ ditubuhkan pada tahun 1892 sebagai Nihon Bunko Kyōkai. Mereka menukar nama kepada Nihon Toshokan Kyōkai pada 1907. Pertubuhan ini diasaskan oleh Tanaka Inagi, selepas penubuhan Persatuan Perpustakaan Amerika Syarikat pada 1876 dan Persatuan Perpustakaan United Kingdom pada 1877. Persidangan Perpustakaan Seluruh Jepun tahunan pertama telah dianjurkan pada 1906, dan PPJ telah mula menerbitkan majalah Toshokan (Melayu: Perpustakaan) setahun kemudian pada 1907. PPJ menjadi anggota Persekutuan Antarabangsa Persatuan Perpustakaan pada 1929. PPJ menjadi Persatuan Diperbadankan pada 1930, dan mula membuat jalinan rapat dengan Kementerian Pendidikan Jepun.[1]

Semasa Jepun berada di bawah pendudukan bersekutu selepas Perang Dunia Kedua, sebuah undang-undang telah diluluskan bagi menjadikan perpustakaan-perpustakaan Jepun beroperasi sama seperti milik Amerika Syarikat dengan menjadikan mereka bebas digunakan dan didanai oleh pembayar cukai. PPJ ditubuhkan dan mengimplementasikan sistem Pengelasan Perpuluhan Jepun, Peraturan Pengkatalogan Jepun, dan tajuk subjek asas. Mereka juga mengeluarkan deklarasi terhadap kebebasan intelektual pada 1954.[2]

Struktur[sunting | sunting sumber]

PPJ mempunyai enam bahagian yang menawarkan pelbagai jenis perpustakaan, termasuklah sekolah, awam, khas dan akademik. Terdapat juga sebuah bahagian untuk pendidikan kepustakaan. PPJ mempunyai 29 jawatankuasa yang menyentuh topik-topik seperti kebebasan intelektual, perkhidmatan untuk golongan kurang upaya dan hak cipta.

Ahli-ahli perpustakaan memilih ahli majlis yang akan menjadi badan pembuat keputusan terhadap pertubuhan ini. Lembaga Ahli Majlis akan memilih Lembaga Pengarah, yang mengurus pertubuhan ini. Pengerusi Lembaga Pengarah pula merupakan jurucakap rasmi PPJ.[1]

Kegiatan[sunting | sunting sumber]

Persidangan[sunting | sunting sumber]

Persidangan Perpustakaan Seluruh Jepun dianjurkan secara tahunan pada bulan Oktober. Ia dianjurkan di pelbagai bandar setiap tahun. Banyak simposium dan syarahan juga dianjurkan sepanjang tahun.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

PPJ telah memberikan Anugerah Seni Bina Perpustakaan (Library Architecture Award) secara tahunan sejak 1985, dan diberikan kepada bangunan perpustkaan yang cemerlang dari reka bentuk dan perkhidmatan perpustakaan paling efisien.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Miura, Taro (2019-12-29). "The Japan Library Association". International Journal of Librarianship (dalam bahasa Inggeris). 4 (2): 123–128. doi:10.23974/ijol.2019.vol4.2.151. ISSN 2474-3542.
  2. ^ Tung, Louise Watanabe (1956). "Library Development in Japan. II". The Library Quarterly: Information, Community, Policy. 26 (3): 196–223. ISSN 0024-2519.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]