Persekutuan Hoki Ais Antarabangsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Persekutuan Hoki Ais Antarabangsa
ڤرسكوتوان هوكي أيس انتارابڠسا
Enge - Freigut - Brandschenkestrasse 2011-08-18 16-06-42 ShiftN.jpg
Ibu pejabat PHAA
Ditubuhkan15 Mei 1908; 113 tahun yang lalu (1908-05-15)
Diasaskan diPerancis Paris, Perancis
JenisPersekutuan sukan untuk hoki ais dan hoki kasut roda
Ibu pejabatSwitzerland Zurich, Switzerland
Ahli81 anggota
Bahasa rasmi
Presiden
René Fasel
Laman web rasmiwww.iihf.com
Dahulunya dipanggilLiga Hoki Ais Antarabangsa

Persekutuan Hoki Ais Antarabangsa (PHAA)[a] ialah badan pentadbiran sedunia bagi hoki ais dan hoki kasut roda. Badan ini berpangkalan di Zurich, Switzerland dengan keanggotaan sebanyak 81 buah negara. Lebih dua pertiga anggota berdaftar adalah dari Amerika Utara.

PHAA mengekalkan ranking dunia berdasarkan pada kejuaraan-kejuaraan hoki ais antrabangsa. Peraturan permainan untuk acara-acara PHAA adalah berbeza daripada hoki di Amerika Utara dan peraturan Liga Hoki Kebangsaan (NHL). Keputusan PHAA boleh dirayu melalui Mahkamah Penimbangtaraan untuk Sukan (CAS) di Lausanne, Switzerland. PHAA mengekalkan dewan kemasyhurannya sendiri untuk hoki ais antarabangsa. Dewan Kemasyhuran Persekutuan Hoki Ais Antarabangsa telah diasaskan pada tahun 1997 dan telah ditempatkan di dalam Dewan Kemasyhuran Hoki sejak tahun 1998.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Catatan kaki
  1. ^ Nama badan pentadbiran ini dalam bahasa rasmi: Inggeris: International Ice Hockey Federation (IIHF); Jerman: Internationale Eishockey-Föderation; Perancis: Fédération internationale de hockey sur glace (FIHG).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]