Pertempuran Jambatan Gemencheh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fail:Gemenchehbrige.jpg
"Black Jack" Galleghan memilih untuk menyerang hendap pasukan Jepun di Jambatan Gemencheh
Perangkap kereta kebal yang disediakan oleh "Black Jack" Galleghan

Pertempuran Jambatan Gemencheh adalah satu pertempuran di antara askar-askar Australia dengan askar Jepun semasa Perang Dunia II. Semasa Pertempuran Malaya, satu pertempuran sengit telah berlaku di antara pasukan Tentera Australia dari batalion 2/30 Infantri Australia dari Divisyen Ke-8 Australia dan pasukan tentera Jepun di jambatan Gemencheh berhampiran Gemas. Pertempuran ini adalah pertama kalinya askar Australia bertembung dengan askar-askar Jepun.

Askar-askar dari Batalion 2/30 Infantri dari Divisyen ke-8 Australia, Tentera Imperial Australia dihantar untuk menentang kemaraan askar-askar Jepun dari arah Kuala Lumpur. Batalion 2/30 infantri Australia di bawah pemerintahan Leftenan Kolonel "Black Jack" Galleghan

Leftenan Kolonel "Black Jack" Galleghan memilih untuk menyerang hendap pasukan Jepun di Jambatan Gemencheh yang menghubungkan bandar Gemas dan Tampin. Pasukan Jepun telah mara melewati Tampin dan perlu menyeberangi jambatan tersebut untuk sampai ke Gemas.

Pada 14 Januari 1942, Kompeni B dari batalion 2/30 Infantri Australia melancarkan satu serang hendap ke atas pasukan askar-askar Jepun untuk menahan kemaraan mereka arah ke selatan. Semasa pasukan Jepun itu melepasi kawasan serang hendap, jambatan itu diletupkan. Pertempuran berterusan selama dua hari. Setelah dua hari bertempur, pasukan askar Australia berundur melalui Gemas ke Estet Fort Rose.

Dalam pertempuran ini, Batalion 2/30 Infantri mengalami korban perang seramai 81 orang anggota yang terkorban, cedera ataupun hilang, sementara kemalangan di pihak Divisyen ke-5 Infantri Jepun dianggarkan 1,000 orang. Satu tanda peringatan didirikan berhampiran Jambatan Gemencheh di Laluan 1 untuk memperingati mereka yang gugur.

Empat hari kemudian, satu lagi pertembungan di antara askar Australia dan askar Jepun berlaku di Parit Sulong. Dalam pertempuran itu, askar Australia terkepung dan dikalahkan. Mereka yang tercedera telah dibunuh dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong. Hari ini Jambatan Gemencheh dikenali sebagai Jambatan Sungai Kelamah.

Selepas perang[sunting | sunting sumber]

Jambatan kayu ini telah dirobohkan dan satu jambatan konkrit lebuh raya Laluan 1 (Route 1) telah didirikan beberapa meter darinya yang menyambungkan Tampin dengan Gemas, Negeri Sembilan.

Papan tanda yang didirikan oleh kementerian pelancongan meletakkan tarikh yang salah 1941 dan ejaan Australia yang salah.

Pada tahun 1979, bekas-bekas tentera Australia telah meletakkan tanda peringatan yang berbunyi:-

"Sebagai ingatan kepada ahli 2/30th Infantry Battalion AIF dan unit sokongan yang bertempur dengan Pasukan Imperial Jepun di tapak ini pada 14 Jan dan 15 Jan 1942. Mereka kekal dalam kenangan." ("In memory of the men of the 2/30th Infantry Battalion AIF and supporting units who fought the Japanese Imperial Forces at this site on Jan 14 and Jan 15, 1942. They will be remembered.")

Pautan luar[sunting | sunting sumber]