Gemencheh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gemencheh
'MONCHEH'
Gemencheh is located in Malaysia
Gemencheh
Gemencheh
Koordinat: 2°31′49.3″N 102°23′55.8″E / 2.530361°N 102.398833°E / 2.530361; 102.398833
Negara Flag of Malaysia.svg Malaysia
Negeri Flag of Negeri Sembilan.svg Negeri Sembilan Darul Khusus
Daerah Tampin
Kerajaan
 - Wakil rakyat Tuan Mohd Isam bin Mohd Isa (BN)
Zon masa MST (UTC+8)
Poskod 73200 Gemencheh
Kod kawasan 6

Pekan Gemencheh terletak di antara Tampin dan Gemas, Negeri Sembilan, Malaysia. Kampung Gemencheh terletak berhampiran dengan Sungai Gemencheh, dalam Daerah Tampin, Negeri Sembilan. Bagi penduduk asal, Pekan Gemencheh dipanggil 'Simpang' kerana terdapatnya tiga simpang menghubungkan Tampin, Gemas & Gemencheh Lama. Terdapat tiga pekan-pekan kecil di Gemencheh iaitu Pekan Gemencheh Baru, Pekan Gemencheh Lama, Pekan Gedok dan Pekan Air Kuning. Kedudukan pada latitud 2.5333 dan longitud 102.4000, 60 meter dari aras laut.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Gemencheh ini asalnya adalah dibawah Jelebu. Negeri Sembilan memang terkenal dengan kepelbagaian etnik dan budayanya termaksuklah Orang Minang ataupun Minangkabau.

Pada suatu masa dahulu, orang Minangkabau bertengkar dengan penduduk asal untuk mendapatkan hak mereka iaitu dari segi pendidikan, kawasan, harta dan sebagainya. Melihatkan keadaan tersebut, isteri Tok Batin, iaitu ketua bagi penduduk setempat, berjaya meleraikan pergaduhan tersebut dan mendamaikan kedua-dua belah pihak yang terlibat. Nama isteri Tok Batin itu ialah 'Gemencheh'. Maka nama isteri Tok Batin pada waktu itu iaitu 'Gemencheh' diambil untuk kawasan ini sempena beliau mendamaikan orang Minangkabau dan penduduk asal. Penduduk Negeri Sembilan memanggil 'Gemencheh' dengan nama 'Gomoncheh', mengikut dialek mereka dan suka memendek-mendekkan nama. Oleh sebab itu, Gemencheh lebih dikenali dengan nama 'Moncheh' yang diambil daripada perkataan 'Gomoncheh'.

Kampung-kampung tradisional[sunting | sunting sumber]

Antara kampung yang terhampir di sini ialah Kampung Ayer Hati, Kampung Pulau, Gemencheh Lama, Kampung Tanjung Melintang, Kampung Baru Gedok, Kampung Gedok, Kampung Tengah, Kampung Jelawai,Kampung Air Rawa, Kampung Sungai Kepong, Kg. Baru Sg. Kepong, Kampung Sungai Jernih (Kulu), Kampung Sungai Salah [ Kg. Sg Kepong, Kg. Sg Jernih, Kg. Air Penaga & Kg. Sg Salah dikenali juga sebagai 'KAMPUNG KULU'], Kampung Seri Asahan, Kampung Jelawai, Kampung Tanjung Melintang, Batang Melaka dan Kampung Punggor. Sebuah bandar baru telah didirikan iaitu Pusat Komersil Gemencheh (PKG).

Taman perumahan[sunting | sunting sumber]

  • Taman Asahan Jaya
  • Taman Sri Gemencheh
  • Taman Gemencheh Baru
  • Taman Melor
  • Taman Impian, Gemencheh Lama
  • Taman Dato' Mohd Taha
  • Taman Bukit Gemencheh, Gemencheh Baru
  • Taman Regent (IOI)
  • Taman YU YI, Gemencheh Lama
  • Taman Sentosa
  • Taman Okid
  • Taman Muhibbah, Gemencheh 2
  • Taman Gemencheh Heights,
  • Rumah Rakyat Gemencheh 2
  • Rumah Rakyat Kg. Tengah
  • Rumah Rakyat Gemencheh Lama
  • Rumah Rakyat Batang Rokan
  • Taman Sri Intan
  • Taman Gembira
  • Taman Merak
  • Taman Nuri
  • Taman Merak Utama

Demografi[sunting | sunting sumber]

  • Bumiputra Melayu
  • Cina
  • India

Masyarakat Melayu masih mengamalkan Adat Perpatih. Gemencheh termasuk di dalam kawasan pentadbiran adat perpatih di bawah pentadbiran Undang Johol, Masakan tradisional Gemencheh yang terkenal adalah masakan rendang maman dan masakan kari kambing. Kebanyakan kebun-kebun sayur maman banyak ditanam di kawasan kampung.

Jabatan Kerajaan / Swasta / Bank[sunting | sunting sumber]

  • Balai POLIS Gemencheh
  • Pondok POLIS Gedok, Gemencheh
  • Pusat Kesihatan Gemencheh
  • Pejabat RISDA Stesen (PRS), Gemencheh
  • POS Malaysia BHD, Gemencheh
  • Loji Rawatan Air Gemencheh (SAINS), NS
  • FELDA Bukit Rokan, Gemencheh
  • FELDA Bukit Rokan(Utara), Gemencheh
  • FELDA Bukit Rokan(Barat), Gemencheh
  • FELDA Bukit Jalor, A/Kuning(Selatan), Gemencheh
  • FELCRA Ulu Rokan, Gemencheh
  • Stesen KTMB, Batang Melaka
  • Pejabat Pertanian Asahan, Gemencheh
  • LPP Kawasan (Tanggamas)
  • FAMA Gemencheh
  • Pusat Pengumpulan Hasil(PPH) RISDA, Kg. Tengah
  • Jabatan Perhutanan
  • Pejabat KEMAS Gemencheh
  • Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu, Jabatan Perkhidmatan Haiwan
  • Majlis Daerah Tampin (MDT), Caw. Gemencheh
  • TM Caw. Gemencheh
  • TNB Caw. Gemencheh
  • Maybank, Gemencheh
  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • AR-RAHNU YaPEIM-Pajak Gadai Islam, Caw. Gemencheh
  • Stesen Minyak PETRONAS, Gemencheh
  • Stesen Minyak SHELL, Gemencheh
  • Stesen Minyak PETRON, Gemencheh
  • Supermerket Pujaan Stor Sdn. Bhd.
  • Pasar Ekonomi Gemencheh, Gemencheh 2
  • GEMENCHEH GRANITE Sdn. Bhd

Pelancongan / riadah / masjid[sunting | sunting sumber]

  • Rumah WARISAN Kg. Air Rawa, Gemencheh
  • Kompleks Mini Sukan, Gemencheh 2
  • Dataran Mini Gemencheh, Kg. Tengah, Gemencheh
  • Dewan Sri Gemencheh, Gemencheh Baru
  • Masjid Jamek Asyakirin, Gemencheh Baru
  • Masjid Jamek Gemencheh Lama
  • Masjid Kg. Tengah, Gemencheh
  • Masjid Kg. Sungai Kepong
  • Masjid Kg. Air Rawa/Pulau
  • Masjid Kg. Btg. Rokan
  • Masjid Kg. Ulu Rokan
  • Masjid Kg. Sri Asahan
  • Masjid Kg. Air Gelugur, Gedok
  • Masjid Kg. Tenai
  • Masjid Kg. Sungai Dua
  • Empangan Gemencheh, Kg. Sungai Salah.
  • Taman Permainan Kok Family Park, Gemencheh Baru

Intitusi pendidikan[sunting | sunting sumber]

Projek perladangan / aktiviti ekonomi[sunting | sunting sumber]

  • Felda Bukit Rokan (getah)ada juga ditanam dengan sawit semasa proses tanam semula
  • Felda Bukit Rokan (Utara) (getah)
  • Felda Bukit Rokan (Barat) (getah)
  • Felda Bukit Jalor, Air Kuning (Selatan) (getah)
  • SIME DARBY Estet, Gemencheh (getah/sawit)
  • NAM BEE Estet, Air Kuning (sawit)
  • BUKIT KELEDEK Estet, Air Kuning (sawit)
  • TSK Bukit Putus, Asahan (sawit))
  • TSK Sungai Lerek (sawit)
  • TSK Air Gelugur (sawit)
  • TSB Sg. Dua (sawit)
  • TSB Air Rawa (getah)
  • TSB Tenai 3 (getah)
  • TSB Ulu Rokan 1&2 (getah)
  • TSB Kg. Tengah (getah)
  • TSB Ai-Bo (getah)
  • TSB Sri Asahan (sawit)
  • TSB A/Kuning (S) (getah)
  • TSB Punggur 1 (getah)
  • TSS Ulu Air Kuning (getah)
  • TSS Kg. Tengah, Air Kuning (getah)
  • TSB Punggur 2 (getah)
  • TSS Kg. Jelawai (getah)
  • TSB Jalor (getah)
  • TSS Air Kuning (getah)
  • TSB Asahan (getah)
  • PUSAT TIMBANG SAWIT, Kg. Tenai
  • Projek Pertanian Jagung ZALI, Sungai Kepong & Sg Dua.
  • Projek Ternakan Udang, Sungai Jernih
  • Projek Kolam Ikan BUJAL, Sungai Kepong
  • Projek Ternakan Kambing ZUL, Sg. Kepong
  • Projek Tanaman Sayur Mamam, Gedok Sawah
  • PWPK RISDA Sg. Kepong - Kraf Rotan
  • PWPK RISDA Ulu Rokan - Kraftangan bunga daun getah
  • PWPK RISDA Kg. Tengah - Kraftangan bunga daun getah
  • PWPK RISDA Gedok - Makanan ringan

Cara ke sana[sunting | sunting sumber]

Anggaran jarak ke Gemencheh
Bandar/Pekan Jarak (km)
Kuala Lumpur 148
Seremban 77
Rembau 54
Port Dickson 100
Tampin 26
Alor Gajah 36
Masjid Tanah 48
Paya Rumput 46
Sungai Udang 56
Gemas 27
Segamat 56
Kem Terendak 60

Dari Kuala Lumpur, ikut Lebuhraya Utara-Selatan dan keluar Tol Simpang Ampat, Alor Gajah. Ikut arah ke bandar Tampin, Negeri Sembilan. dan kemudian Gemas. Sebelum sampai ke Gemas, anda akan temui Pekan Gemencheh (26 km dari Tampin).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Perang Dunia Kedua[sunting | sunting sumber]

Jambatan Gemencheh

Semasa Perang Dunia Kedua, Jambatan Gemencheh menjadi lokasi pertempuran hebat antara tentera Jepun yang hendak ke selatan menuju Johor dan Singapura. Di jambatan inilah, pasukan tentera Australia 8 Division dan Batalion 2/30 menyerang hendap tentera Jepun. Tujuannya agar perjalanan tentera Jepun dapat diperlahankan sebelum sampai ke Singapura. Tentera Australia di bawah pimpinan Leftenan Kolonel "Black Jack" Galleghan bersiap sedia pada pagi 14 Januari 1942 meletupkan jambatan tersebut di bawah operasi musnah semua infrastuktur yang mungkin dilalui oleh tentera Jepun. Sebuah tugu peringatan bagi mengenang peristiwa tersebut telah dibina oleh bekas tentera Australia di jambatan itu.

Pembunuhan Datuk Mohamad Taha Talib[sunting | sunting sumber]

Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan Datuk Mohamad Taha Talib telah dibunuh oleh Datuk Mokhtar Hashim yang ketika itu memegang jawatan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan ahli Parlimen Tampin, Negeri Sembilan. Pembunuhan itu dilakukan di Kampung Seri Asahan, Gemencheh pada jam 1.30 pagi, 14 April 1982. Datuk Mokhtar Hashim telah ditangkap di rumahnya di rumahnya di Jalan 16/6, Petaling Jaya jam 1.30 pagi. Orang lain yang terlibat termasuklah Rahmat Satiman (46 tahun - ketua kampung), Nordin Johan (33 tahun - peniaga), Aziz Abdullah (65 tahun, kerja sendiri, PJK) dan Aziz Tumpuk.

Selepas perbicaraan selama 75 hari di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hakim Hashim Yeop Sani menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup (biasanya 20 tahun) kepada Datuk Mokhtar Hashim.

Nama-Nama Ternama / Ulama Besar[sunting | sunting sumber]

  1. Dato Mohamad Taha bin Talib - Mantan ADUN Gemencheh
  2. Doto Waad bin Haji Mansur - Mantan ADUN Gemencheh
  3. Tuan Haji Ahmad Maarof - Bekas Khadi dan Ulamak Gemencheh
  4. Pawang Abd Rahman bin Manjun - Pawang Gemencheh

Empangan Gemencheh[sunting | sunting sumber]

Empangan Gemencheh dibina di hulu Sungai Gemencheh dalam Rancangan Malaysia Keempat. Empangan Gemencheh dibina bagi mengatasi masalah bekalan air yang cukup serius di Melaka pada tahun 1991. Loji Rawatan Air Gemencheh dibina bagi membersihkan air sebelum disalurkan kepada para pengguna.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]