Tampin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tampin
تمڤين
Bandar
Sempadan bandar Tampin antara negeri Melaka dan Negeri Sembilan.

Lambang
Tampin is located in Malaysia
Tampin
Tampin
Lokasi Tampin di Semenanjung Malaysia
Koordinat: 2°29′23″N 102°14′15″E / 2.48972°N 102.23750°E / 2.48972; 102.23750
Negara Malaysia
Negeri Negeri Sembilan
Luak Tampin
Ditubuhkan 1840
Daerah 1 Julai 1980
Kerajaan[1][2]
 • Jenis Majlis Daerah
 • Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman al-Qadri
 • Yang DiPertua Tuan Haji Roduan Bin Ujang
 • Ahli Parlimen Shaziman Abu Mansor
Keluasan[3]
 • Jumlah 129.49 km2 (50 sq mi)
Ketinggian 79 m (259 ft)
Populasi (2010)[4]
 • Jumlah 84,889
 • Kepadatan 660/km2 (1,700/sq mi)
Zon waktu MST (UTC+8)
Laman web Majlis Daerah Tampin
Peta menunjukkan daerah Tampin di Negeri Sembilan

Tampin merupakan sebuah bandar yang terletak di antara sempadan Negeri Sembilan dan Negeri Melaka. Bandar Tampin terbahagi kepada dua iaitu Tampin Negeri Sembilan dan Tampin Melaka. Tampin adalah nama bandar dan nama daerah. Sebenarnya Tampin, Melaka tidak wujud. Kawasan Tampin yang dikatakan dalam kawasan negeri Melaka sebenarnya Pulau Sebang di bawah Pentadbiran Majlis Perbandaran Alor Gajah. Orang ramai jarang menyebut Pulau Sebang tetapi menyebut kawasan Melaka itu sebagai Tampin, Melaka. Ada beberapa pejabat penting yang terletak di wilayah Melaka seperti, Hentian Teksi dan Bas Pulau Sebang, Maybank Pulau Sebang, Pusat Serenti Tampin yang terletak di Pulau Sebang dan Stesen KTM Pulau Sebang.

Mengenai Tampin[sunting | sunting sumber]

Bandar Tampin berjiran dengan Bandar Pulau Sebang, Melaka. Lampu isyarat di kedua-dua bandar yang berjiran itu merupakan sempadan antara Negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Tampin boleh dihubungkan dengan Melaka, Seremban dan Johor Bahru melalui jalan persekutuan. Lebuh raya utama tidak melalui daerah Tampin tetapi boleh menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan dan keluar melalui Tol Simpang Ampat Alor Gajah. Daerah Tampin mempunyai Stesen keretapi iaitu Gemas dan Air Kuning Selatan. Namun stesen Air Kuning Selatan telah ditutup. Projek landasan kereta api berkembar antara Seremban ke Gemas turut menggantikan Stesen Kereta Api Batang Melaka yang sedia ada di lokasi yang baru. Walau bagaimanapun lokasi Stesen KTMB Batang Melaka yang baru akan dipindahkan dalam kawasan Negeri Melaka.Stesen keretapi lama Batng Melaka telah ditutup dengan rasminya dan mulai bulan Februari 2015 stesen keretapi Batang Melaka yang baru telah mula beroperasi. Stesen Batang Melaka yang baru ini terletak di kawasan Negeri Melaka. Stesen keretapi terdekat bagi bandar Tampin ialah Stesen Keretapi Pulau Sebang, Alor Gajah Melaka yang terletak hanya 1 kilometer sahaja dari Pusat bandar Tampin.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tampin merupakan nama tempat dan juga daerah di Negeri Sembilan. Tampin diperintah oleh Tengku Besar Tampin bermula dengan Syed Shaaban bin Syed Ibrahim Al-Qadri pada tahun 1832. Pemerintah yang terakhir adalah Syed Idrus bin Syed Muhammad sejak tahun 1944.

Asal-usul nama Tampin adalah daripada bekas makanan Tampin yang diperbuat daripada daun mengkuang. Makanan yang biasanya diisi di dalam bekas tersebut adalah dodol. Pada zaman dahulu, Tampin adalah pusat perdagangan dan perniagaan antara penduduk dari kawasan Rembau dan Gemencheh dengan penduduk dari Alor Gajah. Daerah Tampin terbahagi kepada 7 mukim dengan keluasan keseluruhan adalah 87,868.82 hektar.

Orang tua-tua menyebut orang yang mula-mula meneroka Tampin ialah sepasukan perompak laut seramai 70 orang yang diketuai oleh Panglima Hitam, suku Batu Hampar. Tempat yang bernama Keru dan Tebong di Tampin sekarang mula dibuka oleh seorang suku Mungkal yang datang dari Mancap di Melaka. Tempat yang bernama Repah pula mula dibuka oleh orang suku Batu Tiga, tetapi cerita ini tidak mempunyai tarikh dan bukti yang nyata.

Pada 28 Januari 1832, Datuk Undang Rembau bernama Datuk Nganit telah membuat surat perjanjian dengan orang Inggeris di Melaka. Beliau telah menyerahkan Tampin kepada Syed Shaaban, menantu Raja Ali. Syed Shaaban telah mangkat di Keru Tampin pada tahun 1850.

Pada tahun 1878, Datuk Haji Sahil iaitu Undang Rembau yang ke-15 telah menghantar angkatan perangnya untuk menyerang Tampin yang diperintah oleh Tengku Besar Tampin yang kedua, Syed Abdul Hamid bin Syed Shaaban. Angkatan perang Tengku Besar Tampin yang dipimpin oleh panglimanya yang bernama Memperang Khalifah telah melawan serangan dari Rembau dan berlakulah pertempuran di antara pihak Rembau dan Pihak Tampin di tempat yang bernama Legong, menyebabkan banyak nyawa terkorban dan harta benda antara kedua-dua belah pihak. Akhirnya Rembau tidak dapat mengalahkan Tampin dan terpaksa berundur.[5]

Majlis Daerah Tampin telah ditubuhkan pada 1 Julai 1980, hasil daripada penyusunan semula pentadbiran melalui peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976. Sebelum itu, ia dikenali sebagai Lembaga Bandaran Tampin. Luas kawasan ialah 50 batu persegi atau 12,949 hektar.[6]

Demografi[sunting | sunting sumber]

Demografi bagi Tampin[7]
Kumpulan etnik Peratus
Melayu & Bumiputera
  
60.1%
Cina
  
22.8%
India
  
14.1%
Lain-lain
  
0.2%
Bukan warganegara
  
2.8%

Penduduk Melayu sebanyak 60.1 peratus, Cina 22.8 peratus, 14.1 peratus India, 0.2 peratus dan minoriti lain 2.8 peatus bukan warganegara.[8]

Seluruh daerah Tampin mempunyai penduduk seramai 84,889 penduduk tempatan (2010) dan bancian tersebut tidak termasuk kawasan Pulau Sebang/Tampin di bahagian negeri Melaka.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Daerah Tampin merangkumi 7 mukim . 5 mukim diselia oleh Pejabat Daerah Tampin dan 2 mukim lagi dibawah pentadbiran Pejabat Daerah Kecil Gemas. Kewujudan daerah kecil ini adalah untuk memudahkan orang awam yang berada di Mukim Gemas dan Ayer Kuning untuk berurusan

Pejabat Daerah Tampin & Tanah Tampin :[sunting | sunting sumber]

  1. Mukim Tampin Tengah ( Bandar Tampin, Pekan Tampin Tengah, Mukim Tampin Tengah
  2. Mukim Repah ( Mukim Repah, Pekan Repah Jaya, Pekan Repah Permai
  3. Mukim Keru
  4. Mukim Tebong
  5. Mukim Gemencheh ( Mukim Gemencheh, Pekan Gememncheh Baru , Pekan Ayer Kuning Selatan )

Pejabat Daerah Kecil & Tanah Gemas[sunting | sunting sumber]

  1. Mukim Gemas ( Bandar Gemas , Pekan Pasir Besar )
  2. Mukim Ayer Kuning ( Mukim Ayer Kuning , Pekan Batang Melaka)

Pihak Berkuasa Tempatan[sunting | sunting sumber]

Majlis Daerah Tampin merupakan PBT yang bertanggungjawab. Kawasan yang dirangkumi ialah

  1. Pekan Tampin Tengah
  2. Bandar Tampin
  3. Pekan Repah Jaya
  4. Pekan Repah Permai
  5. Pekan Gemencheh Baru
  6. Pekan Ayer Kuning Selatan
  7. Bandar Gemas
  8. Pekan Pasir Besar
  9. Pekan Batang Melaka
  10. Dan sepanjang jalan dari Pekan Tampin ke Gemas, Tampin ke Kuala Pilah

Struktur Pentadbiran Majlis Daerah Tampin terdiri daripada:

  1. Majlis (Penggubal Dasar)
  2. Jawatankuasa Kecil (Penasihat Kepada Majlis)
  3. Pengurusan (Pelaksana).

Politik[sunting | sunting sumber]

Parlimen Tampin - P133[sunting | sunting sumber]

Ahli Parlimen :

YB Dato' Seri Shaziman Abu Mansur

DUN Gemas - N34[sunting | sunting sumber]

Ahli Dewan Undangan Negeri

YB Tuan Abd. Razak Bin Ab.Said

Exco Kerajaan Negeri Sembilan

Dun Gemencheh N35[sunting | sunting sumber]

Ahli Dewan Undangan Negeri:

YB Tuan Mohd Isam Bin Hj Mohd Isa

DUN Repah - N36[sunting | sunting sumber]

Ahli Dewan Undangan Negeri:

YB Tuan S.Veerapan A/L Superamaniam

Perhubungan[sunting | sunting sumber]

Anggaran jarak ke Tampin
Bandar/Pekan Jarak (km)
Kuala Lumpur 124
Seremban 61
Port Dickson 81
Rembau 23
Kuala Klawang 95
Kuala Pilah 36
Karak 139
Bahau 51
Alor Gajah 17
Masjid Tanah 28
Bandar Melaka 40
Jasin 47

Tampin juga merupakan sempadan antara kawasan Negeri Sembilan Melaka dan Johor. Jika ke Tampin, mempunyai empat laluan seperti:

Kemudahan di Bandar Tampin[9][sunting | sunting sumber]

Perbankan[sunting | sunting sumber]

Pusat membeli-belah dan Pasaraya[sunting | sunting sumber]

  • Pasaraya Besar Giant
  • The Store
  • Tampin Shopping Centre
  • Kompleks Tampin Square
  • Pasaraya Sakan
  • Kedai Rakyat 1 Malaysia
  • TF Value Mart Gemas
  • Pasaraya Tunas Manja Gemas
  • Mydin Pulau Sebang

Farmasi[sunting | sunting sumber]

  • Watson
  • Guardian
  • Alpro
  • Farmasi Sentosa

Kawasan perindustrian/komersial[sunting | sunting sumber]

  • Kawasan Industri Repah
  • IKS Gunung Mas
  • IKS Gemencheh (Gemencheh)
  • Kawasan Industri Gemas (Gemas)

Pasar Basah[sunting | sunting sumber]

  • Pasar Tampin
  • Pasar Gemencheh
  • Pasar Gemas
  • Pasar Pulau Sebang, Melaka

Hospital/Klinik[sunting | sunting sumber]

  • Hospital Tampin
  • Klinik Kesihatan Gemas
  • Klinik Kesihatan Gemencheh
  • Klinik Pergigian Tampin
  • Klinik Yahya
  • Klinik Al Azim
  • Poliklinik Sakti
  • Klinik Pergigian Liza

Jabatan Kerajaan[sunting | sunting sumber]

  • Pejabat Daerah dan Tanah Tampin
  • Pejabat Daerah Kecil dan Tanah Gemas
  • Majlis Daerah Tampin
  • Pejabat Agama Islam Daerah Tampin
  • Jabatan Kerja Raya Tampin
  • Jabatan Pendaftaran Tampin
  • Jabatan Pendaftaran Gemas
  • Kem Syed Sirajuddin, Gemas
  • Pejabat Pertanian
  • Risda Wilayah Selatan
  • Pejabat Perpaduan
  • KEMAS
  • Jabatan Penerangan

Restoran & Kedai Makan menarik[sunting | sunting sumber]

Pekan Tampin /Pekan Pulau Sebang[sunting | sunting sumber]

  • Nasi Ayam Gemas
  • Merlin Cafe - Batu 1 Jalan Seremban
  • Eat Canteen - Tmn Rekreasi Tampin
  • Deen Burger Bakar - Berhadapan pasaraya KK
  • Ababil Cafe - Tmn Gunung Mas
  • Lepak Cafe - Benteng Arena Dataran Tampin
  • Nasi Lemak Nurul - Tmn Rekreasi
  • Brother Z Food - Tmn Indah
  • Kentucky Fried Chicken
  • Dominos Pizza
  • Secret Recipe - Giant
  • Mee Tarik warisan - Mydin Pulau Sebang
  • Restoran Adeq Mama - Tmn Gunung Mas
  • Pizza Hut
  • Marrybrown - Mydin Pulau Sebang
  • Zoll Satay - IKS Pulau Sebang
  • Man Corner - Dataran Tampin
  • Restoran Paya Serai - Berhadapan pasar
  • Restoran D'Aliff Tomyam - Batu 1 jln Seremban
  • Gerai Makanan Johnny Boon - Tmn Woon
  • Diba's Kitchen - Giant
  • Restoran Santapan Impian - Berhadapan The Store
  • Char Koay Teow Island - Pulau Sebang
  • Bam Bam Bistro - Rumah awam pulau sebang
  • Restoran Kak Long Sri
  • Aida Cafe - Bus station Pulau sebang
  • Anoor Tomyam - Berhadapan Perodua
  • Sunday Cafe - Giant
  • Rahmaya Bistro - Berhadapan pasar Tampin
  • Kueh Udang Alor Gajah - Bazar MDT berhadapan Tampin Square
  • Restoran Syarifah Nor - Tampin Square
  • Restoran Melati - Bangunan Umno
  • Nasi Ayam Panggang Oasis - Tmn Indah
  • Hailam kopitiam
  • Nanyang Kopitiam - Tmn Indah
  • Warung Abg Joe - sebelah Bomba

Tunku Besar Tampin[sunting | sunting sumber]

13 Sep 1832 Luak Tampin ditubuhkan. 1883 pemerintah Tampin digelar Tunku Besar Tampin.

  • 13 September 1832 - 1856 Raja Ali bin Daeng Alampaki [Lahir pada c.1784 - Meninggal dunia pada 1856)
  • 1856 - 1872 Saiyid Shaaban ibni Saiyid Ibrahim al-Qadri [Lahir pada 17.. - Meninggal dunia pada 1872)
  • 1872 - 1894 Saiyid Abdul Hamid ibni Saiyid Shaaban al-Qadri (Meninggal dunia pada 1894)
  • 1894 - 19.. Saiyid Dewa ibni Saiyid Abdul Hamid al-Qadri
  • 19.. - 19.. Saiyid Akil ibni Saiyid Dewa al Qadri (Meninggal dunia pada bf.1920)
  • 19.. - Mei 1929 Saiyid Muhammad ibni Saiyid Dewa al-Qadri (Meninggal dunia pada 1929)
  • 19.. - Mei 1929 Sharifah Leng binti Saiyid Abdul Hamid (wanita)
  • Mei 1929 - Saiyid Idris ibni Saiyid Muhammad al-Qadri [Lahir pada 1927)
  • Mei 1929 - 21 Dec 1945 Sharifah Leng bint Saiyid Abdul Hamid (wanita)

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tempat menarik[sunting | sunting sumber]

Dataran Tampin[sunting | sunting sumber]

Dataran ini terletak berhampiran dengan Kompleks Sukan Tampin dan menjadi salah sebuah lokasi tumpuan penduduk untuk melakukan aktiviti riadah pada hari biasa dan hujung minggu. Antara kemudahan yang ada ialah taman permainan kanak-kanak yang serba lengkap, trek berjogging, alatan senaman, objek-objek mercu tanda yang menarik dan pentas terbuka.[10]

Taman Tasik Tampin[sunting | sunting sumber]

Taman Tasik Tampin terletak kira-kira 400 meter dari Lay By. Dilengkapi dengan alatan permainan kanak-kanak, menara pandang jauh, wakaf, kerusi rehat dan trek berjogging. Antara lokasi yang boleh menjadi pilihan anda untuk beriadah bersama keluarga. Selain itu, gerai-gerai makanan juga terletak berdekatan dengan taman ini.[11]

Taman Rekreasi Tampin[sunting | sunting sumber]

Kedudukan lokasi taman ini begitu strategik iaitu terletak berdekatan dengan Hospital Daerah Tampin, Rumah Rehat Tampin dan juga Kompleks Sukan Tampin. Keluasan kawasan Taman Rekreasi Tampin ini keseluruhannya berjumlah 9 ekar dimana 0.8 ekar adalah kawasan tasik sedia ada.Selain kehijauan alam semulajadinya, taman rekreasi ini turut dilengkapi pelbagai kemudahan seperti alat permainan kanak-kanak, gelanggang badminton, gelanggang tenis dan trek berjoging yang panjang. Kedudukannya yang strategik memberi peluang kepada orang ramai untuk mengunjunginya sambil beristirehat bersama keluarga.[12]

Gunung Tampin[sunting | sunting sumber]

Gunung Tampin merupakan pengakhiran kepada Banjaran Titiwangsa (dari segi geografi). Beberapa kolam telah didirikan diatas gunung ini bagi membolehkan para pengunjung menikmati kejernihan air yang masih terpelihara ini. Walaubagaimana pun, kolam-kolam ini akan dinaiktaraf tidak lama lagi bagi memberikan keselesaan dan kepuasan serta imej yang lebih baik dengan konsep yang lebih moden. Laluan sedia ada ke puncak gunung dengan jarak kira-kira 5 km ini juga sering dijadikan trek berjogging dan beriadah oleh orang ramai pada sebelah petang dan cuti hujung minggu.[13]

Lay By Tampin[sunting | sunting sumber]

Lay By Tampin merupakan kawasan hentian berkonsepkan Rawat Dan Rehat (R&R). Terletak di pintu masuk utama ke daerah ini daripada utara semestinya lokasi yang strategik bagi membolehkan anda berhenti seketika sebelum meneruskan perjalanan. Antara kemudahan yang terdapat disini ialah gerai makanan, surau dan taman permainan kanak-kanak.[14]

Stesen keretapi Gemas[sunting | sunting sumber]

Stesen keretapi Gemas merupakan sebuah stesen kereta api yang terletak di Gemas, Negeri Sembilan, Malaysia. Di sini bertembungnya laluan pantai timur, selatan dan ke utara. Namun, pada tahun 2012, stesen tersebut ditinggalkan kerana dibina sebuah stesen baru dan nampak lebih berkualiti.[15]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "YDP Profile". Majlis Daerah Tampin. Dicapai pada 18 September 2009. 
  2. "Tunku Besar Tampin". Majlis Kebudayaan Negeri Sembilan. Dicapai pada 18 September 2009. 
  3. "Background of Tampin". Majlis Daerah Tampin. Dicapai pada 18 September 2009. [pautan putus]
  4. Bancian penduduk 2010 laman 81
  5. Sejarah Tampin
  6. Sejarah Majlis Daerah Tampin
  7. "Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi" (PDF). Jabatan Perangkaan Malaysia. p. 11. Dicapai pada 9 September 2012. 
  8. Taburan dan Ciri-ciri Asas Demografi 2010 (Report). Department of Statistics, Malaysia. http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/census2010/Taburan_Penduduk_dan_Ciri-ciri_Asas_Demografi.pdf.
  9. Kemudahan awam
  10. Dataran Tampin
  11. Taman Tasik
  12. Taman Rekreasi Tampin
  13. Gunung Tampin
  14. Lay By Tampin
  15. Stesen Keretapi Gemas

Pautan luar[sunting | sunting sumber]