Pertempuran Jutland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pertempuran Jutland, dikenali di Jerman sebagai Pertempuran Skagerrak (Skagerrakschlacht), adalah pertempuran laut terbesar Perang Dunia I, dan peperangan kapal tempur sepenuhnya. Ia berlaku pada 31 Mei1 Jun 1916, di Laut Utara berhampiran Jutland. Yang terlibat adalah Armada Laut Lepas (High Seas Fleet) Tentera Laut Imperial, diperintah oleh Laksamana Madya Reinhard Scheer, dan Armada Besar (Grand Fleet) Tentera Laut Diraja, diperintah oleh Laksamana John Jellicoe.

Pihak Jerman merancang untuk menggunakan pasukan peninjau Laksamana Madya Franz von Hipper untuk mengumpan skuardon kruiser perang (battlecruiser) Laksamana Madya Sir David Beatty kelaluan angkatan perang Jerman utama dan dengan itu memusnahkannya. Tetapi pihak British mengetahui dari isyarat yang dipintas bahawa operasi angkatan utama sedang dirancang dan pada 30 Mei Jellicoe berlayar dengan Grand Fleet untuk bersemuka dengan Beatty.

Pada petang 31 Mei, Beatty dan Hipper bertembung, dan dalam pergerakan pertempuran ke selatan, Hipper mengumpan kapal British ketengah Armada Laut Lepas - (High Seas Fleet). Beatty berpusing dan lari kearah (Grand Fleet) dan dari 18:30 sehingga malam sekitar 20:30 kedua angkatan besar — 250 ships — bertempur sengit. Empat belas kapal British dan sebelas kapal Jerman ditenggelamkan dengan jumlah kehilangan jiwa yang besar. Jellicoe cuba untuk mengadang pihak Jerman dari pengkalan mereka dangan harapan untuk terus bertempur pada waktu pagi, tetapi dengan berselindung kegelapan malam Scheer melintas dibelakang angkatan British dan terlepas lari.

Kedua pihak mendakwa kemenangan dipihak masing-masing. Pihak British kehilangan lebih banyak kapal dan kelasi, tetapi rancangan Scheer untuk memusnahkan skuadron Beatty gagal. Untuk baki perang berikutnya, kecuali pertempuran ringan (brief sorties) pada Ogos 1916 dan April 1918, Armada Laut Lepas - High Seas Fleet kekal dilimbungan. Mereka kekal menjadi ancaman yang memerlukan pihak British untuk mengekalkan kapal perang mereka bertumpu di Laut Utara, tetapi ia tidak lagi bertanding pengawalan laut. Sebaliknya, pihak Navy Jerman menumpukan usaha dan sumber kepada perperangan kapal selam tidak terhad.

Latarbelakang[sunting | sunting sumber]

Kapal-kapal perang Armada Besar (Grand Fleet) British sedang berbaris

Taktik Tentera Laut 1916[sunting | sunting sumber]

Pandangan umum adalah angkatan laut menghampiri pertempuran dalam baris sejajar bergerak dalam garisan agar menonjolkan sasaran paling kecil kepada torpedo. Semasa pertempuran sebenar angkatan perang perlu diletakkan dalam satu garisan, melintasi barisan musuh agar jumlah meriam maksima boleh digunakan, sementara pihak musuh hanya boleh menembak dengan turet hadapan pada kapal terhadapan sekali. Melaksanakan pergerakan klasik "melintasi T" merupakan sebahagian nasib; kemungkinan besarnya yang berlaku adalah pertempuran sengit antara dua angkatan pada laluan sejajar.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]