Pertempuran Toulouse (721)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pertempuran Toulouse
Tarikh9 Jun 721
Lokasi
Keputusan Kemenangan Aquitaine
Pihak yang terlibat
Aquitaine Khilafah Umayyad
Komandan dan pemimpin
Odo dari Aquitaine Al-Samh ibn Malik al-Khawlani 
Aquitaine selepas Pertempuran Poitiers (734–743)

Pertempuran Toulouse (721) merujuk pada sebuah pertempuran yang berlaku antara pasukan tentera Kristian dari Aquitaine yang diketuai oleh Duke Odo dari Aquitaine menentang tentera Muslim khilafah Umayyad yang mengepung kota Toulouse, dan diketuai oleh gabenor Al-Andalus, Al-Samh ibn Malik al-Khawlani. Kemenangan ini menghalang perluasan kawalan Umayyah ke barat daripada Narbonne ke dalam Aquitaine.

Pertempuran[sunting | sunting sumber]

Al-Samh ibn Malik al-Khawlani, adalah wali (gabenor) di Al-Andalus, yang telah membina pasukan tentera yang kuat di wilayah Umayyad untuk menakluk Aquitaine, sebuah duchy besar di barat daya negara moden Perancis, dahulunya di bawah kekuasaan Franks, tetapi hampir mencapai taraf pemerintahan sendiri di bawah kekuasaan Aquitaine. Ian Meadows menyatakan bahawa Al-Samh berhasrat untuk mengambil lembah Sungai Garonne, menawan Toulouse dan membuka wilayah luas sehingga ke Atlantik dan kembali semula ke selatan melalui Andalusia sehingga ke Mediterranean dan Maghrib.[1]

Peralatan ketenteraan Al-Samh termasuk mesin kepungan, infantri, tentera berkuda dan askar upahan, selain tentera Basque. Beliau telah mengepung kota Toulouse, yang mana merupakan kota terpenting Aquitaine, dan Duke Odo dari Aquitaine, juga dikenali sebagai Eudes, dengan segera berundur untuk mendapat bantuan. Beliau kemudian meminta bantuan daripada Charles Martel, yang mana lebih memilih untuk menunggu daripada membantu pesaing beliau daripada selatan.[1]

Odo kembali semula selepas tiga bulan dengan pasukan tentera Aquitaine dan Franks, di mana kota ini hampir-hampir menyerah diri dan menyerang pasukan tentera Umayyad pada 9 Jun. Asal pasukan tentera Franks ini tidak diketahui, tetapi ramai antaranya berasal daripada kawasan selatan Aquitaine seperti Rhone Hilir, di mana orang-orang Franks telah menetap selama berkurun atau berabad sebelumnya. Kemenangan Aquitaine akhirnya menyebabkan pergerakan enveloping dibuat oleh Odo. Selepas Odo melarikan diri, pasukan Umayyads menjadi terlampau yakin, dan sebalik mengekalkan posisi pertahanan luar yang kukuh di sekeliling kem pengepungan mereka, dan terus menjejak sebaliknya tidak berbuat demikian. Oleh itu, apabila Odo kembali semula, beliau melancarkan satu serangan mengejut ke atas pasukan pengepung, mengucar kacirkan ia pada serangan pertama dan menyembelih unit-unit yang sedang berehat atau melarikan diri tanpa senjata atau perisai.

Al-Samh ibn Malik al-Khawlani berjaya meloloskan diri bersama-sama sekumpulan kecil tentera beliau, tetapi meninggal dunia tidak lama selepas itu, menjadikan Anbasa ibn Suhaym Al-Kalbi (721-725) sebagai gabenor. Jumlah tentera yang terlibat dalam pertempuran ini secara kasarnya dalam 300,000 di pihak Odo (Al-Maqqari), dan jumlah kematian seramai 375,000 di pihak Umayyad.[1]

Selepas kejadian[sunting | sunting sumber]

Sejarawan Arab bersetuju bahawa Pertempuran Toulouse merupakan sebuah bencana. Selepas dikalahkan, beberapa pegawai dan tentera Umayyah berjaya melepaskan diri, antara mereka adalah Abdul Rahman Al Ghafiqi. Walau bagaimanapun, kekalahan ini menyekat terus perluasan wilayah oleh Umayyad ke utara. Al-Andalus pada masa itu disusun semula bagi memulakan kempen baru ke atas Goth. Umayyad melakukan beberapa serangan ketenteraan di selatan Gaul (sehingga musim luruh tahun 725M), tetapi mengelakan kempen-kempen serius ke barat laut.

Kemenangan Odo tersebar luas dan diakui di Aquitaine. Beliau diangkat sebagai juara orang Kristian Paus di Rome, malah diberi hadian. Charles membawa pembangunan politik dan ketenteraan yang jelas di selatan Gaul untuk 10 tahun berikutnya sehingga tahun 732M.

Nasib daripada pertempuran ini yang dikenali sebagai Balat Al Shuhada di Toulouse,[2] diingati oleh Muslim Al-Andalus selama 450 tahun berikutnya, berlawanan dengan Pertempuran Poitiers, yang mana dianggap sebagai satu pertempuran kecil.[1]

Perbincangan[sunting | sunting sumber]

Beberapa sejarawan [nyatakan menurut siapa?] percaya bahawa Pertempuran Toulouse telah menghentikan penaklukan Muslim ke Eropah meskipun Pertempuran Tours berlaku pada 10 Oktober 732, di kawasan antara Tours dan Poitiers. Meskipun katakan orang-orang Arab menang di Toulouse, mereka masih perlu menguasai orang-orang Frank untuk kekal berkuasa di wilayah ini. Walau bagaimanapun, hampir kesemua sejarawan bersetuju bahawa kemenangan Kristian di Toulouse adalah penting di mana memberi lebih masa kepada Charles Martel untuk mengukuhkan kuasa beliau dan membina tentera veteran yang berdiri bersama-sama beliau 11 tahun berikutnya di Tours. 11 tahun jangka waktu antara pertempuran di Toulouse dan Tours tanpa ragu-ragu memberi beliau masa untuk mengukuhkan kuasa, memberi inspirasi kepada pasukan tentera setia beliau dan paling penting, mendirikan teras pasukan veteran yang berdiri teguh semasa perang pada tahun 732.

Sementara sejarah Odo terhapus ekoran kekalahan beliau di Bordeaux, Pertempuran Toulouse penting bagi Martel untuk bersedia bagi menghadapi serangan yang diketuai oleh Abd al Rahman pada tahun 732. Walau bagaimanapun, mereka yang lain seperti Archibald Lewis, Roger Collins, dsb. menyatakan bahawa serangan-serangan Umayyad yang mana sejauh Autun pada tahun 725, adalah bukan satu cubaan sebenar untuk menakluk Francia. Ironiknya, sementara Odo dilupakan, Martel diangkat pada waktu selepasnya sebagai seorang "penyelamat Eropah" oleh rama tokoh-tokonh akademik dan pengarang Barat dan Eropah.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Ian Meadows, "The Arabs in Occitania", Arab and Islamic Cultures and Connections, Saudi Aramco World
  2. ^ Coppée, Henry (2002) [1881]. History of the Conquest of Spain by the Arab Moors, With a Sketch of the Civilization Which They Achieved, and Imparted to Europe. Vol II. Gorgias Press. m/s. 13. ISBN 1-931956-94-4. |volume= has extra text (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Gibbon, Edward. Decline and Fall of the Roman Empire
  • Hooker, Richard. "Civil War and the Umayyads"
  • Martin, Robert W. "The Battle of Tours is still felt today", from about.com
  • Santosuosso, Anthony, Barbarians, Marauders, and Infidels ISBN 0-8133-9153-9
  • Tours,Poiters, from "Leaders and Battles Database" online.
  • Watson, William E., "The Battle of Tours-Poitiers Revisited", Providence: Studies in Western Civilization, 2 (1993)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 43°36′00″N 1°27′00″E / 43.6000°N 1.4500°E / 43.6000; 1.4500