Pesawat pengintip

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebuah pesawat rekonaisans berkelajuan tinggi SR-71 USAF
TR-1 versi U-2 USAF
Pesawat rekonaisans CP-140A Arcturus RCAF
USAF MQ-1/RQ-1 Predator

Pesawat pengintip adalah sebuah reka bentuk pesawat tentera yang dipandu manusia atau tanpa pemandu, atau disesuaikan, untuk membuat rekonaisans udara. Peranannya ialah mengumpul risikan imej, risikan semboyan, dan risikan tanda dan pengukuran.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Belon digunakan untuk peninjauan oleh pihak Perancis semasa pertempuran

Semasa Perang Napoleon dan Perang Perancis-Prusia, belon telah digunakan sebagai rekonaisans udara oleh pihak Perancis.[1]

Dalam Perang Dunia I, kapal terbang telah dikerah semasa peringkat awal memegang peranan rekonaisans (mata-mata tentera) untuk membantu tentera darat.[1]

Rekonaisans udara kebanyakannya dijalankan oleh versi standard pesawat pejuang dan pesawat pengebom yang dilengkapi dengan kamera.[2] Selepas Perang Dunia II dan semasa Perang Dingin, pihak Amerika membangunkan beberapa reka bentuk khas pesawat rekonaisans, termasuk U-2 dan SR-71, untuk menangani ancaman nuklear dari Soviet Union.[3]

Hari ini, banyak peranan strategik telah diserahkan kepada satelit,[4] dan peranan taktikal kepada Pesawat Udara Tanpa Pemandu. Ini dibuktikan dengan kejayaan yang digunakan oleh Israel dan operasi Desert Storm oleh Amerika Syarikat.[5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b http://centennialofflight.net/essay/Air_Power/WWI-reconnaissance/AP2.htm
  2. ^ During World War II, "F-Planes" Weren't Fighters | Defense Media Network
  3. ^ http://www.centennialofflight.net/essay/Air_Power/cold_war/AP34.htm
  4. ^ "Satelite.Com Spy Satellites". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-17. Dicapai pada 2016-09-01.
  5. ^ https://fas.org/irp/program/collect/docs/97-0349.pdf

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Kategori berkenaan Pesawat pengintip di Wikimedia Commons