Pesuruhjaya kehakiman
Pesuruhjaya kehakiman (Bahasa Inggeris: Judicial commissioner; Jawi: ڤسوروهجاي كحاكيمن) merupakan seorang individu yang dilantik sebagai pegawai kehakiman secara sementara di mahkamah-mahkamah atasan. Di sesetengah negara seperti Malaysia dan Singapura, tugas pesuruhjaya kehakiman setaraf dengan hakim-hakim mahkamah tinggi.
Malaysia
[sunting | sunting sumber]Pesuruhjaya kehakiman dilantik berdasarkan Perkara 122AB Perlembagaan Persekutuan seperti di bawah:[1]
(1) Supaya segera diselesaikan urusan Mahkamah Tinggi di Malaya dan Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, boleh melalui perintah melantik mana-mana orang yang layak dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi untuk menjadi pesuruhjaya kehakiman bagi apa-apa tempoh atau apa-apa maksud yang dinyatakan dalam perintah itu; dan orang yang dilantik sedemikian hendaklah mempunyai kuasa untuk melaksanakan apa-apa fungsi hakim Mahkamah Tinggi yang ternyata kepadanya dikehendaki dilaksanakan; dan apa-apa jua yang dilakukan olehnya apabila bertindak mengikut pelantikannya hendaklah mempunyai kesahan dan kesan yang sama seolah-olah dilakukan oleh seorang hakim Mahkamah itu, dan berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan itu dia mempunyai kuasa yang sama dan menikmati kekebalan yang sama seolah-olah dia seorang hakim Mahkamah itu.
(2) Peruntukan Fasal (2) dan (5) Perkara 124 hendaklah terpakai bagi seseorang pesuruhjaya kehakiman sebagaimana peruntukan itu terpakai bagi hakim Mahkamah Tinggi.
Pesuruhjaya kehakiman perlu melalui proses pemilihan oleh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) sekiranya dimohon menurut Seksyen 22 Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009.[2][3]
Menurut Seksyen 29 Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009, pesuruhjaya kehakiman boleh meminta dilantik sebagai hakim mahkamah tinggi.[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Perlembagaan Persekutuan (pindaan hingga 20 Januari 2024). International Law Book Services (ILBS). 2024. ISBN 978-967-89-3033-8.
- ^ a b "Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Tahun 2009". www.jac.gov.my. Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman. Dicapai pada 2025-06-05.
- ^ "Permohonan Pesuruhjaya Kehakiman". www.jac.gov.my. Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman. Dicapai pada 2025-06-05.