Petitmoni/Pucchimoni

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Petitmoni
Petitmoni, 2003
Latar belakang
Juga dikenali sebagai Pucchi Moni, Petit Moni
Berasal dari Jepun
Genre J-pop
Tahun aktif 1999–2003
Label Zetima
Kegiatan berkait Morning Musume, Minimoni, Tanpopo
Laman web Hello! Project.com
Ahli
Nakajima Saki
Hagiwara Mai
Mano Erina
Bekas ahli
Sayaka Ichii
Kei Yasuda
Maki Goto
Hitomi Yoshizawa
Makoto Ogawa
Ayaka Kimura

Petitmoni (プッチモニ?), juga dikenali sebagai Pucchi Moni, merupakan kumpulan tambahan kedua kumpulan Morning Musume.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada November 1999, anggota kumpulan generasi pertama yang terdiri dari tiga anggota kumpulan Morning Musume: Kei Yasuda, Sayaka Ichii dan Maki Goto. Generasi pertama ini hanya memasarkan sebuah single sahaja yang berjudul "Chokotto Love", yang telah terjual lebih dari 1 juta unit.

Selepas memasarkan single pertama, pada 21 Mei 2000, Sayaka Ichii keluar dari kedua-dua kumpulan Morning Musume dan Petitmoni. Bagi mengisi semula tempat Sayaka Icchi, produser mereka Tsunku menggantikan Yoshizawa Hitomi ke dalam kumpualn itu, sebagai anggota generasi kedua. Petitmoni generasi kedua ini telah memasarkan tiga single dan sebuah album yang berjudul Zenbu! Pucchimoni, yang dipasarkan pada Ogos 2002.

Pada tahun 2002, Goto telah keluar dari Morning Musume dan Petitmoni dan graduasi Yasuda Kei diumumkan pada tahun 2003. Setelah keluarnya Goto Maki dan Yasuda Kei dari Petitmoni, Ayaka Kimura (dari Coconuts Musume) dan Makoto Ogawa telah dimasukkan kedalam kumpulan ini. Yoshizawa menjadi ketua baru, tetapi generasi ketiga ini tidak memasarkan apa-apa single . Hanya satu lagu telah dirakam \kan iaitu lagu Wow Wow Wow yang terdapat dalam siri pucchi best, Pucchi Best 4.

Selepas tahun 2003, status kumpulan ini tidak lagi diketahui. Selepas Tsunku mengumumkan bahawa kumpulan Minimoni akan kembali, beliau juga mengumumkan bahawa kumpulan Petitmoni dan Tanpopo kembali untuk menyanyi dalam album nyanyian semula Hello! Project iaitu Hello!Project Champloo ~Happy Marriage Song Shuu~. Ahli kumpulan yang baru akan diumukan pada 19 Julai. Nakajima Saki, Hagiwara Mai (dari C-ute) dan Mano Erina diumumkan sebagai ahli Pucchimoni V

Anggota Kumpulan[sunting | sunting sumber]

Generasi pertama[sunting | sunting sumber]

Generasi Kedua[sunting | sunting sumber]

Generasi Ketiga[sunting | sunting sumber]

Pucchimoni V[sunting | sunting sumber]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

# Title Release date
1 "Zenbu! Pucchimoni" (ぜんぶ!プッチモニ?) 21-08-2002

Single[sunting | sunting sumber]

# Title Release date
1 "Chokotto Love" (ちょこっとLove?) 25-11-1999
2 "Seishun Jidai 1.2.3! / Baisekou Daiseikou!" (青春時代 1.2.3!/バイセコー大成功!?) 29-07-2000
3 "Baby! Koi ni Knock Out!" (Baby!恋にKnock Out!?) 28-02-2001
4 "Pittari Shitai X'mas!" (ぴったりしたいX'mas!?) 14-11-2001

Lagu dalam Album Kompilasi[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]