Phasmophobia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Phasmophobia
PembangunKinetic Games
PenerbitKinetic Games
EnjinUnity
PlatformMicrosoft Windows
Pelepasan18 September 2020 (akses awal)
GenreSeram
ModPemain tunggal, multipemain

Phasmophobia ialah sebuah permainan video seram indie yang dibangunkan dan dilancarkan oleh Kinetic Games. Permainan ini telah tersedia sebagai akses awal melalui Steam untuk Microsoft Windows pada September 2020 bersama-sama sokongan realiti maya. Permainan ini kemudian menjadi masyhur dalam bulan-bulan selanjutnya oleh kerana banyak YouTuber dan penyiar Twitch terkenal yang bermain permainan ini sempena musim Halloween.[1] Pada 15 Oktober, permainan ini menjadi permainan keenam paling popular di Twitch.[2] Di samping itu, Phasmophobia juga menjadi permainan terlaris di Steam selama beberapa minggu pada Oktober dan November 2020 secara global.[3]

Tatamain[sunting | sunting sumber]

Pemain menjadi satu daripada sekelompok pemburu hantu yang terdiri daripada sebanyak-banyaknya empat orang pemain yang dikontrak untuk mengurus hantu yang menetap di beberapa bangunan kosong seperti rumah, sekolah, penjara dan rumah sakit jiwa.[4][1][5] Permainan ini memiliki empat belas jenis hantu dengan peri laku yang pelbagai. Hantu-hantu yang ada dalam Phasmophobia termasuk spirit, wraith, phantom, poltergeist, banshee, jinn, mare, revenant, shade, demon, yurei, oni, yokai serta hantu lazim. Pemain perlu mengumpulkan pelbagai bukti untuk menentukan jenis hantu yang mereka hadapi.[6][7] Tujuan akhir permainan ini bukanlah untuk mengalahkan hantu, melainkan menentukan jenis hantu serta menyelesaikan misi sampingan selagi dapat bertahan diri.[8][9] Pemain berkomunikasi melalui ruang percakapan yang ada sebagai radius di sekitar pemain dan lewat portofon global yang dapat didengar oleh hantu di dalam game. Hantu juga dapat bereaksi kepada pembicaraan pemain melalui pengecaman ucapan.[10][11] Pemain juga dapat menggunakan peralatan untuk menjalankan misinya seperti lampu UV, termometer, pengukur EMF, kamera CCTV, salib, papan Ouija,[12] dan sebuah "Spirit Box" untuk berkomunikasi secara langsung dengan hantu.[13] Alat-alat ini dapat digunakan bagi macam-macam tujuan daripada komunikasi, penyiastan, perlindungan diri dan mencari petunjuk jenis hantu.[14]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Marshall, Cass (October 14, 2020). "A janky ghost game is blowing up on Twitch". Polygon. Dicapai pada October 15, 2020.
  2. ^ Mercante, Alyssa (October 15, 2020). "Ghost game Phasmophobia is spreading scares all over Steam and Twitch". GamesRadar. Dicapai pada October 15, 2020.
  3. ^ Vaz, Christian (November 9, 2020). "Phasmophobia continues to dominate Steam's top sellers list". PCGamesN. Dicapai pada December 18, 2020.
  4. ^ Knoop, Joseph (November 19, 2020). "Phasmophobia Dev Shows Off Upcoming Prison Level". IGN Nordic (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada November 25, 2020.
  5. ^ Hawkins, Josh (October 23, 2020). "Can you play Phasmophobia with two players?". Shacknews. Dicapai pada October 26, 2020.
  6. ^ Le Conte, Gemma (October 13, 2020). "Phasmophobia: All Ghost Types And Evidence Explained". Gfinity. Dicapai pada October 15, 2020.
  7. ^ Lees, Gina (October 13, 2020). "Phasmophobia ghost types – all ghosts in the game". PCGamesN. Dicapai pada October 16, 2020.
  8. ^ Stanton, Rich (October 13, 2020). "Phasmophobia is the best ghost game ever made". PC Gamer. Dicapai pada October 15, 2020.
  9. ^ Izaak (October 14, 2020). "Phasmophobia, a new co-op ghost hunting game, becomes an October hit". Sportskeeda. Dicapai pada October 20, 2020.
  10. ^ Morton, Lauren (October 7, 2020). "Phasmophobia has certainly possessed a lot of players". Rock, Paper, Shotgun. Dicapai pada October 15, 2020.
  11. ^ Miller, Chris (October 7, 2020). "Phasmophobia Is Taking Horror To New Levels With Party-Play And Voice Recognition". Happy Gamer. Dicapai pada October 15, 2020.
  12. ^ Morton, Lauren (October 23, 2020). "Here are some Ouija board questions you can ask in Phasmophobia". PC Gamer. Dicapai pada October 26, 2020.
  13. ^ Phasmophobia: Complete List of Spirit Box Questions That Will Get An Answer
  14. ^ Morton, Lauren (October 16, 2020). "What Spirit Box phrases and questions to use in Phasmophobia". PC Gamer. Dicapai pada October 16, 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]