Pilihan raya Presiden Afghanistan 2009

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pilihan raya Presiden Afghanistan 2009

← 2004 20 Ogos 2009 2014 →
 
Calon Hamid Karzai Abdullah Abdullah
Parti Bebas
Undian popular 2,283,907 1,406,242
Peratusan 49.67 30.59

Pilihan raya Presiden Afghanistan 2009 diadakan pada 20 Ogos 2009. Pilihan raya kali ini diadakan bagi memilih presiden. Kempen bermula pada 16 Jun 2009 dan tamat pada 18 Ogos 2009. Pilihan raya diadakan 5 tahun sekali. Pengundian itu menjadikan ia adalah pilihan raya presiden demokratik kedua Afghanistan. Malangnya pilihan raya ini dicirikan oleh kekurangan keselamatan, jumlah pengundi yang rendah dan penipuan meluas pilihan raya.[1][2][3]

Dua bulan kemudian, satu undian pusingan kedua dijadualkan pada 7 November 2009 antara Presiden semasa Hamid Karzai dan pencabar utamanya Abdullah Abdullah. Bagaimanapun pada 1 November, Abdullah mengumumkan tidak akan bertanding dalam pusingan kedua kerana tuntutan perubahannya dalam suruhanjaya pilihan raya tidak dipenuhi, dan "pilihan raya telus tidak mungkin". Sehari kemudian, pegawai suruhanjaya pilihan raya membatalkan pusingan kedua dan mengisytiharkan Hamid Karzai sebagai Presiden Afghanistan untuk 5 tahun lagi.[2][3]

Hamad Karzai menerajui negara Afghanistan sejak 2004 setelah mendapat sokongan tentera AS selepas tenteranya menyerang Afghanistan pada 2001 bagi menyingkirkan regim Taliban, yang memberi perlindungan kepada Osama bin Laden.

Pilihan raya terakhir ialah pilihan raya Presiden Afghanistan 2004 pada 7 Disember 2004, Ketika itu Karzai ditentang 18 calon. Karzai dari puak Pashtun memenangi pilihan raya berkenaan dengan mendapat 55 peratus undi, manakala tempat kedua dimenangi Yunus Qanooni, dengan 16 peratus.

Pengundi[sunting | sunting sumber]

Pada Mac 11, 2009, pegawai NATO mengumumkan 15.6 juta pengundi berdaftar layak mengundi iaitu separuh penduduk Afghanistan.

Anggaran 35 % pengundi berdaftar adalah wanita. Negara-negara Barat mahu wanita diberi peluang mengundi sebagaimana takrif hak asasi manusia. Shahla Atta, ahli parlimen wanita mahu dasar memodenkan wanita sebagaimana yang dilakukan oleh Presiden Mohammad Daoud Khan pada 1973-1978.

Calon yang bertanding[sunting | sunting sumber]

Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya Afghanistan, Azizullah Lodin, mengumumkan senarai terakhir calon bertanding pada 13 Jun 2009 .Ada 41 calon yang bertanding jawatan presiden walaupun sesetengahnya tidak layak bertanding.

Hamid Karzai akan dicabar oleh bekas Menteri Kewangan, Ashraf Ghani dan bekas Menteri Luar Afghanistan, Dr Abdullah Abdullah.[4]

Sarwar Ahmedzai akan turut bertanding. Beliau merupakan intelek Afghanistan dan menjadi ahli Lorya Jirga Afghanistan. Beliau pemegang sarjana Undang-Undang Hubungan antarabangsa dan menjadi pemimpin Rakyat Afganistan di Amerika serta bekerja keras semasa kempen Barack Obama.

Masalah[sunting | sunting sumber]

Pemimpin Taliban Mullah Omar pada Disember 2008 menggesa rakyat Afghanistan memulau pilihan raya ini.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Afghan commission orders first ballots invalidated". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-13. Dicapai pada 2010-04-13.
  2. ^ a b Karzai Gets New Term as Afghan Runoff is Scrapped
  3. ^ a b "Obama calls Afghan election 'messy' but upholds its final outcome". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-11-05. Dicapai pada 2009-11-03.
  4. ^ 41 calon presiden Afghanistan mula berkempen