Pilihan raya umum Pakistan 2018
![]() | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Semua 342 kerusi dalam Perhimpunan Kebangsaan 172 kerusi diperlukan untuk majoriti | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pengundi hadir | 51.7%[1] (▼ 3.3%) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
![]() | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pilihan raya umum diadakan di Pakistan pada Rabu, 25 Julai 2018 bagi memilih anggota Perhimpunan Kebangsaan dan empat dewan undangan provinsi.
Dalam pilihan raya Perhimpunan Kebangsaan, Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) menerima undian terbanyak dan menang banyak kerusi. Di peringkat provinsi pula, PTI kekal menjadi parti terbesar di Khyber Pakhtunkhwa (KP); Parti Rakyat Pakistan (PPP) mengekalkan dominasi mereka di Sindh dan parti yang baru dibentuk, Parti Rakyat Balochistan (BAP) menjadi parti terbesar di Balochistan. Di Punjab, keputusannya parlimen tergntung dengan Liga Muslim Pakistan (N) (PML-N) menang kerusi terbanyak. Walau bagaimanapun, selepas beberapa ahli parlimen bebas menyertai PTI, parti tempat kedua itu menjadi parti terbesar dan boleh membentuk kerajaan.
Hari pilihan raya menyaksikan PTI menerima 31.82% undian (undian terbanyak sejak penubuhannya), sementara PML-N menerima 24.35%. Berikutan pilihan raya ini, enam parti utama termasuk PML-N mendakwa terdapat salah tadbir urus dan manipulasi undi.[2][3][4] Imran Khan, pengerusi PTI, meneruskan pembentukan kerajaan gabungan, mengumumkan kabinetnya sebaik sahaja selesai pilihan raya.[5] Kerajaan gabungan yang baru dibentuk ini termasuk anggota dari Gerakan Kebangsaan Bersatu dan Liga Muslim Pakistan (Q).[6]
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
- Keganasan pilihan raya umum Pakistan 2018
- Pilihan raya wilayah Punjab 2018
- Pilihan raya wilayah Sindh 2018
- Pilihan raya wilayah Khyber Pakhtunkhwa 2018
- Pilihan raya wilayah Balochistan 2018
- Pilihan raya perundangan Gilgit-Baltistan 2020
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Voter turnout in 2018 dropped by more than 3%". Ecp.gov.pk. Dicapai pada 31 July 2018.
- ^ "Ex-cricketer Khan leads Pakistan elections in early counting". BBC News. 26 July 2018. Dicapai pada 27 July 2018.
- ^ Gannon, Kathy (26 July 2018). "Unofficial Results in Pakistan's Election Show Lead For Imran Khan, But Opponents Allege Fraud". Time Magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 July 2018. Dicapai pada 26 July 2018.
- ^ Shah, Saeed (25 July 2018). "Ex-Cricket Star Imran Khan Headed for Pakistan Election Victory". The Wall Street Journal. Dicapai pada 26 July 2018.
- ^ "Imran Khan Close to Forming Pakistan Coalition, Cabinet Decided". Bloomberg.com. 2018-07-30. Dicapai pada 2020-09-24.
- ^ "Imran starts preparations for formation of govt at Centre". Dawn (dalam bahasa Inggeris). 2018-07-28. Dicapai pada 2022-03-14.