Pilihan raya umum Pakistan 2024

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

← 2018 8 Februari 2024 2029 →

Kerusi berjumlah 336 dalam Dewan Rakyat Pakistan
169 kerusi diperlukan untuk majoriti
Tinjauan pendapat
Terdaftar128,585,760
Pengundi hadir47.8%[1] (3.9pp)
  Parti pertama Parti kedua Parti ketiga
 
Pemimpin Imran Khan Nawaz Sharif Bilawal Bhutto Zardari
Parti PTI-Ahli politik bebas[a][b] Liga Muslim Pakistan (N) Parti Rakyat Pakistan[c]
Pilihan raya
lepas
31.82%, 116 seats 24.35%, 64 seats 13.03%, 43 seats
Kerusi yang
dimenangi
93 75 54
Perubahan kerusi 23 11 11

Peta persebaran pengundi tersenarai Dewan Rakyat Pakistan

Pemelihara Sementara Perdana Menteri Pakistan sebelum pilihan raya

Anwaar ul Haq Kakar
Ahli politik bebas

Perdana Menteri Pakistan selepas pilihan raya

TBD

Pilihan raya umum telah diadakan di Pakistan pada tarikh 8 Februari 2024 untuk memilih ahli Dewan Rakyat ke-16. Suruhanjaya Pilihan Raya Pakistan sebelumnya mengisytiharkan jadual undi pada 15 Disember 2023.[2]

Pilihan raya itu diadakan berikutan dua tahun selepas Perdana Menteri Imran Khan dari parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI), disingkirkan daripada jawatannya melalui usul undi tidak percaya dari Dewan. Tidak lama selepasnya Khan ditangkap dan disabitkan kesalahan rasuah dan dihalang daripada kerjaya politik selama lima tahun lamanya. Mendekati tarikh pilihan raya, keputusan Mahkamah Agung yang kontroversi telah menyekat simbol pilihan raya PTI sebab gagal mengadakan pilihan raya di dalam organisasi pejawat parti selama bertahun-tahun.[3][4][5][6]

Calon dari bebas parti kemudian memenangi 103 kerusi termasuk 93 disokong PTI, diikuti 75 dari Liga Muslim Pakistan (N) (PML-N) dan 54 dari Parti Rakyat Pakistan (PPP). Di wilayah Punjab dan Sindh, PML-N dan PPP masing-masing muncul sebagai parti terbesar. Calon dari bebas parti yang disokong oleh PTI memenangi bilangan kerusi terbanyak di Khyber Pakhtunkhwa manakala Balochistan mengundi PPP dan PML-N sebagai parti terbesar.

Faksi tentera dituduh melakukan penipuan besar-besaran sebelum tarikh pengundian untuk memihak kepada pemimpin PML-N yairu Nawaz Sharif.[7][8][9][10] Dalam sebuah sidang media pada 13 Februari 2024, pemimpin PML-N dan PPP mengisytiharkan bahawa mereka akan membentuk pentadbiran campuran dengan Shehbaz Sharif sebagai perdana menteri baharu.[11] Pergerakan Muttahida Qaumi – Pakistan, Liga Muslim Pakistan (Q), Parti Istehkam-e-Pakistan dan Parti Awami Balochistan juga menegaskan hasrat mereka untuk menyertai pakatan republik.[12]

Pada 17 Februari, Pesuruhjaya Bahagian Rawalpindi Liaquat Ali Chattha mensabit Ketua Pesuruhjaya Pilihan Raya (Ketua ECP) Sikander Sultan Raja dan Ketua Hakim Negara Qazi Faez Isa telah "melakukan penipuan" semasa pilihan raya terhadap calon dari bebas parti yang berpakat dengan PTI.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Voters' turnout remain 48 percent in election: FAFEN report". The Express Tribune. 10 February 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 February 2024. Dicapai pada 10 February 2024.
  2. ^ "Election Commission of Pakistan". Diarkibkan daripada yang asal pada 6 January 2024. Dicapai pada 16 February 2024.
  3. ^ "Former Pakistan PM Imran Khan barred from politics for 5 years". Al Jazeera. 8 August 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 February 2024. Dicapai pada 10 February 2024.
  4. ^ "Pakistan's Imran Khan still barred from vote after conviction appeal fails -lawyer". Reuters. 21 December 2023. Dicapai pada 10 February 2024.
  5. ^ Ellis-Petersen, Hannah; Baloch, Shah Meer (10 February 2024). "Imran Khan claims victory in Pakistan poll but military might have final say". The Observer. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 February 2024. Dicapai pada 11 February 2024.
  6. ^ Ellis-Petersen, Hannah; Baloch, Shah Meer (11 February 2024). "Protests take place across Pakistan amid election vote-rigging allegations". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 February 2024. Dicapai pada 11 February 2024.
  7. ^ Hussain, Abid. "Why Nawaz Sharif failed to win Pakistan election despite tacit army support". Al Jazeera (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 February 2024. Dicapai pada 2024-02-14.
  8. ^ Board, Editorial (12 February 2024). "Opinion: Pakistan's shocking election result shows authoritarians don't always win". Washington Post. Dicapai pada 15 February 2024.
  9. ^ Hussain, Abid. "'Election engineering': Is Pakistan's February vote already rigged?". Al Jazeera (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 15 January 2024. Dicapai pada 2024-02-13.
  10. ^ "The 'generals' elections' in Pakistan that turned against the military". France 24 (dalam bahasa Inggeris). 2024-02-09. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 February 2024. Dicapai pada 2024-02-13.
  11. ^ "Pakistan's former premier Sharif and allies agree to form a coalition". Associated Press (dalam bahasa Inggeris). 2024-02-14. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 February 2024. Dicapai pada 2024-02-14.
  12. ^ "Shehbaz prevails in race for PM House". Dawn (dalam bahasa Inggeris). 2024-02-14. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 February 2024. Dicapai pada 2024-02-14.


Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "lower-alpha" ada tetapi tag <references group="lower-alpha"/> yang sepadan tidak disertakan