Pergi ke kandungan

Kenanga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Pokok Kenanga)

Kenanga
Bunga-bunga pokok kenanga
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Magnoliid
Order: Magnoliales
Keluarga: Annonaceae
Genus: Cananga
Spesies:
C. odorata
Nama binomial
Cananga odorata
Sinonim[1]
  • Canangium odoratum (Lam.) Baill. ex King
  • Unona odorata (Lam.) Dunal
  • Uvaria javanica Thunb. nom. superfl.
  • Uvaria odorata Lam.

Kenanga (nama botani: Cananga odorata)[2] merupakan spesies tumbuhan dalam keluarga Annonaceae[1] yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara Asia Tenggara yang lain.

Bunganya merupakan bunga tradisional yang amat digemari di Malaysia pada suatu masa dahulu kerana baunya yang harum semerbak. Bunganya sering dipetik dan disimpan dalam lipatan kain bagi mengharumkan baju, dan rumah. Baunya lebih kuat pada waktu senja, kemungkinannya disebabkan faktor bagi menarik serangga pendebungaan yang aktif pada waktu tersebut. Di Indonesia pula, bunga kenanga banyak menempati peran di dalam upacara-upacara khusus misalnya dalam upacara perkawinan. Kenanga sendirinya adalah bunga rasmi atau flora identitas Provinsi Sumatera Utara.[perlu rujukan]

Nama kenanga (Jawi: کناڠ) diturunkan daripada akar bahasa Proto-Melayu-Polinesia *kanaŋa.[3]

Pokok kenanga jenis pokok saka hutan malar hijau yang besar. Bagaimanapun pokok kenanga kawin mampu berbunga walaupun mencapai ketinggian kurang dari 2 meter. Pokok kenanga kawin biasanya kurang kuat keharumannya berbanding pokok kenanga tradisional asal. Pokok kenanga tumbuh dengan cepat hingga lebih dari 5 meter per tahun dan mampu mencapai tinggi rata-rata 12 meter. Batang Pohon Kenanga lurus, dengan kayu keras dan cocok untuk bahan peredam suara. Ia memerlukan sinar matahari penuh atau sebagian, dan lebih menyukai tanah yang memiliki kandungan asid di dalam habitat aslinya di dalam hutan tadah hujan. Daunnya hijau halus, mengkilap, runcing dengan margin bergelombang. Bunganya terkulai, panjang menguntit dengan 6 kelopak sempit berwarna kuning kehijauan (seperti tapak sulaiman). Tanaman ini berbunga dan berbuah sepanjang tahun.[4]

  1. ^ a b "Cananga odorata (Lam.) Hook.f. & Thomson". Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. 2025. Dicapai pada 1 November 2025.
  2. ^ Index to Scientific Names of Tropical Tree Species along with their Vernacular Names Seedtest (PDF). Persatuan Pengujian Biji Benih Antarabangsa. Dicapai pada 2 Januari 2012.
  3. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*kanaŋa – a tree with fragrant flowers: Cananga odorata". Austronesian Comparative Dictionary. Institut Antropologi Evolusi Max Planck. Dicapai pada 1 November 2025.
  4. ^ Handayani, Tri (Julai 2016). "Musim Berbunga Dan Berbuah Jenis-jenis Tanaman Koleksi Suku Annonaceae Di Kebun Raya Bogor". Botanic Gardens Bulletin. 19 (2): 91–104. ISSN 0125-961X.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]