Pokok Penarahan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pokok Penarahan
260px
Pengelasan saintifik
[[{{{Ksubspesies}}}]]

Gymnacranthera bancana (Miq.)
Gymnacranthera contracts Warb.
Gymnacranthera eugeniifolia (A. DC)
Gymnacranthera forbesii Warb.


Pokok Penarahan ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Myristicaceae yang berasal dari Asia Tenggara. Nama botaninya Gymnacranthera bancana (Miq.) Sinclair.


Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Pokok Penarahan tumbuh sehingga 5-15 meter (16-49 kaki) tingginya. Ciri-ciri fizikalnya yang lain adalah seperti berikut:

  • Kulit kayu: Kasar, dengan banyak rekahan, dan berwarna perang kemerah-merahan.
  • Daun: Dilitupi dengan bulu, seperti dengan ranting-rantingnya. Daun matang adalah lebar dan berwarna hijau tua. Vena-vena timbul yang amat ketara terdapat pada kedua-dua permukaan daunnya.
  • Bunga: Kecil, dengan warna perang di bahagian luar tetapi berwarna merah jambu di bahagian dalam.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Phang Wien Ho et al. A Guide to the Botanic Gardens Jungle. Pusat Sains Singapura (1983). ISBN 9971-88-010-5.