Pokok saga daun tumpul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Saga daun tumpul
Saga kenderi
Adenanthera pavonina2.jpg
Biji saga terdedah dari lenggai pokok
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Spesies:
A. pavonina
Nama binomial
Adenanthera pavonina

Pokok saga daun tumpul, saga kenderi atau kenderi batang (Adenanthera pavonina)[1] ialah sejenis pokok kayu balak saka.[2] Ia bertaburan asal di benua-benua Lama Asia (terutamanya di India) Afrika serta Australasia namun telah diperkenalkan di benua-benua Amerika Selatan (terutamanya Brazil dan Venezuela), Amerika Utara (terutamanya di selatan Florida) dan kepulauan Caribbean.[2]

Botani[sunting | sunting sumber]

Bunga kecil, kekuningan tumbuh dalam rimbunan kepala bunga melendut seperti ekor tikus. Lenggai melengkung tergantung, dengan kembung bertentangan bagi setiap biji benih, lenggai-lenggai ini pecah dua apabila cukup masak setiap satu mendedahkan biji benih merah saga yang keras.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Biji saga[sunting | sunting sumber]

E. J. H. Corner menyatakan bahawa di India, biji benihnya telah digunakan selama wujudnya rekod sejarah sebagai unit berat menimbang logam berharga seperti emas[3] tercermin pada nama iaitu biji saga (meminjam Bahasa Arab: صَاغَة ṣāghah "tukang emas"[4]), ia juga merupakan nama kereta pertama Malaysia iaitu Proton Saga. Biji ini turut diberi nama kundi (Jawi: کوندي) yang merupakan asal nama kepada unit timbangan kenderi.[5][6]

Biji benihnya yang cantik digunakan sebagai manik rantai, ia juga boleh dimakan selepas dimasak untuk membuang toksin racunnya.[7]

Bahagian lain[sunting | sunting sumber]

Pokok ini berguna mengikat nitrogen untuk menambahkan kesuburan tanah, ia juga sering dituai menjadi makanan ternakan, tumbuhan perubatan, dan tanaman hiasan taman dan pokok di bandar. Pucuknya boleh dimasak dan dimakan. Kayunya yang amat keras digunakan bagi menghasilkan bot, perabut dan kayu api.

Pokok ini digunakan bagi menghasilkan sabun,[8] dan pewarna merah boleh dihasilkan dari pokoknya.

Sifat kimia[sunting | sunting sumber]

Beberapa alkaloid telah diasingkan dari Adenanthera pavonina termasuk pilokarpina, pilokarpidina dan fisostigmina.

Dos tinggi hasilan biji benih menunjukkna kesan antioksida dalam kajian pada tikus.[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ INDEX TO SCIENTIFIC NAMES of Tropical Tree Species along with their Vernacular Names
  2. ^ a b Bisby F (1994). Phytochemical Dictionary of the Leguminosae, Volume 1. Chapman and Hall/CRC. m/s. 53–54. ISBN 0-412-39770-6.
  3. ^ E. J. H. Corner, "Wayside Trees of Malaya: Vol. I", Malayan Nature Society, 4th ed., 1997
  4. ^ Salmoné, Habib Anthony (1889). "صوغ". An Advanced Learner's Arabic-English Dictionary. m/s. 9017 – melalui Hawramani.
  5. ^ Lim, Lisa (18 Januari 2018). "How catty and tael entered the English language, along with picul, mace and candareen – Asian weight measurements". Post Magazine. South China Morning Post.
  6. ^ Wan Norasikin Wan Ismail (April 2020). "Kosa kata metrologi Melayu". Dewan Bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. m/s. 16–19.
  7. ^ J. H. Maiden (1889). The useful native plants of Australia : Including Tasmania. Turner and Henderson, Sydney.
  8. ^ Species used for Soap, Dr. Duke's Phytochemical and Ethnobotanical Databases
  9. ^ Olajide O.A., Echianu C.A., Adedapo A.D., Makinde J.M. (2004). "Anti-inflammatory studies on Adenanthera pavonina seed extract". Inflammopharmacology. 12 (2): 196–202. doi:10.1163/1568560041352310. PMID 15265320.CS1 maint: multiple names: authors list (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]