Pola

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pola atau corak ialah tema bagi peristiwa atau objek yang berulang-ulang, kadang-kadang dirujuk juga sebagai unsur bagi set objek.

Unsur ini berulangan dalam bentuk yang boleh diramal. Ia boleh menjadi templat atau model yang boleh digunakan untuk menghasilkan perkara atau sebahagian daripada sesuatu, khususnya jika perkara-perkara yang dibuat telah cukup umum untuk pola asas untuk disimpulkan, dalam kes perkara-perkara ini mempamerkan pola yang unik.

Pola yang paling asas yang disebut penjubinan adalah berdasarkan pengulangan dan keberkalaan. Satu templat tunggal, jubin, atau sel. digabungkan dengan pendua-pendua tanpa perubahan atau modifikasi. Contohnya, pengayun harmonik ringkas menghasilkan pola gerakan berulang-ulang.

Pola lain, seperti jubin Penrose dan pola Pongal atau Kolam dari India, menggunakan simetri yang merupakan satu bentuk pengulangan terhingga, berbeza dengan translasi yang boleh berulang tak terhingga. Pola fraktal juga menggunakan magnifikasi atau penskalaan yang menghasilkan kesan yang dikenali sebagai serupa diri atau tak berubah terhadap skala. Sesetengah tumbuhan seperti paku pakis juga menghasilkan satu pola menggunakan transformasi afin yang menggabungkan translasi, penskalaan, putaran dan refleksi!.

Pemadanan corak ialah satu kaedah memeriksa kewujudan juzuk pola, di mana pengesanan pola asas dirujuk sebagai pengecaman pola. Persoalan bagaimana satu pola muncul dapat dijawab melalui hasil kerja bidang sains yang dipanggil pembentukan pola.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.