Portal:Jakarta/Pengenalan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jata Jakarta

Daerah Khusus Ibukota Jakarta (disingkat DKI Jakarta, Jakarta Raya) merupakan ibu negara Indonesia, dan juga merupakan satu-satunya bandar di Indonesia yang bertaraf provinsi atau negeri. Jakarta terletak di bahagian barat laut Pulau Jawa. Dahulunya, Jakarta pernah disebut dengan nama Sunda Kelapa (sebelum tahun 1527), Jayakarta (1527-1619), Batavia, atau Jacatra (1619-1942), dan Djakarta (1942-1972). Di dunia internasional Jakarta juga mempunyai julukan J-Town, atau lebih popular lagi The Big Durian kerana dianggap bandar yang sebanding New York City (Big Apple) di Indonesia.