Negeri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ramai negara yang mempunyai perlembagaan persekutuan mempunyai subentiti yang dipanggil negeri atau provins. Dalam kebanyakan hal entiti-entiti ini adalah ciptaan kerajaan kebangsaan atau pusat. Negara Malaysia dan Amerika Syarikat merupakan pengecualian dalam kes ini, kerana negeri-negeri dalam Malaysia dan Amerika sememangnya merupakan negeri yang berdaulat secara sendirinya, tetapi memilih secara sukarela untuk menganggotai sebuah persekutuan. Kadangkala mereka diberi nama negeri persekutuan.

  • Malaysia mempunyai 11 negeri dan 3 wilayah persekutuan:
  1. Perlis
  2. Kedah
  3. Pulau Pinang
  4. Perak
  5. Selangor
  6. Kuala Lumpur
  7. Kelantan
  8. Terengganu
  9. Johor
  10. Pahang
  11. Sabah
  12. Sarawak
  13. Labuan
  14. Putrajaya

Perbezaan istilah[sunting | sunting sumber]

Dalam bahasa Inggeris dan beberapa bahasa Eropah lain, perkataan yang merujuk kepada sebuah negeri adalah berdasarkan perkataan state. Tetapi perkataan ini juga merujuk kepada konteks penglihatan negara dari segi politik. Hakikatnya, dalam bahasa-bahasa berkenaan, perkataan state juga bermaksud negara. Jadi dalam keadaan ini, perkataan state akan diterjemahkan sama ada sebagai "negeri" atau "negara" mengikut konteks.

Kekeliruan sering timbul dikalangan penutur bahasa Melayu akan perkara ini kerana kebanyakan mereka tinggal di dalam Persekutuan Malaysia dimana perkataan state seringkali dirujuk sebagai negeri. Hampir tiada kesedaran di kalangan mereka akan maksud lain perkataan state sebagai merujuk kepada negara. Lihat Negara (politik)

Negara yang mempunyai negeri[sunting | sunting sumber]

Negara yang menggunakan perkataan bahasa Melayu "negeri"[sunting | sunting sumber]

Negara yang menggunakan perkataan bahasa Inggeris "state"[sunting | sunting sumber]

Negara yang menggunakan perkataan bahasa Portugis "estado"[sunting | sunting sumber]

Negara yang menggunakan perkataan bahasa Sepanyol "estado"[sunting | sunting sumber]

Negara yang menggunakan perkataan bahasa Jerman "Bundesland"[sunting | sunting sumber]

Istilah lain yang membawa maksud sama dalam negara lain[sunting | sunting sumber]