Portal:Makanan/Selected article/27

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ayam goreng ialah daging ayam yang dicelup atau disapu salutan, kemudian digoreng. Salutan tersebut mengekalkan air daging sambil menyerap lemak ayam. Daging ayam itu boleh ditanggalkan tulangnya dan/atau dikupas kulitnya, atau sebaliknya.

Ayam goreng paling banyak dimasak menggunakan penggoreng tekanan, kerana inilah kaedah penyediaan yang paling cepat. Air dalam daging ayam mengewap lalu keluar melalui minyak dalam kebuk yang tertutup, sekaligus menambahkan tekanan dan merendahkan suhu memasak yang diperlukan. Wap tersebut juga memasakkan daging ayam sambil memastikan isinya lembap dan lembut di dalam sadur rangup.

Goreng sadur wujud di Eropah sejak zaman pertengahan lagi. Orang Scotland, dan kemudian pendatang Scotland di selatan Amerika Syarikat mempunyai tradisi menggoreng ayam di dalam lemak, berbeza dengan mreka yang dari England yang lebih gemarkan ayam bakar atau rebus.

Lebih banyak rencana terpilih... Baca lebih lanjut...