Portal:Makanan/Selected article/4

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lada kering.
Lada hitam (Piper nigrum) adalah tanaman menjalar berbunga dalam keluarga Piperaceae, ditanam bagi mendapatkan buahnya, yang biasanya dikeringkan dan digunakan sebagai rempah dan perasa. Buah yang sama juga digunakan untuk menghasilkan lada putih dan lada hijau. Lada hitam berasal dari India Selatan dan ditanam meluas di sana dan di tempat lain di kawasan tropika. Buah, yang dikenali sebagai lada apabila kering, adalah buah berbiji berdiameter lima milimeter, merah gelap apabila matang sepenuhnya, dan mengandungi biji.

Lada kering kisar adalah salah satu rempah yang paling biasa dalam masakan Eropah dan keturunannya, yang telah terkenal dan dihargai sejak zaman purba kerana rasa dan penggunaannya sebagai ubat. Kepedasan lada hitam adalah disebabkan oleh kimia piperine. Kisaran lada hitam, biasanya dirujuk sebagai "lada", boleh didapati di hampir setiap meja makan di beberapa bahagian dunia, sering bersama garam.

Lebih banyak rencana terpilih... Baca lebih lanjut...