Portal:Sejarah/Biografi Pilihan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Profesor Emeritus Tan Sri Dato` Dr. Khoo Kay Kim: Khu Ke-kim: Jawi: خاو كي كيم; Lahir 28 Mac 1937 - Meninggal 28 Mei 2019) ialah seorang ahli sejarawan terkemuka di Malaysia dan mendapat kehormatan Emeritus dari Universiti Malaya. Beliau dilahirkan di Kampar, Perak, Malaysia. Beliau berkelulusan B.A. 1959; M.A. 1967; PhD. 1974 dari Universiti Malaya. Beliau mendapat Sarjana kedoktoran (PhD) berdasarkan tesis beliau yang bertajuk The Beginnings of Political Extremism in Malaya 1915-1935 (Permulaan Politik Ekstremisme di Malaya 1915-1935, diterbitkan pada 1973) yang diseliakan oleh Prof. Kennedy G. Tregonning, yang kemudiannya bertugas sebagai seorang profesor sejarah di Kolej Universiti Malaya. Khoo adalah salah seorang pengarang Rukunegara. Beliau adalah seorang akademik kebangsaan Malaysia yang sangat dihormati kerana pandangan beliau mengenai sukan tempatan dan isu-isu sosio-politik.

Arkib • (Baca lagi ...)