Kampar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rencana ini memaparkan penerangan tentang daerah Kampar di Perak, Malaysia. Sila klik Kabupaten Kampar untuk daerah di Riau
Daerah Kampar
Kampar clock tower.jpg

Jata
Lokasi Kampar di Perak
Lokasi Kampar di Perak
Daerah Kampar yang terletak di Malaysia
Daerah Kampar
Daerah Kampar
Lokasi Kampar di Malaysia
Koordinat: 4°20′N 101°15′E / 4.333°N 101.250°E / 4.333; 101.250Koordinat: 4°20′N 101°15′E / 4.333°N 101.250°E / 4.333; 101.250
Negara Malaysia
Negeri Perak Darul Ridzuan
Majlis Perbandaran2022
KerusiKampar
Kerajaan kawasan tempatanMajlis Daerah Kampar
Kerajaan
 • Pegawai daerahTuan Khairul Anwar Bin Ramli
Luas
 • Jumlah669.80 km2 (258.61 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[2]
 • Jumlah98,732
 • Kepadatan150/km2 (380/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8
Poskod
316xx-319xx
Kod panggilan+6-05
Plat pendaftaran kenderaanA

Kampar merupakan sebuah daerah di negeri Perak, Malaysia kira-kira 40 kilometer dari bandaraya Ipoh dan 16 kilometer dari pekan Tapah.

Kampar telah diisytiharkan sebagai daerah kesepuluh Negeri Perak pada 21 Mei 2009 oleh Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Sultan Perak.[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Para sejarawan Malaysia telah mengakui bahawa nama pekan ini diambil sempena nama Kampar, Indonesia. Wujudnya kaitan di antara kedua-dua nama ini adalah melalui perniagaan yang dijalankan oleh kedua-dua penduduk bagi dua pekan ini, perniagaan mereka yang paling utama ialah penjualan tembakau dan alat-alat tembikar sara tembaga.

Kedatangan orang Kampar (Indonesia) yang paling ramai sekali ke sini ialah pada tahun 1880-1900. Mereka datang melalui beberapa batang sungai utama seperti Sungai Kuala Dipang, Sungai Kampar, Sungai Kinta dan lain-lain lagi. Mereka menggunakan jong iaitu sebuah sampan besar yang diperbuat daripada kayu keras dan diukir menyerupai itik. Tempat persinggahan mereka adalah di tebing-tebing sungai. Maka, wujudlah beberapa buah Kampung Jeram di tebing Sungai Keboi.

Selain itu, ada juga yang masuk melalui Teluk Intan dan mudik ke Sungai Perak hingga ke Kuala Kampar di mana Kuala Kampar inilah wujudnya pekan Malim Nawar yang masih ada hingga kini. Mereka datang adalah untuk berniaga. Dari Kuala Kampar mereka singgah ke beberapa buah kampung untuk menjual barang-barang mereka kepada penduduk tempatan.

Kemudian mereka meneruskan lagi perjalanan hingga ke Kuala Keboi. Perniagaan mereka di sini bertambah maju kerana terdapat kerabat Diraja dan sultan yang tinggal di Kuala Keboi. Di daerah inilah juga lahirnya Sultan Iskandar Shah dan Panglima Megat Terawis (salah seorang tokoh Negeri Perak).

Setelah habis barang-barang perniagaan mereka dijual di tempat tersebut, mereka pun meneruskan perjalanan ke Batang Tonggang dengan berjalan kaki. Di sini jugalah bermulanya bandar Kampar yang ada hingga kini. Di Batang Tonggang (sekarang Kampar) inilah orang-orang Kampar itu (dari Indonesia) mendirikan kedai sederet atap.

Penduduk dari kampung berhampiran dengan Batang Tonggang seperti Kampung Sultan (sekarang Jalan Baru) membawa hasil-hasil pertanian mereka ke Batang Tonggang untuk dijual kepada orang Kampar (Indonesia).

Tahun demi tahun, kedai sederet atap orang Kampar ini bertambah maju. Setelah perniagaan mereka maju, akhirnya mereka membuat keputusan untuk menetap di sini kerana jarak antara Kampar (Perak) dengan Kampar (Indonesia) adalah jauh. Ini menyukarkan mereka untuk berulang-alik. Selain itu, terdapat bencana di lautan seperti ombak yang besar dan lanun-lanun. Sesetengah orang Kampar ini berkahwin dengan penduduk tempatan dan terus bermastautin di sini.

Kampar era perlombongan[sunting | sunting sumber]

Pada peringkat awal, aktiviti perlombongan di Kampar dijalankan secara mengorek lubang-lubang kecil untuk mendapatkan tanah yang mengandungi bijih dan mendulangnya di tebing-tebing Sungai Keranji dan Sungai Kampar serta di kawasan-kawasan rendah yang mengandungi takungan air. Kegiatan tradisional ini kebanyakannya dilakukan oleh orang-orang Cina dan Eropah. Bagi menambahkan kepesatan kegiatan ekonomi perlombongan bijih timah, kaum Cina dan Eropah ini telah memperkenalkan kaedah perlombongan moden dengan menggunakan pam palong dan kapal korek.

Penempatan awal Kampar dan kepesatan industri perlombongan mendorong kedatangan orang-orang dari luar terutamanya orang-orang Cina dari Tanah Besar China, terdapat juga orang-orang Cina yang datang ke Kampar terdiri daripada mereka yang telah bermastautin di Pulau Pinang dan Taiping untuk memulakan hidup baru di Kampar sebagai pekerja lombong, peniaga dan sebagainya.

Dalam tahun 1880-an, suatu migrasi besar-besaran pelombong-pelombong Cina dari Pulau Pinang telah datang ke Kampar berikutan pembukaan lombong bijih timah di daerah Larut dan Matang dan Lembah Kinta. Kegiatan perlombongan ini telah dimulakan di kaki bukit di sekitar Bandar Ipoh, Papan, Jelapang, Lahat dan Batu Gajah. Namun pada masa itu, masih belum wujud lagi bandar yang dikenali sekarang sebagai Bandar Kampar.

Seterusnya J.B.M Leech memilih satu kawasan di tebing kanan Sungai Keranji untuk tapak lot kedai. Bermula dari sinilah usaha-usaha perlombongan telah giat dijalankan dengan kehadiran pelombong Cina dan Eropah. Leech berpendapat nama Mambang Diawan terlalu panjang untuk sebuah pekan yang sedang membangun lalu mengambil nama Sungai Kampar yang mengalir berhampiran untuk menggantikan nama asalnya menjadi Kampar. Masyarakat Cina tempatan yang kebanyakkan dari kalangan para pelombong, menamakan ia sebagai "kam Pou" dalam bahasa Kantonis yang bermaksud "emas yang berharga".

Pembentukan daerah baharu[sunting | sunting sumber]

Pada 21 Mei 2009, Kampar secara rasminya menjadi daerah kesepuluh di Perak hasil gabungan Daerah Kecil Gopeng dan Daerah Kecil Kampar. Sebelum ini, kedua-dua daerah kecil itu berada di bawah pentadbiran daerah Kinta.[3]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Daerah Kampar terletak di timur negeri Perak diapit dengan daerah Kinta di utara, daerah Batang Padang di selatan dan negeri Pahang di timur.

Kampar terletak dalam lingkungan Lembah Kinta, kedudukannya seperti dalam kawah di penghujung barat kaki Gunung Bujang Melaka yang disaliri Sungai Keranji dan Sungai Kampar yang terdiri dari tanah lanar adalah kaya dengan logam-logam timah. Sungai-sungai tersebut memendapkan tanah-tanah dan batu-batu kecil kelikir yang mengandungi logam-logam timah di tebing dan dasarnya, proses ini telah berlaku berjuta-juta tahun dahulu, menjadikan kawasan tersebut kaya dengan longgokan bijih timah.

Antara gunung yang terdapat dalam daerah Kinta ialah;

  • Gunung Ruil (1,715 meter)
  • Gunung Jasar (1,670 meter)
  • Gunung Kinjang (1,444 meter)
  • Gunung Bergantong (1,441 meter)
  • Gunung Bujang Melaka (1,238 meter)
  • Gunung Chante (836 meter)
  • Gunung Tempurong (492 meter)
  • Gunung Panjang (312 meter)
  • Gunung Gajah (268 meter)
  • Gunung Kandu (189 meter)
  • Gunung Sepah (77 meter)
  • Gunung Tunggal (47 meter)

Pecahan pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Daerah Kampar mempunyai dua mukim, dua bandar dan dua pekan.

Map of Kampar District, Perak.svg
Status Nama Luas (km²)
Mukim Kampar 392.6
Teja 267.4
Bandar Gopeng 0.78
Kampar 1.77
Pekan Kota Baharu 0.37
Malim Nawar 0.73

Demografi[sunting | sunting sumber]

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
201096,303—    
202098,732+2.5%

Berdasarkan, bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Kampar ialah seramai 98,732 orang dengan kepadatan penduduk 148 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana. Majoriti penduduk di daerah Kampar beretnik Cina, dengan jumlah 46,876 orang.[4]

Jumlah penduduk mengikut mukim, bandar dan pekan
Status Nama 2010 2020
Mukim Kampar 63,824 69,925
Teja 25,084 22,893
Bandar Gopeng 1,330 684
Kampar 4,272 3,668
Pekan Kota Baharu 136 85
Malim Nawar 1,657 1,477
Jumlah 96,303 98,732
Penduduk warganegara mengikut kaum
Kaum 2010 2020
Jumlah % Jumlah %
Bumiputera 34,441 36.4 37,927 39.9
Cina 49,554 52.4 46,876 49.2
India 10,380 11 9,941 10.5
Lain-lain 150 0.2 353 0.4
Jumlah 94,525 100 95,097 100

Agama[sunting | sunting sumber]

Agama terbesar di daerah ini ialah agama Buddha iaitu 45.8 peratus dari jumlah penduduk. Agama kedua terbesar merupakan agama Islam membentuk 35.5 peratus populasi di daerah ini. Agama Hindu merupakan agama ketiga terbesar iaitu 8.7 peratus dari jumlah penduduk. Terdapat juga beberapa agama lain termasuk Kristian yang mewakili 6.3 peratus penduduk. Dua peratus penduduk tidak diketahui status agamanya manakala 1.8 peratus tidak beragama.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Kampar kini sudah terkenal sebagai salah satu pusat pendidikan tertiari berikutan kewujudan kampus induk Universiti Tunku Abdul Rahman selain Kolej Tunku Abdul Rahman cawangan Kampar. Kampar juga mempunyai banyak sekolah rendah dan menengah yang jika digabungkan boleh menampung kapasiti pelajar kira-kira 20,000 orang. Diantara institusi pendidikan tinggi lain yang terdapat di Kampar seperti Kolej Menara Jaya dan Kolej Sri Ayu.

Infrastruktur[sunting | sunting sumber]

Pasaraya[sunting | sunting sumber]

  • Econsave Hypermarket Kampar
  • Tesco Hypermarket Kampar
  • Giant Superstore Kampar
  • Mydin Hypermarket RTC Gopeng
  • Minat

Restoran dan Cafe[sunting | sunting sumber]

  • KFC drive Thru (BHP Kampar)
  • KFC (Tesco Kampar)
  • KFC @ Kampar
  • McDonald's @ Kampar
  • Pizza Hut
  • Secret Recipe
  • Subway
  • Domino's Pizza
  • Starbucks Coffee
  • Old Town White Coffee
  • Spade Burger
  • Tealive
  • Daboba

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Rancangan Struktur Negeri Perak 2040" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-03-28. Dicapai pada 2019-12-06.
  2. ^ "Population Distribution and Basic Demographic Characteristics, 2010" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 May 2014. Dicapai pada 19 April 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ a b https://www.mdkampar.gov.my/ms/mdkpr/profil/latar-belakang
  4. ^ https://www.dosm.gov.my/mycendash/
  • Arkib Negara Malaysia
  • Artikel Datuk Hashim bin Sam Abdul Latiff, "The Identity of Ngah Jabor and Mohamad Jabor bin Bardot (1858 – 1921)".
  • Kajian Encik Chye Kooi Loong, "Pembukaan Kampar"
  • Buku Cenderamata Sambutan Perayaan 100 Tahun Kampar pada 03 & 04 Julai 1987

Pautan luar[sunting | sunting sumber]