Potret Dr. Gachet adalah salah satu lukisan yang paling dihormati oleh pelukis Belanda, Vincent van Gogh dan telah mencatat rekod jualan sebanyak AS$82.5 juta (AS$75 juta, ditambah 10 peratus komisyen)[1] in 1990.
Lukisan potret ini terdapat dalam dua versi asli, kedua-duanya telah dilukis pada bulan Jun 1890 semasa bulan terakhir hayat Van Gogh. Kedua-dua lukisan menunjukan Doctor Gachet duduk di meja dan menongkat kepala beliau pada tangan kanan. Kedua-dua lukisan boleh dibezakan dengan mudah.