Paul Gauguin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Paul Gauguin
Paul Gauguin 1891.png
Gauguin pada tahun 1891
KelahiranEugène Henri Paul Gauguin
(1848-06-07)7 Jun 1848
Paris, Perancis
Meninggal dunia8 Mei 1903(1903-05-08) (umur 54)
Atuona, Kepulauan Marquesas, Polinesia Perancis
WarganegaraPerancis
Terkenal keranaLukisan, ukiran patung dan kayu, seramik
GayaImpresionisme, Pascaimpresionisme, Primitivisme
PasanganMette-Sophie Gad (k. 1873; c. 1894)

Eugène Henri Paul Gauguin [u-zhén on-ri pol go-géng] / [øʒɛn ɑ̃ʁi pɔl ɡoɡɛ̃] (7 Jun 1848 – 8 Mei 1903) merupakan seorang pelukis dari Perancis dalam pergerakan seni Impresionisme dan pascaimpresionisme. Beliau dikenali atas gaya lukisannya yang banyak meneroka dan bereksperimen dengan gabungan dan pasangan warna di mana ditekankan penghasilan semula rasa pelukis terhadap subjek yang dilukis dan muka luaran subjek (sintetisme). Beliau turut melukis mengenai kehidupan seharian masyarakat Polinesia Peranics yang menjadi tempat beliau menghabiskan sisa usianya.

Beliau antara pelopor seni lukisan moden yang masyhur selain Edvard Munch dan Paul Cézanne; malah turut mempengaruhi karyawan selepasnya yang lebih berdaya kreatif tersendiri seperti Pablo Picasso dan Henri Matisse.

Riwayat hidup[sunting | sunting sumber]

Awal hidup dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Eugène Henri Paul Gauguin lahir di Paris pada tahun 1848. Ayahnya Clovis Louis Pierre Guillaume Gauguin (1814-1851), merupakan seorang wartawan akhbar Le National[1]:3-11 manakala ibunya, Aline Chazal (1825-1867) merupakan anak kepada Flora Tristan iaitu seorang aktivis memperjuangkan internasionalisme dan feminisme. Chazal sendiri merupakan keturunan sebuah keluarga tuan tanah Sepanyol di Amerika Selatan serta turut dikatakan ada kaitan dengan wizurai Peru.[1]

Aline dan Paul kembali ke Perancis ketika Paul berusia 7 tahun, di mana beliau dibesarkan oleh datuk sebelah ibunya di Orléans sambil Aline pergi ke Paris untuk bekerja sebagai seorang tukang jahit di sana.[2]. Paul turut memulakan persekolahannya di Orléans, terutamanya di sebuah sekolah asrama Katolik iaitu Petit Séminaire de La Chapelle-Saint-Mesmin[3][4].

Permulaan dalam bidang seni[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1871, Gauguin berpindah ke Paris di mana beliau mendapat pekerjaan sebagai seorang broker saham di Bursa Paris melalui seorang kenalan keluarganya. Beliau berurusan dalam jual beli karya seni sehingga menjadi seorang pedagang yang berjaya dengan pendapatan setinggi 30,000 franc setahun (kira-kira USD125,000 jika mengikut inflasi tahun 2008 US).[5][6]

Beliau mula berjinak dengan pelukisan itu sendiri lalu mula mengkarya pada masa lapangnya. Di samping itu, kediamannya di arrondissement ke-9 Paris (secara tepat lagi - 15, rue la Bruyère[7][8]) berdekatan dengan beberapa kafe yang dikunjungi pelukis gaya Impresionis; beliau mula berkawan dengan salah seorang pelukis ini, Camille Pissarro,[9] yang turut memperkenalkannya dengan beberapa pelukis lain.

Kejayaan Paul dalam berniaga karya seni tidak bertahan lama apabila pasaran Bursa Paris jatuh dengan dahsyatnya pada 1882 sehingga pasaran seni mengecil lalu mengurangkan keuntungan Gauguin secara drastik. Gauguin memutuskan berhenti daripada kerja perniagaannya untuk menceburi bidang seni lukisan yang sangat diingininya.[10][11][9]

Kemasyhuran awal, perkenalan dengan adik-beradik van Gogh[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1887, Gauguin menjejak kaki selama lima bulan dari Jun bersama kawannya Charles Laval ke Saint Pierre di pulau Martinique - beliau banyak berutus surat mengenai pengalamannya pada ketika ini.[12] Beliau menginap di sebuah pondok di bandar tersebut pada ketika ini[13] di mana beliau melukis sebanyak 11 lukisan catan di sana. Ada beberapa antara lukisan-lukisannya yang dianggap sendiri sebagai karya yang paling memuaskan hatinya.[14]

Lukisan-lukisan ini dipamerkan di galeri pemborong cat beliau, Arsène Poitier; di sinilah Gauguin tersempak bertemu adik-beradik van Gogh, Vincent dan Theo yang tertarik dengan karya-karyanya. Theo membeli tiga lukisan itu sebanyak 900 franc untuk dipamerkan di Goupil. Ketika ini juga Vincent dan Gauguin mula bersahabat dan saling mengutus surat bertukar fikiran sehingga mempengaruhi pendekatan dan pemikiran Gaguin dalam berkarya sendiri.[15][16] Walau bagaimanapun, pertalian mereka agak terganggu lalu adakalanya mereka bertelingkah. Situasi ini memuncak pada 23 Disember 1888 di mana ketika mereka sedang berkarya di rumah Theo di Arles, Vincent bertegang sehingga mengugut Paul dengan sebilah pisau cukur. Vincent memotong telinga kirinya pada petang hari yang sama; beliau dimasukkan ke hospital pada keesokan harinya dan Paul meninggalkan bandar Arles.[17] Mereka tidak bersemuka lagi, namun masih saling berutus surat sehingga kematian van Gogh.

Pelayaran ke Polinesia[sunting | sunting sumber]

Setelah beliau melawat bekas isteri dan anak-anaknya di Copenhagen buat kali terakhir, beliau memutuskan berlayar ke Tahiti pada 1 April 1891 untuk memulakan hidup baru[18] Beliau turut mahu "melarikan diri" dari persekitarannya di Eropah yang dianggapnya terlalu artifisial dan biasa.[19][20] Meskipun niat sebegitu, beliau menjadi kecewa mendapati hakikat yang sebenarnya sepanjang tiga bulan pertamanya di bandar Pape’ete, yang kini merupakan pusat pentadbiran tanah jajahan Empayar Perancis di kawasan kepulauan tersebut serta didatangi penagruh Barat. Beliau mendirikan sebuah studio sendirian di Mataiea, Papeari, kira-kira 45 kilometer jauh dari Papeete, di sinilah beliau mula berkarya mengenai kehidupan seharian masyarakat Tahiti antaranya Fatata te Miti dan Ia Orana Maria (ca) (Ave Maria).

Senja hidup[sunting | sunting sumber]

Beliau mati mengejut di kediamannya pada pagi 8 Mei 1903.[21][22]

Mayatnya disemadikan di Tanah Perkuburan Kalvari (Cimetière Calvaire) di Atuona, Hiva 'Oa, pada pukul 2 petang keesokan harinya. Khabar berita mengenai kematian Paul tidak sampai kepada pengetahuan waris dan kenalan di Peranci sehingga beberapa bulan kemudian pada 23 Ogos 1903. Sambil itu juga, Paul tidak meninggalkan sebarang wasiat, maka banyak ukirannya dilelong terus di Atuona manakala kesemua lukisan, manuskrip dan surat dilelong terus di Papeete pada 5 September 1903; keadaan tersebut menyebabkan banyak perkara yang tidak diketahui mengenai usia tua Paul pada ketika itu sehingga beberapa lama kemudian.

Gaya seni[sunting | sunting sumber]

Pilihan warnanya yang terang, menonjol dan ranggi banyak mempengaruhi seni moden sehingga jauh ke abad ke-20 termasuk Vincent van Gogh, Henri Matisse, Pablo Picasso, Georges Braque, André Derain serta gerakan gaya seni tertentu seperti Fauvisme, Kubisme dan Orfisme antara lainnya.

Potret lukisan diri bertarikh sekitar 1893, kini dipamerkan di Detroit Institute of Arts

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Gauguin, Pola (1937). Alfred A. Knopf, penyunting. My Father, Paul Gauguin (dalam bahasa Inggeris). New York. 
  2. ^ Bowness 1971, m/s. 4, …[C]ivil war in Peru resulted in Don Pio's family losing political power." And "[Aline returned] to France anticipating grandfather Gauguin's death, life with Clovis's bachelor brother in Orleans, a small legacy from the Gauguins, and a large annuity from Don Pio, which [the Tristan Moscoso clan] prevented Aline from ever receiving. Eventually she established herself as a dressmaker in Paris….
  3. ^ Thion, Catherine (2007). La Chapelle-Saint-Mesmin, des siècles d'histoire. Ville de La Chapelle-Saint-Mesmin. ISBN 9782952901703. .
  4. ^ Gayford 2006, m/s. 99–100.
  5. ^ Thompson, Don (2010). The $12 Million Stuffed Shark: The Curious Economics of Contemporary Art. Palgrave Macmillan. m/s. 49. ISBN 978-0-230-62059-9. 
  6. ^ "The Business of Art: Evidence from the Art Market". getty.edu. J. Paul Getty Museum. 2004. 
  7. ^ Bain-Smith, Priscilla. "Gauguin: Where he lived and loved". bonjourparis.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 March 2015. 
  8. ^ Jean-François Staszak Géographies de Gauguin di Buku Google
  9. ^ a b Kang, Cindy (2000). "Gauguin Biography, Heilbrunn Timeline of Art History". New York: The Metropolitan Museum of Art. 
  10. ^ Thomson 1987, m/s. 27.
  11. ^ Mathews 2001, m/s. 48–49.
  12. ^ "Gauguin and Martinique," Karen Kristine Reichnitzer Pope, 1981.
  13. ^ Vickers, Philip (1 Jun 1997). "Martinique in Gauguin's Footsteps". Contemporary Review. 
  14. ^ Maurice Malingue, penyunting (1946). Lettres à sa femme et à ses amis (dalam bahasa Perancis). Paris. ISBN 2-2464-5783-1. .
  15. ^ Thomson 1987, pp. 52–54, 65
  16. ^ Mathews 2001, pp. 113–117
  17. ^ Gayford 2006, m/s. 284.
  18. ^ Thomson 1987, m/s. 127.
  19. ^ Mathhews pp.157–167
  20. ^ Arifa Akbar (20 April 2010). "The painter who invented his own brand of artistic license". The Independent. 
  21. ^ Daniellson (1965) pp. 265–276
  22. ^ Mathews 2001, m/s. 252–254.
Sumber

Pautan luar[sunting | sunting sumber]