Pergi ke kandungan

Presidensi Umum Hal Ehwal Masjid al-Haram dan Masjid Nabawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Presidensi Umum Hal Ehwal Masjid al-Haram dan Masjid Nabawi
الرئاسة العامة لشئون المسجد الحرام و المسجد النبوي
Kerajaan Arab Saudi
Intisari agensi Kerajaan
Dibentuk8 Mei 2012; 12 tahun yang lalu (2012-05-08)
JenisAgensi Kerajaan
Eksekutif agensi Kerajaan
Agensi induk
Majlis Ulama Kanan Arab Saudi
Laman sesawang
https://gph.gov.sa

Presidensi Umum Hal Ehwal Masjid al-Haram dan Masjid Nabawi (Arab: الرئاسة العامة لشؤون المسجد الحرام و المسجد النبوي) merupakan agensi berkaitan agama Islam di Arab Saudi yang bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pentadbiran di dua kawasan suci umat Islam, Masjid al-Haram dan Masjid Nabawi, yang dilengkapi dengan bahagian pentadbiran, teknikal dan agama.

Agensi ini diasaskan pada 8 Mei 2012 oleh pemasyhuran diraja daripada Raja Abdullah ibn Abdulaziz Al Saud, Raja Arab Saudi.[1] Ia beribu pejabat di Masjid al-Haram di Mekah dan diketuai oleh seorang Yang Dipertua yang dilantik oleh Raja[1].

Yang Dipertua bagi Presidensi ini disandang oleh Syekh Dr. Abdulrahman bin Abdulaziz al-Sudais, imam Masjid al-Haram yang dilantik pada hari penubuhan agensi ini dan tempoh perkhidmatannya telah diperbaharui sebanyak dua kali oleh Raja Salman ibn Abdulaziz Al Saud, Raja Arab Saudi terkini.[1]

Agensi ini diasaskan pada 8 Mei 2012 oleh pemasyhuran diraja daripada Raja Abdullah ibn Abdulaziz Al Saud, yang juga telah melantik Syekh Dr. Abdulrahman bin Abdulaziz al-Sudais selaku Yang Dipertua. Syekh Al-Sudais telah dilantik semula ke jawatan tersebut sebanyak dua kali oleh Raja Salman ibn Abdulaziz Al Saud pada tahun 2016 dan 2020[1][2].

Pentadbiran

[sunting | sunting sumber]

Agensi ini mengawasi beberapa bahagian lain yang memantau beberapa aspek lain bagi kedua-dua masjid suci seperti kilang Kiswah[3] dan hal berkaitan khutbah Jumaat di kedua-dua masjid. Pentadbiran Masjid Nabawi pula diurus tadbir oleh Wakil Presidensi Umum bagi Hal Ehwal Masjid Nabawi[4], agensi anak kepada Presidensi Umum ini.[5]

Yang Dipertua Presidensi Umum dilantik oleh Raja Arab Saudi setiap 4 tahun sekali. Syekh Dr. Abdulrahman bin Abdulaziz al-Sudais telah dilantik ke jawatan tersebut sejak ditubuhkan sehingga kini[1][2].

Menghadapi pandemik COVID-19

[sunting | sunting sumber]

Sekatan ibadah

[sunting | sunting sumber]

Sejak pertengahan Mac 2020, Arab Saudi mengambil pendekatan drastik[6] bagi memerangi penularan COVID-19 dengan menggantung pelaksanaan umrah dan solat di Masjidil Haram. Pada bulan Ramadan, Arab Saudi turut menggantung sembahyang tarawih di kedua-dua masjid suci tersebut[7]. Solat tarawih diadakan tanpa jemaah awam[7][8], tetapi hanya akan membabitkan kakitangan masjid berkenaan sahaja[7]. Ibadah iktikaf turut dibatalkan[7].

Kebanaran haji terhad

[sunting | sunting sumber]

Arab Saudi mengehadkan jumlah jemaah haji kepada 1,000 orang sahaja bermula 29 Julai 2020[9], dengan melaksanakan prosedur operasi standard yang ketat. Ibadah haji dilaksanakan dalam suasana protokol kebersihan yang ketat dengan akses terhad kepada jemaah haji di bawah 65 tahun dan tanpa penyakit kronik. Keputusan mengecualikan jemaah haji yang datang dari luar Arab Saudi adalah yang pertama dalam sejarah moden kerajaan

Liga Dunia Islam yang berpusat di Arab Saudi dan Pertubuhan Kerjasama Islam turut menyokong langkah Arab Saudi untuk kesihatan dan keselamatan jemaah[9].

Dibuka untuk umrah

[sunting | sunting sumber]

Pada Oktober 2020, Masjid al-Haram kembali dibuka[10] dengan ketibaan kumpulan jemaah pertama pada 4 Oktober 2020. Lebih 1.8 bilion umat Islam di seluruh dunia berkongsi kegembiraan apabila kumpulan jemaah ini dibenarkan masuk ke Masjid al-Haram mulai jam 6 pagi selepas membuat permohonan melalui aplikasi I'tamarna yang disediakan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Bagi menampung kuota 6,000 jemaah yang dibenarkan dalam masa sehari, Kementerian Haji dan Umrah menyediakan lima lokasi berasingan termasuk di Al-Gaza, Ajyad dan Al-Shasha bagi membolehkan jemaah bersama petugas kesihatan profesional menaiki bas ke Masjid al-Haram. Kira-kira 1,000 petugas dilatih bagi memantau sepanjang proses umrah di Masjid al-Haram dan proses pembersihan dan nyahkuman di Masjidil Haram dilakukan sebanyak 10 kali dalam masa sehari.

Kawasan mataf yang terletak di sekitar Kaabah yang boleh memuatkan 2.5 juta jemaah dipilih sebagai lokasi bagi umat Islam menjalani umrah. Ruang khusus sebagaimana disediakan untuk jemaah yang melaksanakan haji pada Ogos 2020 turut diperkenalkan bagi memudahkan akses sepanjang mereka berada di Masjid al-Haram.

Jemaah juga dibenarkan untuk menziarahi Raudhah yang terletak dalam Masjid Nabawi[10].

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b c d e Sharifain, Haramain. "Sheikh Sudais Re-Appointed as the President of the Haramain" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 November 2020.
  2. ^ a b "Sheikh Al-Sudais kekal Ketua Presiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci". Sinar Harian. Kumpulan Karangkraf. 12 Februari 2020. Dicapai pada 7 November 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ "مصنع كسوة الكعبة المشرفة". factory.alharamain.gov.sa. Dicapai pada 5 November 2020.
  4. ^ "وكالة الرئاسة العامة لشؤون المسجد النبوي". The Agency of the General Presidency for the Affairs of the Prophet's Mosque. Dicapai pada 5 November 2020.
  5. ^ "وكالة المسجد النبوي". Dicapai pada 2020-08-15.
  6. ^ Latifah Arifin (5 Mac 2020). "Diberi masa tiga hari untuk keluar dari Makkah". BHarian. New Straits Times Press (M) Bhd. Dicapai pada 7 November 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  7. ^ a b c d "COVID-19: Arab Saudi gantung solat tarawih di Masjidil Haram, Masjid Nabawi". BHarian. New Straits Times Press (M) Bhd. 21 April 2020. Dicapai pada 7 November 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  8. ^ "Raja Salman benarkan solat tarawih di dua masjid suci". Astro Awani. Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 22 April 2020. Dicapai pada 7 November 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  9. ^ a b "Arab Saudi hadkan jemaah haji hanya 1,000 orang". BHarian. New Straits Times Press (M) Bhd. 21 Julai 2020. Dicapai pada 7 November 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  10. ^ a b Agensi (5 Oktober 2020). "Masjidil Haram kembali dibuka". Harian Metro. New Straits Times Press (M) Bhd. Dicapai pada 7 November 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)