Majlis Ulama Kanan Arab Saudi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Majlis Ulama Kanan Arab Saudi
مجلس هيئة كبار العلماء
Emblem of Saudi Arabia.svg
Kerajaan Arab Saudi
Gambaran keseluruhan
Dibentuk29 Ogos 1972; 49 tahun yang lalu (1972-08-29)
JenisAgensi kerajaan
Eksekutif Agensi kerajaan
Agensi induk
Kerajaan Arab Saudi

Majlis Ulama Kanan (Bahasa Arab: مجلس هيئة كبار العلماء, translit. Majlis Hay'at Kibar al-‘Ulama) merupakan badan agama tertinggi di Arab Saudi yang berperanan menasihati Raja bagi perkara-perkara agama.[1][2][3] Majlis ini dilantik oleh raja dan dibiayai oleh pihak kerajaan. Sehingga tahun 2009, Majlis ini dianggotai oleh seramai 21 orang anggota.[2] Raja Fahd ibn Abdulaziz Al Saud menyambung ketetapan sebelum ini bagi mengadakan pertemuan mingguan dengan anggota Majlis yang diadakan di ibu negara, Riyadh.[4] Pada tahun 2010, Raja Abdullah ibn Abdulaziz Al Saud telah menitahkan hanya beberapa orang ahli Majlis dan beberapa orang ulama lain sahaja yang dibenarkan mengeluarkan fatwa di Arab Saudi..[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum tahun 1971, Majlis seumpama ini telah mengadakan pertemuan secara tidak rasmi, diketuai oleh Mufti Besar Arab Saudi.[1]

Pada 29 Ogos 1972, Raja Faisal ibn Abdulaziz Al Saud telah mengeluarkan pemasyhuran diraja mengenai penubuhan Majlis ini.[5]

Sehingga tahun 2009, Majlis ini dihadkan kepada ulama dari aliran mazhab fiqah Hanbali sahaja. Pada 14 Februari tahun yang sama, Raja Abdullah telah meluaskan keanggotaan Majlis ini dengan melibatkan ulama dari tiga mazhab fiqah Islam yang lain iaitu Syafii, Maliki dan Hanafi.[2]

Pada tahun 2020, Mufti Besar, Syeikh Abdulaziz bin Abdullah Al al-Syeikh, kekal sebagai ketua Majlis[6].

Fatwa[sunting | sunting sumber]

Majlis Ulama Kanan membantu menilai permohonan fatwa yang disediakan oleh empat atau lima orang anggota Presidensi Umum Penyelidikan Islam dan Kefatwaan yang turut menjadi anggota Majlis ini. Setiap anggota Majlis ini dilantik untuk tempoh 4 tahun bagi satu sesi perkhidmatan.[7]

Pada tahun 2010, Raja Abdullah menitahkan bahawa hanya ulama yang disahkan sahaja yang dibenarkan mengeluarkan fatwa di Arab Saudi.[2] Akibatnya, sebuah portal mengenai fatwa Islam, Islam-QA, yang dikendalikan oleh ulama Saudi, Muhammad Al-Munajid telah diharamkan bersiaran di Arab Saudi.[2][8]

Penapisan hadis[sunting | sunting sumber]

Bagi mengawasi penggunaan hadis Nabi Muhammad SAW agar tidak digunakan untuk keganasan dan pengganas, Raja Salman ibn Abdulaziz Al Saud menubuhkan sebuah agensi yang diketuai oleh anggota Majlis, Syeikh Muhammad bin Hassan Al al-Syeikh[9]. Agensi berkenaan akan menghapuskan hadis palsu dan ekstrim yang bertentangan dengan ajaran Islam, termasuk yang ‘menghalalkan’ perlakuan jenayah, pembunuhan dan keganasan.

Anggota semasa[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Oktober 2020[10], Raja Salman telah mengeluarkan pemasyhuran diraja bagi senarai anggota Majlis bagi sesi baharu. Seramai 21 anggota telah dilantik dan Syeikh Abdullah bin Abdulaziz Al al-Syeikh kekal dilantik sebagai Pengerusi.

Bil Jawatan Nama
1 Pengerusi Sheikh Abdulaziz bin Abdullah bin Mohammed Al Al-Sheikh
2 Ahli Majlis Sheikh Saleh bin Mohammed bin Saleh Al-Luhaidan
3 Ahli Majlis Sheikh Dr. Saleh bin Fawzan bin Abdullah Al-Fawzan.
4 Ahli Majlis Sheikh Dr. Abdullah bin Mohammed bin Ibrahim Al Al-Sheikh.
5 Ahli Majlis Sheikh Dr. Abdullah bin Abdulmohsen bin Abdulrahman Al-Turki.
6 Ahli Majlis Sheikh Abdullah bin Suleiman bin Mohammed Al-Manea.
7 Ahli Majlis Sheikh Dr. Saleh bin Abdullah bin Mohammed bin Hamid.
8 Ahli Majlis Sheikh Dr. Mohammed bin Abdulkarim bin Abdulaziz Al-Issa.
9 Ahli Majlis Sheikh Dr. Abdullah bin Mohammed bin Abdulrahman Al-Mutlaq.
10 Ahli Majlis Sheikh Dr. Saad bin Nasser bin Abdulaziz Al-Shathry.
11 Ahli Majlis Sheikh Abdulrahman bin Abdulaziz bin Muhammad Al-Khliah.
12 Ahli Majlis Sheikh Saud bin Abdullah bin Mubarak Al-Mujeb.
13 Ahli Majlis Sheikh Mohammed bin Hassan bin Abdulrahman Al Al-Sheikh.
14 Ahli Majlis Sheikh Dr. Yousuf bin Mohammed bin Abdulaziz bin Saeed.
15 Ahli Majlis Sheikh Dr. Yaqoub bin Abdulwahhab bin Yousef Al-Bahsin.
16 Ahli Majlis Sheikh Dr. Mohammed bin Mohammed Al-Mukhtar bin Mohammed Mazyad.
17 Ahli Majlis Sheikh Dr. Jebril bin Mohammed bin Hassan Al-Busaili.
18 Ahli Majlis Sheikh Dr. Abdulsalam bin Abdullah bin Mohammed Al-Suleiman.
19 Ahli Majlis Sheikh Dr. Ghaleb bin Mohammed bin Abualqasim Hamdhi.
20 Ahli Majlis Sheikh Dr. Sami bin Mohammed bin Abdullah Al-Suqair.
21 Ahli Majlis Sheikh Dr. Bandar bin Abdulaziz bin Siraj Balila

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Saudi Arabia: The Coming Storm" By Peter W. Wilson p. 26-27
  2. ^ a b c d e f "Saudi Fatwa Restrictions and the State-Clerical Relationship"| by Christopher Boucek| Carnegie Endowment| 27 October 2010
  3. ^ Bligh, Alexander. 1985. " The Saudi Religious Elite (Ulama) as Participant in the Political System of the Kingdom." International Journal of Middle East Studies 17, no. 1, 37-50
  4. ^ "Council of Senior Ulama". globalsecurity.org. Dicapai pada 11 March 2014.
  5. ^ Islamopedia: "Standing Committee for Scholarly Research and Issuing Fatwas, (Saudi Arabia)" Diarkibkan Februari 26, 2012, di Wayback Machine retrieved 22 June 2013
  6. ^ "Arab Saudi lakukan penyusunan semula majlis ulama kanan". BERITA Mediacorp. Mediacorp News Group. 19 Oktober 2020. Dicapai pada 7 November 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  7. ^ Saudi Gazette: "Council of Senior Ulema reconstituted" Diarkibkan 2012-09-15 di Wayback Machine 22 June 2013| (list of members of the council)
  8. ^ Al Arabiya: "Saudi Arabia blocks 'Islam Question and Answer'" (in Arabic) 2 September 2010
  9. ^ Reuters (18 Oktober 2017). "Raja Salman arah tapis hadis". Harian Metro. New Straits Times Press (M) Bhd. Dicapai pada 7 November 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  10. ^ "Royal Orders Issued - 1 Rabiulawal 1441H". Agensi Berita Saudi. 18 Oktober 2020. Dicapai pada 12 November 2020.