Protes Perancis 2022

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

 

Protes Perancis 2022
Sebahagian daripada protes menentang Emmanuel Macron
Perarakan Révolution Permanente [fr] pada 16 Oktober 2022, dalam demonstrasi menyokong pemogok
Tarikh16 Oktober – 10 November 2022
(3 minggu dan 4 hari)
Lokasi
PuncaKenaikan kos hidup
Kaedah
  • Tindakan mogok
  • Menghalang trafik
  • Menyekat trafik
  • Rusuhan

Beribu-ribu orang di seluruh Perancis turun ke jalan pada Oktober 2022, melancarkan mogok di seluruh negera menentang kenaikan kos sara hidup. Demonstrasi tercetus berikutan beberapa minggu "hartal" yang telah melumpuhkan kilang penapisan minyak dan menyebabkan kekurangan petrol.[1] Demonstrasi telah disifatkan oleh Caroline Pailliez dan Clotaire Achi dari Reuters sebagai "cabaran paling sengit" untuk Emanuel Macron sejak pemilihan semulanya pada Mei 2022.[2]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Menurut Perdana Menteri Perancis Élisabeth Borne, pada 18 Oktober kurang daripada 25% stesen minyak di seluruh Perancis mengalami kekurangan,[1] iaitu kurang daripada 30% peratus sebelum ini pada 7 Oktober.[3] Tindakan mogok dan penyelenggaraan tidak dirancang telah menyebabkan lebih 60 peratus kapasiti penapisan Perancis – atau 740,000 tong sehari (bpd) — berada di luar talian yang seterusnya memaksa negara itu untuk mengimport lebih banyak di tengah-tengah peningkatan kos tenaga akibat ketidaktentuan bekalan global.[1] Mogok telah tercetus lagi ke sektor lain seperti tenaga, "termasuk gergasi nuklear EDF, di mana kerja-kerja penyelenggaraan yang penting untuk bekalan kuasa Eropah akan ditangguhkan."[1] Terdapat beberapa minggu mogok di loji penapisan minyak untuk gaji yang lebih tinggi yang membawa kepada gesaan untuk mogok umum di seluruh negara.[4][1]

Presiden Perancis Emmanuel Macron mengkritik Amerika Syarikat, Norway, dan negara pembekal gas asli "mesra" lain kerana harga bekalan mereka yang sangat tinggi, dengan mengatakan bahawa orang Eropah "membayar empat kali ganda lebih daripada harga yang anda jual kepada industri anda. Itu bukan erti persahabatan."[5][6]

Garis masa demonstrasi[sunting | sunting sumber]

16 Oktober[sunting | sunting sumber]

Demonstrasi pertama berlaku pada 16 Oktober 2022, apabila berpuluh-puluh ribu orang berarak di Paris untuk membantah kenaikan kos sara hidup, semasa situasi politik yang semakin meningkat disebabkan oleh mogok di kilang penapisan minyak dan loji kuasa nuklear yang mengancam untuk merebak.[7] Annie Ernaux, pemenang Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan 2022, yang dikenali sebagai "penyokong kiri yang lantang", menyertai demonstrasi itu.[7] Jean-Luc Mélenchon, ketua parti kiri La France Insoumise, juga antara peserta.[4]

18 Oktober[sunting | sunting sumber]

Pelajar di demonstrasi pada 18 Oktober 2022 di Saint-Étienne, Perancis.

Pada hari Selasa, pekerja pengangkutan, serta beberapa guru sekolah menengah dan kakitangan hospital awam, berdemonstrasi di berpuluh-puluh lokasi di seluruh Perancis.[1] Menurut menteri dalam negeri Perancis, 107,000 orang menyertai tunjuk perasaan berikutan gesaan daripada pihak berhaluan kiri. Sebilangan penunjuk perasaan berpakaian hitam bertempur dengan polis dan memecahkan tingkap kedai dengan 11 penunjuk perasaan telah ditangkap di Paris.[2] Anggaran lain menyatakan bahawa lebih 300,000 orang menyertai protes tersebut.[8] Sehubungan itu, beribu-ribu membantah di Bordeaux, Le Havre, Lille, Marseille, Lyon, Toulouse, dan Rennes, manakala pemimpin kesatuan menganggarkan bahawa 70,000 orang berarak di Paris.[8]

Pelajar memprotes di luar ratusan sekolah tambahan di seluruh negara pada pagi Selasa. Pelajar yang memprotes menyuarakan sokongan mereka terhadap pekerja penapisan yang mogok dan penentangan terhadap dasar pentadbiran Macron. "Kami di sini menentang penindasan dan keganasan polis yang semakin meningkat," kata seorang pelajar bercakap kepada L'Est Republicain.[9] Ramai pelajar juga berdemonstrasi menentang "perundangan anti-Islam yang mendiskriminasikan dan memperdalam pemusnahan nilai pendidikan negara" oleh kerajaan. Di sekolah awam Perancis, wanita muda Islam dilarang sama sekali menutup rambut atau muka menggunakan sebarang jenis kain.[9]

25 dan 27 Oktober[sunting | sunting sumber]

Kesatuan sekerja tertentu menggesa agar mogok baharu dilakukan pada 10 November.[10][11]

Pencerakinan[sunting | sunting sumber]

Beberapa penggubal undang-undang menyatakan bahawa tujuan demonstrasi adalah untuk memberi tekanan kepada pentadbiran sejak "minggu berisiko tinggi bermula di Dewan Negara, di mana Encik Macron tidak lagi mempunyai majoriti penuh."[7] Menurut Kacper Kita, pencerakin dan wartawan, adalah "sangat mungkin" bahawa protes boleh menjadi ganas, "terutama kerana keadaan ekonomi boleh menjadi lebih teruk dan krisis tenaga boleh menjadi lebih teruk dalam beberapa minggu dan bulan akan datang."[12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f "Why are workers striking and protesting across France?". www.aljazeera.com (dalam bahasa Inggeris). 18 October 2022. Dicapai pada 2022-10-19. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":0" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ a b Pailliez, Caroline; Achi, Clotaire (18 October 2022). "Scuffles break out as French strike to call for higher wages". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-19. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":3" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ "Paris petrol stations run dry amid TotalEnergies refinery strikes". www.aljazeera.com (dalam bahasa Inggeris). 7 October 2022. Dicapai pada 2 November 2022.
  4. ^ a b Libert, Lucien; Mahe, Stéphane (16 October 2022). "Thousands take to the streets of Paris to protest soaring prices". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-19. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":2" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  5. ^ "Macron Pledges to Talk Tough on Gas When G-7 Meets". Bloomberg. 6 September 2022.
  6. ^ "Macron Accuses US of Trade 'Double Standard' Amid Energy Crunch". Bloomberg. 21 October 2022.
  7. ^ a b c Méheut, Constant (16 October 2022). "Tens of Thousands March in Paris to Protest Rising Living Costs". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2022-10-19. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":1" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  8. ^ a b "French police assault workers marching against inflation and in support of refinery strike". World Socialist Web Site (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-26.
  9. ^ a b "French high school students stage mass walkout in solidarity with striking refinery workers". World Socialist Web Site (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-20.
  10. ^ "France braces for new massive strike amid cost of living woes". www.aa.com.tr. Dicapai pada 2022-10-28.
  11. ^ "Nouvelle journée de grève et de manifestations pour demander de meilleurs salaires, à l'appel de la CGT". Le Monde.fr (dalam bahasa Perancis). 27 October 2022. Dicapai pada 2022-10-28.
  12. ^ S.A, Telewizja Polska. "Future protests in France could turn violent: analyst". tvpworld.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-19.