Puaka Balai Gombak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Puaka Balai Gombak
PengarahWaan Hafiz
PenulisNurulsyahida Mohd Fadzil Thani
Dihasilkan olehZarina A. Rahman
Dibintangi
  • Hazwan As'ari
  • Shukri Mohd Tahir
  • Farhaziq Ab Manaf
SinematografiMohd Hishamudin Sakor
Disunting olehHapil Zan Mazlan
Muzik olehAkhadiat Denny Prazudikusumo
Syarikat
penerbitan
Showbiz Productions
Tarikh tayangan
29 Januari 2015
Masa tayangan
78 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Puaka Balai Gombak merupakan sebuah filem dokumentari seram Malaysia 2015 arahan Waan Hafiz terbitan Showbiz Productions.[1] Filem ini ditayangkan pada 28 Januari 2015.[2]

Plot[sunting | sunting sumber]

Ramai mempercayai bahawa sesebuah tempat atau lokasi itu dikatakan berpuaka setelah berlaku sesuatu tragedi yang melibatkan kematian atau kawasan yang telah lama ditinggalkan. Alam mistik sering menjadi sebuah topik yang subjektif dan menjadi perbalahan dikalangan masyarakat kerana masing-masing mempunyai perspektif yang berbeza-beza terutama sekali di kalangan ahli-ahli kumpulan paranormal di Malaysia mahupun di luar negara. Antara tempat-tempat yang sering menerima kunjungan kumpulan-kumpulan paranormal tempatan adalah seperti Balai Gombak, Highland Towers, Villa Nabila, Apartment Riviera II, Taman Rekreasi Mimaland di Gombak dan banyak lagi.

Puaka X merupakan sebuah kumpulan paranormal tempatan yang menggunakan pendekatan berbeza jika dibandingkan dengan kumpulan-kumpulan paranormal yang lain. Kumpulan Puaka X yang dianggotai oleh Amar, Rizal dan Dani sering menimbulkan kontroversi dengan menerjah ke lokasi-lokasi yang terang-terangan dikatakan ‘keras’ oleh para ahli paranormal dan melakukan apa sahaja yang melanggar pantang larang untuk mengutuk kenyataan mereka di blog rasmi Puaka X.

“Kasi redah!” merupakan tagline utama kumpulan Puaka X yang sering menyahut cabaran oleh kumpulan-kumpulan paranormal lain untuk menyiasat lokasi-lokasi yang paling ‘keras’ di Malaysia seperti di sebuah rumah banglo tinggal di Taman Tenaga Puchong, Apartment Riviera II, sebuah banglo di Kuala Kubu Bharu, taman perumahan di Shah Alam, kolej lama di Bangi dan banyak lagi.

Semakin hari Puaka X semakin galak mencabar sesiapa sahaja di luar sana untuk membuktikan keberanian mereka kerana bagi Amar, Rizal dan Dani, mereka tidak akan percaya kewujudan ‘hantu’ selagi ia tidak muncul di depan mata.

Sehinggalah mereka sendiri menerima cabaran oleh seseorang yang tidak diketahui melalui emel untuk ke lokasi yang benar-benar ‘keras’, iaitu Balai Gombak. Ibarat buku bertemu ruas, Puaka X tidak sedar apa yang sedang menanti kehadiran mereka. Pahit getir sepanjang penyiasatan mereka bertiga dirakamkan menerusi filem “Puaka Balai Gombak”.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Hazwan As'ari sebagai Amar
  • Shukri Mohd Tahir sebagai Dani
  • Farhaziq Ab Manaf sebagai Rizal
  • Wan Siti Haniza Binti Wan Izahar sebagai Hantu
  • Muhammad Alhakeem Bin Hussain sebagai Mamat
  • Mohd Shahrul Hakimi Bin Mohamad Amin sebagai Shah
  • Shamzsul Anuar Bin Johan sebagai Acoi
  • Endi Susilo BIN Tasiron sebagai Endi
  • Rahmat Mokhtar sebagai Rahmat
  • Inspektor Mohd Helmi Zakaria sebagai Polis 1
  • Koperal Mohd Rosdi sebagai Polis 2
  • Jasmine Suraya Chin sebagai Wartawan 1
  • Siti Natrah Bt Abdul Malik sebagai Wartawan 2
  • Syaiful Bahri Bin Tohet sebagai Wartawan 3
  • Syaiful Bahri Bin Shamri sebagai Wartawan 4
  • Amirul Ashraf Bin Ruslan sebagai Wartawan 5
  • Noor Mohd Aslam sebagai Wartawan 6
  • Mohd Shamzmeer Bin Mohd Nasheed sebagai Wartawan 7

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Puaka Balai Gombak diarahkan oleh Waan Hafiz yang sebelum ini mengarahkan filem Hantu Tok Mudim (2013) dan Mat Tudung (2014).[3] Menggunakan konsep filem olok-olok seperti yang ditonjolkan dalam filem Blair Witch Project dan Catfish, Puaka Balai Gombak menampilkan kelainan dalam industri perfileman tempatan dengan mengaburi sempadan realiti dan fiksyen; dunia sebenar dan dunia lakonan; alam maya dan alam nyata. Sebelum memulakan penggambaran filem ini, Waan Hafiz meninjau lebih 10 lokasi seram popular di Malaysia, tiga lokasi telah dipilih untuk penggambaran—Apartment Riviera II, sebuah banglo di Shah Alam dan Balai Polis Gombak.[4]

Zarina Abd Rahman, yang berkhidmat sebagai penerbit filem ini memberitahu pihaknya memilih tiga pelakon baharu iaitu Hazwan Asari, Farhaziq Ab Manaf dan Shukri Tahir adalah untuk menghidupkan jalan cerita agar tidak kelihatan seperti sebuah lakonan.[5]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Filem ini ditayangkan pada 29 Januari 2015 di pawagam seluruh Malaysia.

Filem ini mendapat ulasan positif dari pengkritik filem. Aqmar Mustaza dari Sinar Harian menulis: "...syot dan perjalanan cerita di kawasan-kawasan berhantu berjaya membuatkan sesetengah penonton terkejut dengan kemunculan entiti yang tidak dapat dilihat dengan jelas dan juga muncul secara tiba-tiba."[6]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Filem berkaitan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budiey (9 Januari 2015). "Sinopsis & Trailer Filem Seram PUAKA BALAI GOMBAK". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 19 Mei 2015.
  2. ^ Norhayati Nordin (3 Februari 2015). "Jejak entiti balai polis". Harian Metro. Dicapai pada 21 Mei 2015.
  3. ^ Farizan Zainal (28 Januari 2015). "Cabaran mengarah filem "Puaka Balai Gombak"". Yahoo! News. Dicapai pada 21 Mei 2015.
  4. ^ Kemalia Othman (28 Januari 2015). "Lebih 10 Lokasi Seram Dicari Untuk "Puaka Balai Gombak"". mStar Online. Dicapai pada 21 Mei 2015.
  5. ^ Aqmar Mustaza (31 Januari 2015). "Keceluparan bawa padah". Sinar Harian. Dicapai pada 19 Mei 2015.
  6. ^ Farizan Zainal (28 Januari 2015). "Pilih pelakon baru untuk hidupkan "Puaka Balai Gombak"". Yahoo News. Dicapai pada 19 Mei 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]