Villa Nabila

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Villa Nabila
Poster keluaran tayangan
PengarahSyafiq Yusof
Lakon layarSyafiq Yusof
Cerita oleh
  • Daniel Matin
  • Rosalli Azrin
Dihasilkan oleh
  • Nazrul Afifi Mohd Nayan
  • Dinie Shuhaimi
Dibintangi
SinematografiRahimi Maidin
Disunting olehSyafiq Yusof
Syarikat
penerbitan
Viper Studios
Diedarkan olehSkop Productions
Tarikh tayangan
15 Januari 2015 (Malaysia, Brunei & Singapura)
Masa tayangan
83 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.2 juta
Pecah panggungRM 2.8 juta[1]

Villa Nabila merupakan sebuah filem cereka dokumentari seram Malaysia 2015 arahan Syafiq Yusof, dibintangi oleh Pekin Ibrahim dan Tisha Shamsir.[2] Filem ini mengisahkan mengenai pengalaman sebenar buruh kasar yang ditugaskan untuk merobohkan banglo Villa Nabila.[3] Ia merupakan filem ketiga arahan Syafiq dan telah ditayangkan kepada umum pada 15 Januari 2015.[4]

Plot[sunting | sunting sumber]

Filem ini terbahagi kepada dua segmen. Bahagian pertama ialah paparan dokumentari kajian mendalam mengenai latar belakang banglo Villa Nabila dari sumber media cetak, media elektronik dan media digital atau internet yang diadun sebagai sebuah filem pendek oleh Daniel Matiin dan Rosalli Azlin. Manakala bahagian kedua ialah filem cereka eksperimental arahan Syafiq Yusof yang dibikin semula berdasarkan temu bual pihak produksi dengan 2 orang pekerja kontrak bernama Asyraf (Pekin Ibrahim) dan Amar yang terlibat dalam kerja-kerja untuk merobohkan rumah itu.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Pekin Ibrahim sebagai Asyraf
  • Tisha Shamsir sebagai Huda
  • Mohd Fazly Izwan sebagai Manaf
  • Faizul Yusof (Mok) sebagai Amar
  • Hilmi Merong sebagai Ishak
  • Mohd Rizal Dasuki sebagai Junaidi
  • El-Ghassani sebagai Khairul
  • Bard Ketampi sebagai Jaapar
  • Nur Amalina Nadia sebagai Hantu 1
  • Anna Syariela sebagai Hantu 2
  • Pacak sebagai sebagai Jiran Asyraf

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Penerbitan filem berdasarkan Villa Nabila mulai hangat diperkatakan pada tahun 2013 selepas kes kehilangan 23 orang remaja di situ.[5][6][7][8] Expedia.com menyenaraikan tempat ini sebagai antara lima kawasan paling berhantu di Malaysia.[9] Pada mulannya, KRU Studios dan MIG yang pertama tampil untuk membuat filem berdasarkan kisah di Villa Nabilla. Penerbit MIG, David Teo mulanya merancang akan menjadikan filem tersebut sebagai sekuel kepada filem Highland Towers.[10][11][12][13][14] Walau bagaimanapun, akhirnya Skop Productions yang berjaya mendapatkan hak penerbitan filem yang menggunakan tajuk ini dari FINAS, seminggu selepas kes kehilangan remaja tersebut dilaporkan.[15]

Syafiq Yusof awalnya mahu menjadikan filem ini sebagai telefilem dokumentari[16] berdasarkan dokumentari yang telahpun disiapkan oleh Daniel Matin dan Rosalli Azrin mengenai kehilangan remaja tersebut namun menukar fikiran pada saat-saat akhir.[17] Walaupun menghasilkan misteri Villa Nabila, jelas Syafiq, pihaknya tidak merakam peristiwa sebenar, sebaliknya ia berupa rangkuman beberapa cerita mistik yang dikaitkan dengan kediaman usang itu.[18][19][20]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Tayangan[sunting | sunting sumber]

Villa Nabila telah ditayangkan di 70 pawagam seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura dan ditayangkan kepada umum pada 15 Januari 2015. Ia juga telah ditayangkan di Marché du Film sempena Festival Filem Cannes 2015.[21] Filem ini juga telah dipertontonkan di Festival Filem Fantastik Antarabangsa Catalonia (SITGES) 2015 di Barcelona, Sepanyol pada 9 Oktober 2015, ia menjadi satu-satunya filem Asia yang menyertai SITGES.[22]

Kutipan[sunting | sunting sumber]

Filem ini mengumpul kutipan RM 350 ribu selepas dua hari tayangan.[23] Dalam tempoh enam hari tayangan, Villa Nabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM1.3 juta.[24] Filem ini berjaya mengumpul kutipan akhir sebanyak RM 2.8 juta pada minggu terakhir tayangan.[25]

Ulasan kritis[sunting | sunting sumber]

Rata-rata ulasan mengenai filem ini ialah positif. Portal hiburan Ohbulan.my mengulas filem ini sebagai "Genius!"[26] Ajami Hashim dari portal hiburan Rotikaya.com memberi 4 biji Rotikaya.[27] Suhaimi Suib dari portal hiburan SkorBintang.com pula memuji sinematografi dan kesan bunyi filem ini tetapi kecewa dengan mutu lakonan para pelakon.[28] Harian Metro pula memuji mood seram yang berjaya ditonjolkan oleh Syafiq Yusof.[29]

Tayangan media[sunting | sunting sumber]

Villa Nabila dipertontonkan buat pertama kalinya di Astro First pada 5 Februari 2015 dan disiarkan buat pertama kali di Astro Citra pada awal 2016.[30]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2016 Festival Filem Malaysia ke-28 Penataan Bunyi Terbaik Imaginex Studio Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kutipan tayangan filem Melayu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia. Dicapai pada 20 Februari 2016.
  2. ^ Raziatul Hanum A. Rajak (10 Januari 2015). "Villa Nabila: Dari kisah sebenar ke layar perak". Sinar Harian. Dicapai pada 23 Februari 2015.
  3. ^ Akmaliah Razak (3 Januari 2015). "Villa Nabila rungkai misteri sebenar". Sinar Harian. Dicapai pada 23 Februari 2015.
  4. ^ Haryati Karim (20 November 2014). "Filem Villa Nabila milik Syafiq". Kosmo!. Dicapai pada 23 Februari 2015.
  5. ^ Azizi Majid dan Ifqdar Rahman (19 November 2013). "Misteri Villa Nabila". Utusan Malaysia. Dicapai pada 14 Mei 2015.
  6. ^ "Kejadian lama berulang semula, budak hilang selepas masuk ke dalam Villa Nabila". GuaTV. 19 November 2013. Dicapai pada 14 Mei 2015.
  7. ^ Noorashikin Abdul Rahman (19 November 2013). "Villa Nabila: Hanya seorang gagal pulang". Sinar Harian. Dicapai pada 14 Mei 2015.
  8. ^ Ana Ghoib (19 November 2013). "Kes Villa Nabila: Remaja sudah ditemui jauh dari lokasi hilang". Malaysian Review. Dicapai pada 14 Mei 2015.
  9. ^ Mohd Farhaan Shah (5 November 2013). "Expedia senaraikan banglo Villa Nabila tempat berhantu di Malaysia". mSTAR Online. Dicapai pada 14 Mei 2015.
  10. ^ Mohd Farhaan Shah (21 November 2013). "David Teo Rancang Terbit Filem Misteri Villa Nabila". Rotikaya. Dicapai pada 14 Mei 2015.
  11. ^ Abang Nara (21 November 2013). "David Teo Bakal Filemkan Misteri Villa Nabila". Beautifulnara. Dicapai pada 1 Disember 2013.
  12. ^ "MIG plans for "Villa Nabila"". Cinema.com.my. 21 November 2013. Dicapai pada 1 Disember 2013.
  13. ^ "Misteri Villa Nabila difilemkan". Buzzera.net. 21 November 2013. Dicapai pada 1 Disember 2013.
  14. ^ "MIG rancang filemkan misteri Villa Nabila". Yahoo! News. 21 November 2013. Dicapai pada 1 Disember 2013.
  15. ^ Rudy Imran Shamsudin (30 November 2014). "Villa Nabila penuh mistik". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-04. Dicapai pada 1 Disember 2014.
  16. ^ "Dokumentari misteri Villa Nabila". Utusan Malaysia. 10 Disember 2013. Dicapai pada 15 Disember 2013.
  17. ^ "Misteri Sebenar Villa Nabila Akhirnya Dirungkai". Suara TV. 10 Januari 2015. Dicapai pada 15 Januari 2015.
  18. ^ Ana Ghoib (3 Januari 2015). "Filem Villa Nabila rungkai misteri sebenar". Malaysian Review. Dicapai pada 15 Januari 2015.
  19. ^ Angelin Yeoh (15 Januari 2015). "Do you dare enter Villa Nabila". The Star (Malaysia). Dicapai pada 15 Januari 2015.
  20. ^ Rudy Imran Shamsuddin (30 November 2014). "Villa Nabila penuh mistik". Harian Metro. Dicapai pada 28 Mei 2018.
  21. ^ "Filem lakonan Maya Karin, Nota ditayangkan di Cannes". Astro Awani. 15 Mei 2015. Dicapai pada 20 Mei 2015.
  22. ^ Rodzan Mazalan (2 Oktober 2015). "Villa Nabila bakar semangat Syafiq". Berita Harian. Dicapai pada 23 Februari 2016.
  23. ^ "Datuk Yusof Haslam nafi kes histeria gimik filem Villa Nabila". Mynewshub. 18 Januari 2015. Dicapai pada 20 Mei 2015.
  24. ^ "Villa Nabila sudah kutip RM1.3 juta". Sinar Harian. 23 Januari 2015. Dicapai pada 28 Mei 2018.
  25. ^ Aqmar Mustaza (27 Januari 2015). "Villa Nabila kutip RM2 juta". Sinar Harian. Dicapai pada 28 Mei 2018.
  26. ^ "Respon Kami Selepas Menonton Filem Villa Nabila". Oh Media. 18 Januari 2015. Dicapai pada 20 Mei 2015.
  27. ^ "Villa Nabila: Kukuhkan Lagenda Hantu Di Banglo Paling Popular". Rotikaya. 14 Januari 2015. Dicapai pada 20 Januari 2015.
  28. ^ "Ulasan filem Villa Nabila". Skor Bintang. 15 Januari 2015. Dicapai pada 15 Januari 2015.
  29. ^ "Seram bulu tengkok dek Villa Nabila". Harian Metro. 19 Januari 2015. Dicapai pada 1 Februari 2015.
  30. ^ Aqmar Mustaza (10 Februari 2015). "Villa Nabila laku di Astro First". Sinar Harian. Dicapai pada 28 Mei 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]