Pue Mpalaburu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pue Mpalaburu (Ejaan Van Ophuijsen: PoeemPalaboeroe) adalah tuhan tertinggi dalam kepercayaan lama Lamoa, yang dianuti oleh Suku Bare'e di Sulawesi Tengah.[1]

Lobo, rumah ibadat orang Pamona untuk menyembah Pue Mpalaburu

PueMpalaburu adalah penguasa langit dan bumi, serta seluruh umat manusia.[2] Dia memerintah semua dan menghukum mereka yang melanggar sumpahnya. Dalam kepercayaan Lamoa, Pue Mpalaburu adalah anak dewa langit dan dewi bumi. Bapanya ialah Lai to Wawo Yangi atau Lai, manakala ibunya ialah Indo i Ntaludidi atau Ndara. Dan pada akhirnya doa-doa dalam Molamoa Suku Bare'e yang ditujukan kepada Pue Mpalaburu (Poeem-Palaboeroe) lalu melahirkan istilah Poem, yang sejarahnya Poem termasuk dalam bahasa inggris. Bahasa Inggris adalah bahasa jermanik barat berasal dari rumpun bahasa Indo-Eropa yang dekat dengan bahasa Belanda, Jerman, Frisia. [3] dalam dunia sastera Bahasa Belanda, dan Bahasa Inggeris, Poem sangat dihormati di Kota Leiden, Belanda, sehingga Kota Leiden memiliki julukan " Leiden, The Dutch city of Poems "[4], Poem artinya dalam Bahasa Indonesia adalah Sajak atau Puisi. [5]

Karakteristik[sunting | sunting sumber]

Berbagai pendapat muncul tentang perwujudan dari tuhan PueMpalaburu ini. Duet ahli bahasa, misionaris, dan etnolog Belanda, Nicolaus Adriani dan Albertus Christiaan Kruyt menyatakan bahawa wujud PueMpalaburu memiliki sifat-sifat langit, dan mengatakan bahawa matanya adalah matahari. Sebaliknya, R. Pettazoni menyebut bahawa PueMpalaburu adalah dewa angin, sebagai pengesahan fakta bahawa dia adalah dewa langit.[6] Jika ibu bapanya, Lai dan Ndara, mencipta manusia pertama, maka PueMpalaburu akan menyempurnakan mereka. Seperti mencipta dan memisahkan jari dan bibir pada tubuh manusia.[7]

Adriani dan Kruyt menyimpulkan bahawa PueMpalaburu adalah Dewa matahari yang membalas segala perbuatan dan melihat segala-galanya. Pada waktu malam, ketika matahari hampir terbenam dan langit mulai gelap, bare'e berkata bahawa matahari sedang melihat ke belakang (Bahasa Bare'e;meelireme), menunjukkan bahawa seseorang telah meninggal dunia.[8] Mereka berpendapat bahwa PueMpalaburu lebih dari sekadar dewa matahari. Ini kerana PueMpalaburu berada pada terbit dan terbenam matahari dan di kedua-dua belah syurga, juga kerana dia adalah pengganti tuhan-tuhan terdahulu (ibu bapanya): Lai dan Ndara (Langit dan Bumi).

Hal lainnya yang menegaskan teori Adriani-Kruyt adalah salah satu metode hukuman yang diberikan PueMpalaburu —bencana kekeringan jika terjadi pertumpahan darah— menunjukkan sifat-sifat dewa langit dan matahari, sama seperti kedua orangtuanya. [9] Doa untuk PueMpalaburu diucapkan dengan bahasa bare'e dan selalu diawali dengan: "Bu PueMpalaburu, ane pebete ndeme, anu ri kasoyoa" (Indonesia: Wahai PueMpalaburu, yang berada di atas dan di bawah matahari.) Kalimat dalam doa ini mengesahkan teori Adriani-Kruyt bahawa manifestasi tuhan PueMpalaburu tidak jauh dari matahari. Mereka berdua bertanya kepada salah seorang daripada orang bare'e yang berpegang kepada kepercayaan Lamoa, dan orang itu menyatakan bahawa matahari adalah mata PueMpalaburu. (Pue Mpalaburu).[10]

Pencipta dan pemberi hukum[sunting | sunting sumber]

Sebagai tuhan lamanya Suku Bare'e, PueMpalaburu (Pue Mpalaburu) memiliki seorang pelayan bernama Indo Ntegolili. (Versi yang lain menyebutkan bahwa Pue Mpalaburu memiliki dua pelayan, masing-masing pria dan wanita). Indo Ntegolili mengelilingi bumi 9 kali pada pagi hari, dan 9 kali pada malam hari. Dia melaporkan semua hak baik dan buruk yang berlaku di dunia kepada Pue Mpalaburu sebagai tuannya, dan tidak ada yang terlepas oleh matanya. Jika seseorang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Pue Mpalaburu, maka dia harus membayar denda tiga untuk kejahatan yang dilakukan melalui mulutnya, lima untuk kejahatan yang dilakukan dengan tangannya, dan tujuh untuk kejahatan terhadap semua manusia.[10]

Jenayah atau kesalahan seperti bersumpah atau berbohong, atau apabila seseorang mencuri, semuanya akan dibicarakan oleh Pue Mpalaburu. Tidak seperti biasa, Pue Mpalaburu menghukum seseorang dengan kejadian mengejut: Jika seseorang berbohong, Pue Mpalaburu akan memerintahkan seekor buaya untuk memakannya, dan jika seseorang mencuri, Pue Mpalaburu akan menumbangkan pokok apabila orang itu kebetulan lewat. Pue Mpalaburu menghukum pertumpahan darah dengan memberi musim kekeringan yang panjang atau dengan angin topan yang hebat, dan mengungkapkan amarahnya atas pelanggaran lain dengan menciptakan gempa bumi yang keras. Untuk mengelakkan kemarahan Pue Mpalaburu, orang Bare'e biasanya akan mengurbankan seekor kerbau, kambing, seekor ayam berwarna putih, dan babi berwarna coklat, yang dijaman Kerajaan Tojo binatang babi diganti dengan Sapi.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pettazoni 1955, m/s. 10.
  2. ^ Waida 1982, halaman 620; Adriani & Kruyt 1912, halaman 269
  3. ^ POEM, Poem termasuk dalam bahasa inggris, [1],
  4. ^ LEIDEN, The Dutch city of Poems, [2],
  5. ^ Angel Fire 2018, m/s. 0.
  6. ^ Pettazoni 1955, m/s. 11.
  7. ^ Adriani & Kruyt 1912, m/s. 269.
  8. ^ a b Adriani & Kruyt 1912, m/s. 271.
  9. ^ Adriani & Kruyt 1912, m/s. 273.
  10. ^ a b Adriani & Kruyt 1912, m/s. 270.

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Adriani, Nicolaus; Kruyt, Albertus Christiaan (1912). De Bare'e-sprekende Toradja's van Midden-Celebes. Batavia: Landsdrukkerij.CS1 maint: multiple names: authors list (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  • Kruyt, Albertus Christiaan (2008). Keluar Dari Agama Suku Masuk Ke Agama Kristen [From Animism to Christianity]. Jakarta: BPK Gunung Mulia. ISBN 979-687-337-0.CS1 maint: multiple names: authors list (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  • Pettazoni, R. (1955). "On the Attributes of God". Numen. Brill Publishers. 2: 1–27.CS1 maint: multiple names: authors list (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  • Waida, Manabu (1982). "Central Asian Mythology of the Origin of Death: A Comparative Analysis of Its Structure and History". Anthropos. Anthropos Institut (77): 663–702.CS1 maint: multiple names: authors list (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  • Angel Fire (2018). "Gods and Deities started from letter P". Angel Fire. Dicapai pada 5 Disember 2018.CS1 maint: ref=harv (link)