Pukat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Bentuk pukat sederhana
Memukat ikan di sungai
Ikan salmon yang tertangkap dengan pukat; Sungai Kolumbia, Oregon, 1914

Pukat adalah jaring atau jala besar dan panjang dikhususkan untuk menangkap ikan;[1] jala-jala ini dipasangkan menegak bersokongan pelampung di sisi atasnya dan pemberat di sebelah bawahnya membentuk semacam dinding jaring dalam air yang akan melingkari kawanan ikan sehingga menghalang dari terlepas melarikan diri.[2] Jaring-jaring ini dapat dioperasikan baik menggunakan kapal ataupun dibawa nelayan dari daratan di pantai.

Jenis[sunting | sunting sumber]

Pukat tunda[sunting | sunting sumber]

Pukat tunda atau pukat harimau[3] (trawl) adalah pukat yang ditarik pada jarak yang panjang untuk menangkap ikan-ikan disasarkan baik di pertengahan (midwater trawl, untuk menangkap ikan-ikan pelagik)[4] mahupun di dasar perairan (bottom trawl).[5]

Pukat jenis ini dilihat banyak memudaratkan kerana kemampuan ia merosakkan terumbu karang, mengeruhkan dasar perairan menyukarkan penangkapan lanjut serta tertangkapnya hidupan bukan sasaran (bycatch) yang akhirnya akan banyak dibuang;[6][7] maka perkara ini menimbulkan masalah yang barangkali boleh menjejaskan tidak sahaja kelangsungan hasil lautan seperti terkorbannya anak ikan yang tidak sempat membesar malah mendatangkan bahaya kepada hidupan terancam seperti penyu.[8]

Pukat jerut[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Rujuk:
    • "pukat". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
    • W. J. S. Poerwadarminta (1976). "pukat". Kamus Umum Bahasa Indonesia. Jakarta: Balai Pustaka. m/s. 772–73.
  2. ^ FAO Fisheries and Aquaculture Department: Surrounding nets.
  3. ^ Peralatan menangkap ikan di Semenanjung Malaysia. Jabatan Perikanan, Kementerian Pertanian Malaysia. 1985. m/s. 2.
  4. ^ FAO Fisheries and Aquaculture Department: Midwater trawls.
  5. ^ FAO Fisheries and Aquaculture Department: Bottom trawls.
  6. ^ G. W., S. J.; Kennelly (1996). "By-catch from prawn trawling in the Clarence River estuary, New South Wales, Australia". Fish. Res. 25: 347-367.
  7. ^ Alverson, D. L.; Freeberg, M. K.; Murawski, S. A.; Pope, J. G. (1994). "A global assessment of fisheries bycatch and discards". FAO Fisheries Technical Paper. Rome: FAO. 339.
  8. ^ Ahmad Rabiul Zulkifli (20 Januari 2019). "Kejamnya guna pukat tunda tepi pantai". Harian Metro.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]