Pulau Serangga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pulau Serangga seluas 18 hektar di pantai timur Sabah telah diisytiharkan sebagai hutan simpan kelas 4 mulai 27 Jun 2007 . Hal ini telah diumumkan dalam satu sidang media oleh Datuk Seri Musa Aman di Kota Kinabalu, Sabah selepas kajian mendalam oleh Jabatan Perhutanan Sabah. Kedudukan pulau dan hutan simpan dalam bidang kuasa kerajaan negeri Sabah.

Habitat pulau ini amat sesuai untuk flora dan fauna terutama sekali hidupan marin seperti penyu , marlin , barracuda , kerang gergasi dan batu karang.

Pelancong asing dan pencinta alam sekitar telah lama prihatin terhadap keindahan pulau ini kerana setanding dengan pulau Tabun, pulau Tiga, pulau Sipadan dan pulau Ligitan yang terletak di Laut Sulawesi.

Industri eko perlancongan semakin penting di Sabah selepas penangkapan ahli-ahli kumpulan Abu Sayyap dari kepulauan Jolo, selatan Filipina. Pasukan keselamatan Malaysia sentiasa meronda kawasan perairan agar kejadian culik , lanun dan bunuh dapat diatasi. Sabah pernah diisytiharkan sebagai kawasan tidak selamat oleh kerajaan Amerika beberapa ketika dahulu.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bernama.com