Batu karang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Batu karang
PillarCoral.jpg
Dendrogyra cylindricus
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Ehrenberg, 1831
Subkelas dan Order pupus

Alcyonaria
   Alcyonacea
   Helioporacea
Zoantharia
   Antipatharia
   Corallimorpharia
   Scleractinia
   Zoanthidea
[1][2]  Lihat Anthozoa bagi perincian

Batu karang adalah sebarang organisma laut yang tidak bertulang belakang, yang tergolong di dalam kelas Anthozoa (filum Cnidaria) yang mempunyai ciri-ciri berikut iaitu rangka (di dalam atau di luar), yang berbentuk seperti batu, duri, atau seperti kulit. Ini termasuklah yang membina terumbu di lautan tropika.

Batu karang juga dapat dimaksudkan dengan rangka kepada 'haiwan-haiwan' ini, terutamanya batu-batu karang yang berbentuk seperti batu. Terdapat lebih kurang 1000 spesies batu karang yang menyerupai batu, lebih kurang 100 spesies jenis yang berduri dan hitam, yang digelar Antipatharia; lebih kurang 1200 spesies jenis berduri atau gorgonian (Gorgonacea); dan batu karang biru (Coenothecalia).

Walaupun batu karang dapat menangkap plankton menggunakan sel sengatan pada tentakelnya, haiwan ini mendapat sebahagian besar zatnya dari alga satu-sel simbiotik yang dipanggil zooxanthellae. Akibatnya, kebanyakan batu karang bergantung kepada cahaya matahari dan tumbuh di air yang jernih dan cetek, lazimnya di kedalaman tidak melebihi 60 m (200 ka).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Commons-logo.svg
Wikimedia Commons mempunyai media berkenaan:
  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Daly tidak disediakan
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan McFadden tidak disediakan