Pusat Serenti Kampung Selamat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pusat Serenti Kampung Selamat terletak di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia. Penghuninya eramai 522 penghuni pada 2009.

Rusuhan[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Jun 2009, rusuhan penghuninya berlaku pada jam 6.40 petang hingga 10.30 malam.30 penghuni melarikamn diri. Beberapa blok dibakar. 11 daripada 12 bangunan didapati rosak. 3 blok musnah dibakar. Ini termasuklah blok klinik dan pusat latihan.

Puncanya 9 penghuni ditahan di dalam sel kerana masih positif dadah walaupun telah menjalani proses pemulihan. Mereka cuba mencederakan polis dengan pelbagai senjata dan peralatan seperti batang kayu. 100 penghuni di luar sel turut terlibat dan membakar blok bangunan. Polis terpaksa berunding dan perusuh berjaya ditenteramkan.[1]

Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob menyatakan polis terpaksa melancarkan gerakan memburu, sekatan jalan raya dan pemeriksaan di pelbagai lokasi. 2 pelatih ditahan semula di Padang Serai berhampiran sempadan Pulau Pinang-Kedah. Seramai 589 anggota polis dan pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) berjaya mententeramkan keadaan.57 anggota Bomba dan Penyelamat memadamkan kebakaran.

Turut meninjau keadaan ialah Adun Pinang Tunggal Datuk Roslan Saidin, dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri, Phee Boon Poh.

Rujukan[sunting | sunting sumber]