Tasek Gelugor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tasek Gelugor
تاسيق ڬلوڬور
Pekan
Tasek Gelugor is located in Bumi
Tasek Gelugor
Tasek Gelugor (Bumi)
Koordinat: 5°29′0″N 100°30′0″E / 5.48333°N 100.50000°E / 5.48333; 100.50000
NegaraMalaysia
NegeriPulau Pinang
DaerahSeberang Perai Utara
Pentadbiran
 • Dewan RakyatShabudin bin Yahya (UMNO)
 • Tuan Yang Di-Pertua MPSPMaimunah binti Mohd Sharif
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)tidak dilihat
Poskod
13300

Tasek Gelugor merupakan sebuah pekan di dalam daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Malaysia. Bersempadankan dengan pekan Pinang Tunggal di utara, Kubang Semang di selatan, Padang Serai, Kedah di timur dan Teluk Air Tawar di barat. Kampung Selamat merupakan salah sebuah kampung di dalam kawasan Tasek Gelugor. Pekan terdekat adalah Padang Serai, Kedah lebih kurang 9 kilometer dan Kepala Batas lebih kurang 10 kilometer.

Melalui Lebuh Raya Utara Selatan, Tasek Gelugor boleh diakses melalui susur keluar Sungai Dua sekiranya daripada Kuala Lumpur dan Ipoh; dan susur keluar Bertam sekiranya daripada Bukit Kayu Hitam.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

  1. Stesen KTM Tasek Gelugor
  2. Bas 602, 610 Rapid Penang

Kemudahan Awam[sunting | sunting sumber]

  1. Pasar Awam
  2. Masjid
  3. Klinik Kesihatan Kerajaan
  4. Balai Polis
  5. Balai Bomba
  6. Pejabat Pos


Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Institusi Latihan Awam[sunting | sunting sumber]

  1. GIATMARA Prima Tasek Gelugor
  2. Kolej Komuniti Tasek Gelugor
  3. Pejabat Kemas Kawasan Tasek Gelugor
  4. PPK Pokok Sena
  5. Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Seberang Perai Utara


Sekolah Menengah[sunting | sunting sumber]

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Selamat
  3. Sekolah Menengah Bakti