Junior Eldstål

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Putera Nadher Amarhan)
Jump to navigation Jump to search
Junior Eldstål
Maklumat peribadi
Nama penuhJunior Eldstål
Tarikh lahir (2001-09-16) 16 September 2001 (umur 17)
Tempat lahirKota Kinabalu, Sabah
Ketinggian1.87 m (6 ka 1+58 in)
Posisi permainanPemain pertahanan tengah
Maklumat kelab
Kelab terkiniJohor Darul Ta'zim FC
Nombor25
Kerjaya remaja
2004–2007Aldershot Town F.C.
2008–2011Farnborough F.C.
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2010–2013UWE Hartpury Football
2011–2012Slimbridge F.C.11(2)
2013-2014Sarawak FA55(2)
2015Johor Darul Ta'zim FC29(2)
Pasukan kebangsaan
2013–Malaysia B-2311(1)
2014–Malaysia4(0)
2013–Malaysia XI8(0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 26 Mac 2016.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 26 Mac 2016

Junior Eldstål atau nama lain ialah Putera Nadher Amarhan (lahir pada 16 September 2001) adalah seorang pemain bola sepak Malaysia yang lahir di Sabah, beliau sekarang bermain untuk pasukan Johor Darul Ta'zim FC sebagai pemain pertahanan tengah dan juga bagi pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, Keluarga Eldstål berpindah ke Sweden apabila usianya 2 tahun, kemudian ke England. [1]

Nama beliau ialah Putera Nadher Amarhan, namun beliau mahu menukarnya menjadi Junior Eldstål kerana itulah nama rasmi beliau di Sweden dan juga di England. Beliau juga mahu mengelakkan salah anggapan bahawa beliau seorang Muslim, sedangkan sebenarnya beragama Kristian.[2]. Sebelum ini beliau memegang pasport Sweden (kerana ayah beliau adalah warganegara Sweden), namun mengambil keputusan untuk menjadi Warganegara Malaysia, kerana ibunya berasal dari Sabah.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Malaysia XI[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Julai 2013, Junior Eldstål dipanggil untuk menyertai Skuad Harimau Muda A untuk Sukan Universiti Dunia di Kazan, tetapi disebabkan beberapa isu teknikal beliau tidak dibenarkan untuk mendaftar pada kejohanan itu. Pada 11 Julai 2013, Eldstål telah dinamakan dalam skuad senior buat pertama kali di senarai pendek 23 pemain untuk perlawanan persahabatan Julai yang akan datang menentang Chonburi F.C. pada 16 Julai 2013 oleh K. Rajagopal. Beliau kemudiannya menerima panggilan untuk perlawanan menentang Chelsea F.C. dan FC Barcelona.

Malaysia B-23[sunting | sunting sumber]

Pada 7 September 2013, Junior[3] memperoleh cap yang pertama di bawah-23, dalam perlawanan menentang Singapura B-23 dan menjaringkan gol pertamanya untuk skuad pada 14 September 2013 di perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2013 menentang Myanmar B-23 dan Malaysia muncul sebagai juara Pestabola Merdeka 2013 selepas menewaskan Myanmar 2-0 di Stadium Darul Makmur, gol kedua dijaringkan oleh Junior di minit ke-90. [4][5]

Pada bulan September 2014, Ong Kim Swee memilih Eldstål dalam skuadnya di senarai 23 - lelaki untuk menyertai Malaysia dalam Sukan Asia 2014 Incheon[6], Korea Selatan. Eldstål hanya bermain dalam dua permainan di pertandingan itu kerana beliau menghadapi kecederaan betis.

Dengan hanya bermain dua perlawanan dalam pertandingan itu , Malaysia menduduki tempat ketiga dalam kumpulan A selepas disingkirkan oleh Arab Saudi 0-3, pada 21 September.[7]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Johor Darul Ta'zim FC[8][9]

Sarawak FA

Eldstål memulakan kerjayanya di Malaysia pada bulan Mei 2013, setelah menandatangi kontrak secara rasmi dengan pasukan Sarawak FA. Kemudian dia diserapkan untuk beraksi bersama pasukan utama setelah menunjukkan prestasi yang cemerlang.

Sewaktu perlawanan Liga Perdana 2013, persembahan yang ditunjukkan oleh Eldstål telah memikat hati jurulatih Robert Alberts untuk membawa Junior ke skuad utamanya pada musim 2013 dan 2014. Bersama Sarawak FA, dia telah memenangi Piala Liga Perdana Malaysia 2013.[10]

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Malaysia bawah-23

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Eldstål menerima Piala Pemain Harapan Terbaik di Anugerah Bolasepak Kebangsaan 100PLUS Astro Arena FAM 2013.[11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]